Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tutorial Edit Gambar Menggunakan Picarts

Assalamualaikum...

kali ni dila nak sambung tutorial daripada VSCOCAM ni...
dalam tutorial yang itu kita edit pakai VSCOCAM..so untuk kasi gambar tu gempak lagi..kita perlu menggunakan software PICARTS....

Software ini juga terdapat dalam android..so korang boleh install software ni kat Play Store ok...
Jom dila ajar biar gambar kasi gempak...

First korang bukak dulu software Picarts setelah siap install...
korang tekan kat "Effect" *kaler light blue
Then korang pilih lah gambar yang korang dah edit kat VSCOCAM tadi....
*gambar yang tak edit kat VSCOCAM pun boleh juga

Step 2 bile gambar dah terbuka..untuk kasi gambar tu sharpen and hidup korang tekan lah HDR1..HDR2 pun boleh..tapi dila lebih suka pakai HDR1..Then apply...
*HDR ini akan menampakkan gambar kita seolah-olah diambil dengan menggunakan kamera DSLR..lebih kurang la..

Step 3 korang pilih lah colour gradient...but jangan apply lagi...
Ok kitakan tak mahu lah full body kita tu dengan berwarna-warni camtukan...
So..step 4 ada jalan penyelesaiannya...

Step 4...sebelum apply..korang kena touch dulu kat full body korang..
contohnya touch lah kat bahagian yang dila bulatkan tu...
So...full body korang takkan lagi berwarna-warni hanya latar belakang sahaja...

Contohnya macam gambar kat atas ni...dila apply kan Stenciler yang menyebabkan ada batu-bata..
but kita tak mahu la satu badan kita ada batu bata kan..so jalan penyelesaiannya seperti step 4...touch satu badan korang..so satu badan korang akan jadi picture original yang hanya ada HDR1...and batu bata tu pulak sebagai backgroud...

da siap touch semua...korang dah boleh apply..
Step 5 adalah save!

korang try lah godek-godek dulu software ni...sebab picarts ni memang mudah sangat dan macam-macam benda kita boleh edit...so Selamat Mencuba :)






Tengs For Read

Tutorial edit gambar menggunakan VSCOCAM

Assalamualaikum...

malam ni dila rajin sikit..so ingat nak buat tutorial..
kebetulan pula sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanya pada dila macam mana nak edit gambar cantik-cantik and kreatif macam dila....okey rahsia dila mudah sahaja..dila menggunakan software VSCOCAM...

software ni awak-awak semua boleh dapatkan melalui android kat Play Store...sila install dulu ye anak-anak...
okey...bagi sesape yang tak pernah tgop lagi gambar yang dila edit..korang bley lah usha-usha kat sini "AlisAdila"

First, korang bukak dulu software VSCOCAM melalui android korang...then kat atas tu ada satu simbol "+"...click pada simbol tu and cari picture mana yang korang nak editkan.

Da siap pilih...korang click pulak pada simbol seperti yang dila bulatkan kat dalam gambar bawah ni....


Pastu akan keluar pulak senarai filter banyak-banyak macam kat gambar atas ni..dalam tutorial ni dila pilih filter "HB2"....memang kebanyakkan picture dila..dila menggunakan filter yang ni...
*masa first korang install tu mesti filter "HB2" ni takde..so korang kena download dulu kat "Store" dalam VSCOCAM ni...

Step 3 korang perlu click pada simbol spannar seperti rajah yang telah dila bulatkan.

Step 4 korang kena tentukan "brightness" gambar tu pulak...
so click pada simbol matahari tu...Selalunya dila menggunakan brightness antara 2-5 sahaja..
*bergantung pada gambar yang korang nak edit jugak..tengop laa yang mana paling menambat hati....

Step 5 is untuk kasi warna gambar tu hidup and terang...korang perlu menggunakan "saturation"...
Selalunya dila menggunakan saturation antara 2-4 sahaja..

Step 6 nak kasi gambar tu blur-blur sikit...gunakan lah "fade"
Dila menggunakan diantara 3-5 sahaja....

Last sekali nak suh ada border gelap kat sekeliling gambar...so click seperti dila bulatkan dalam rajah di atas...dila gunakannya diantara 5-11....

Kemudian save lah gambar yang korang editkan tu..
dan hasil yang dila dapat dari editan tadi ialah....

Sambung edit pakai Picarts pulak kalau nak bagi lagi gempak..
Tutorial kat sini



Tengs For Read

Tutorial : Convert Music Video - MP3

Hai...hari ni entri dari dila, ialah dila nak share kepada pembaca-pembaca blog cara untuk convert atau tukarkan "Music Video" kepada "MP3"....
Haa..ye lah mungkin ada sesetengah orang tu suka download music video kat youtube tapi pada masa yang sama dia nak juga dengar lagu tu dalam bentuk MP3 untuk dimasukkan ke dalam handphone...

So, dila akan bantu korang dengar share ilmu menggunakan Format Factory.
Okey first sekali sila dapatkan software tersebut.


dah siap install? Okey jom dila ajarkan cara-caranya....

Sekarang korang bukak dulu Format Factory.


Click pada "Audio" box disebelah kiri korang.Then click "All to MP3"
Kemudian automatically akan keluar page lain kat screen korang.

Now, korang tekan "Add File".Then pilih lah music video yang korang nak convertkan.
Dah pilih? Sekarang tekan "Ok"




Korang tekan pada benda yag korang nak convert tu(biar keluar higlight biru).Then tekan "Play" kat atas tu.Tak faham? Tengok gambar kat atas okey.

Bile dah tekan play tu..tunggu benda biru dalam box tu cukup 100%...
then korang boley dapatkan barang yang korang convert kat "Output Folder"
Tak faham tengop gambar ye...

p/s : Dengan menggunakan Format Factory korang jugak boley convert macam seperti gambar,lagu,video,document dan sebagainya.Step nya adalah sama seperti di atas..So korang boley usha-usha sendiri dengan mengikut step-step di atas.Selamat Mencuba :)









Tengs For Read

Tutorial : Download Video Youtube Tanpa Downloader

Kali ni dila kembali menulis blog dengan memulakan tutorial untuk memudahkan korang download video di Youtube tanpa menggunakan apa-apa aje Downloader.
Caranya mudah sahaja..jom dila share caranya...

First korang bukak dulu Youtube, then search video apa yang korang nak download tu..


Dah bukak? Okey sekarang korang copy link (Ctrl+c) dekat tempat dila higlightkan biru seperti gambar di atas...

Now,korang dikehendaki untuk tekan "LINK"
Next step ?? Okey tengop gambar rajah kat bawah..
dila dah siap labelkan semua...


Lepas dah tekan start tu...dia akan keluar page lain and click Download.
Done!

Okey, jom layan movie :D
Tengs For Read

Tutorial : Tukar cursor di Lappy/PC

Assalamualaikum w.b.t

setelah sekian lama dila menyepikan diri sebab terlalu busy dengan study dila di UITM Machang. and alhamdulillah dila dapat habiskan sem 1 dila pada tahun ni. sekarang dila dalam semester break. so masa yang terlalu banyak terluang ni dila nak manfaatkan masa dila dengan update blog dila yang semakin kurang pengunjung sebab owner sendiri lama tak bukak. ini lah kesan nya.

sebab dila lebih banyak lagi melalut, kot-kot sapai ke Krabi , jom dila ajarkan cara nak tukar cursor di lappy/PC untuk pengguna windows 8.

First korang perlu lah cari dulu icon cursor yang korang nak gunakan.korang boley dapatkan cursor yang cute-cute atau animation di

http://www.cursors-4u.com

Setelah korang siap download cursor-cursor tersebut next step is right click kat dekstop dan click Personalize seperti dalam gambar ni


Then click change mouse pointers


Next step is choose normal select dulu then click browse
Then click apply dulu. okey sekarang dah boley click OK.



guys, itu korang baru tukar untuk Normal Select. untuk tukar pointers yang lain seperti Help Select,Busy,Link Select and others korang boleh tukarkannya mengikut step-step yang dila ajarkan tadi.

Tengs For Read

Ayam Masak Sweet Sour Simple


Amacam? mengancam tak selera?
Okey! kisahnya bermula pagi tadi dila memang betul-betul mati akal nak masak...
so setelah check segala bahan masakan yang ada kat dapur..tup-tup
tekak ni rasa nak makan ayam sweet sour plak da...

So, apelagi...program memasak pun berlansung..haha..yum..yumm..
okey antara bahan yang perlu korang prepared adalah :

  • Ayam (tak kisah lah potong kecil or besar and kuantiti tu ikut kehendak korang)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Bawang putih
  • Bawang Besar/Holland (dihiris nipis)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Lada benggala (dipotong dadu)
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
cara untuk memasak adalah :

  1. Ayam diperap bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit dan digoreng separuh masak.
  2. Dengan menggunakan kuali yang lain, korang tumiskan bawang putih beserta dengan bawang besar.
  3. Setelah hampir garing,masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.Tambahkan sedikit air mengikut citarasa korang sendiri.
  4. Kemudian masukkan tomato beserta dengan lada benggala.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak.Tunggu sehingga ayam masak.
  6. Last sekali... apa lagi pergi lah hidangkan ayam sweet sour and dimakan dengan nasi yang masih panas lagi...fuhhh!



Tengs For Read

Resipi Simple : Ayam Masak Lemon

Tengah hari tadi dila masakkan untuk anak-anak murid dila "Ayam Masak Lemon"...
wah..diorang makan,tambah nasi berpinggang-pinggang sorang-sorang..yang penting sekali ayam mesti taruk banyak dalam pinggang sebab diorang cakap sodap ayam hari ni...HaHa...

Bersusah payah dila mencari bahan-bahan nya...and last-last sekali dila tak ikut satu cara sebab bahan tak da...iaitu tepung nak goreng ayam...so, dila buat ayam masak lemon dengan goreng ayam macam tu jew..

Bahan-Bahan :

  • Ayam (wajib)
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Sos Thai
  • Sunquick (kalau boleh perisa "Orange Squash")
Cara Memasak :

  1. Potong ayam kecil-kecil dan gaulkan bersama secubit garam (agak-agak jew)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan setelah minyak dah panas, masukkan ayam tersebut untuk digoreng setengah masak.Setelah siap, sejat ayam tersebut ke dalam bekas lain.
  3. Potong bawang besar dan lumatkan bawang putih (pakai lesung mudah)
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  5. Masukkan ayam yang telah disejat minyak tadi ke dalam kuali.
  6. Masak sehingga masak dan masukkan sos thai (korang agak-agak dengan kuantiti ayam yang korang masak,asalkan bersalut kat semua ayam)
  7. If korang nak ada kuah sikit,korang masukkan lah air setengah gelas dah cukup.
  8. Masukkan satu sudu besar Sunquick.
  9. Kacau ayam tersebut sehingga sebati dan..... SIAP!

Tips :

Korang jugak boleh masak ayam masak lemon dengan celupkan terlebih dahulu ayam dalam tepung dan goreng kemudian baru ikut step "3-9".
Nak kasi rasa ayam masak lemon meletop! lagi..korang boleh perahkan asam limau nipis/kasturi setelah hidangan siap dimasak...dan korang boleh parutkan buah mangga dan letakkan atas hidangan.
Tips yang last sekali..yang paling penting sekali..untuk bagi ayam masak lemon ni sodap! korang kenalah guna sos thai jenama ni...
Gambar Kiasan (Pak Cik Google)




Tengs For Read

Tuto : Gambar shape "Bulat" di about me

Assalamualaikum and hello kepada semua...

hari tu ada sorang adik blogger baru request satu tutorial kat dila but dila lupa nak buatkan sebab dila busy this week...and adalah dalam 2,3 orang lagi yang dila belum tunaikan request tutorial diorang...dila nak mitak maaf sebab lambat buat tutorial..dah mula keje minggu ni..busy lah sikit kan...

Okey kita lupakan kejap pasal hal tu, now kita focus balik pada main topic kita pada hari ni...
today, dila nak ajar buat gambar shape "Bulat" di about me macam kat sidebar dila ni...


memang trend sekarang,para blogger letak gambar shape bulat di sidebar and memang ia menampakkan lagi blog korang menjadi kemas dan cantik...
okey, dila tau sebelum ni ada blogger lain yang dah buat tutorial ni..diorang buat gambar macam tu dengan menggunakan "Photoshop" kan..but hari ni dila nak ajarkan cara senang jew but banyak step lah sikit...jom ikuti...

Bahan-Bahan :

  • Gambar korang yang kiut-miut (wajib)
  • Software Photoscape (download kat filehippo kalau takde)
  • Software GIMP (download kat filehippo kalau takde)
Cara :

1. Bukak kan dulu software Photoscape > Editor

2. Pilihkan picture korang yang kiut-miut yang korang nak letakkan kat sidebar

3. Tekan Crop > Crop round image


4. Then, korang crop gambar korang biar betul-betul bulat...*jangan terlalu besar sangat

5. Tekan Crop > Save


6. Done Cropping and saving!

7. Open software GIMP 

8. Sekitar picture shape bulat korang tu kan masih adalah lagi kawasan yang tak nak..so,untuk buat kawasan tersebut kita guna GIMP...buatkan gambar tersebut menjadi transparent...So,dila dah pernah ajarkan transparent pakai software ni...korang klik jew ikon ni 

dah siap semua...korang dah boleh masukkan di sidebar korang sendiri...
untuk masukkan gambar disidebar korang just copy code ni dan pastekan kat HTML/JAVA SCRIPT

<center><img src="URL IMAGE KORANG" width="195" height="auto"/></center>
Last sekali untuk dapatkan URL IMGAE KORANG,korang mestilah upload kat internet dulu..
korang boleh upload kat sini..*tekan ikon ni 
bila dah siap upload,jangan lupa copy url image dan pastekan kat warna merah tu...
Done!






Tengs For Read

Tuto : Letak Rama-Rama Terbang Di Header

Assalamualaikum and hello semua.....

Kelmarin ada sorang akak request tuto dengan dila kat fb...dia tanya macam mana nak buat rama-rama berterbangan kat header...just like my header...


So, today dila nak share tutorials ini....

  1. Layout > Add A Gadget > HTML/Java Script
  2. Copy code bawah ni dan pastekan 
<div style="position: absolute; top: 50px; left: 400px;"><img border="0" src="http://dl6.glitter-graphics.net/pub/683/683156k6a7w9s3pn.gif" width="50"/></div>
 Done!

Edit Time :

Pink - Ketinggian rama-rama (makin rendah nombor,makin tinggi rama-rama)
Biru - Left/Right
Green - Kedudukan rama-rama (makin rendah nombor,rama-rama makin kekiri/kekanan)
Merah - URL rama-rama (kalau nak lain sikit,korang boley gunakan picture gif yang lain)

Tangkap rama-rama sini :

Blue 
http://dl8.glitter-graphics.net/pub/683/683158xrji3b6lpi.gif

Green
http://dl9.glitter-graphics.net/pub/683/683159rzzxdxhqsx.gif
Yellow
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/683/683162ioxu4lzjfk.gif
Orange
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/683/683160hsjdvlm9pc.gif
 White
http://dl4.glitter-graphics.net/pub/371/371104i9u4viatgj.gif
Red
http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683161uzgzs19say.gif
Blue and White
http://dl7.glitter-graphics.net/pub/683/683157lywta4h14o.gif














Tengs For Read

Tutorial : Transparent Gambar (Simple Ways)

Assalamualaikum w.b.t..

First dila nak you tengok kat atas...
oh, I meant my header! okey, nampak kan..
cuba korang tengop picture dila..transparent kan?

okey! kali ni nak ajar readers terutama sekali blogger baru mengenai cara nak transparent kan gambar..
so bila korang dah pandai transparent kan gambar..lepas ni you all boleh buat header sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit semata-mata untuk tempah header...you can made it by yourself mengikut kreativiti diri-sendiri..ooohhh! yeah! let's learn about it... :)

Bahan yang diperlukan ialah :

  • Picture yang nak dieditkan
  • Software GIMP 2 (or any versions pun insyallah boleh)
First sekali korang bukak GIMP 2..
then Click FILE > OPEN > Pilih picture yang korang nak edit > OPEN

Bila dah terbuka picture tu, Click LAYER > TRANSPARENCY > ADD ALPHA CHANNEL
'

Then korang pergi dekat "tool bar", korang pilih "Fuzzy Select Tool"

Click kan atas gambar pada bahagian yang korang nak transparentkan.. macam ni..

Pergi ke TOOLS > PAINT TOOLS > ERASER (Shift and E)


Korang dah boley padam tempat korang selection tadi dengan menggunakan "Fuzzy Select Tools"

then korang just ulang langkah (tulisan merah) pada tempat lain yang korang nak transparentkan..
padam sampai bersih :)
daa siap...korang boleh SAVE!

Cara nak SAVE! :

FILE > EXPORT
pastu akan keluar satu "box" macam ni...


Tekan pada simbol "+" yang terletak kat "Select File Type (By Extension)"

Akan keluar satu list yang panjang macam ni...


Korang search "PNG" , select dan "Export"

Last sekali akan keluar satu lagi "box" macam ni...


Korang setting macam box yang dila tunjukkan ni...
Click Export, DONE!












Tengs For Read

Tutorial : Nak Buat Gambar Menjadi Colourful

Hey semua!

rasanya dila dah lama tak update mengenai "tutorial" kan...kali ni dila bukan nak ajar mengenai blog tetapi cara nak edit "Gambar Menjadi Colourful" :)
Example :



Bahan-bahan nya adalah :

  • Adobe Photoshop (tak kira CS berapa pun)
  • Picture yang korang nak editkan
Oppps! korang jangan pergi..baca tutorial ni sampai habis...dila faham kebanyakkan orang fikir "Adobe Photoshop" ni memang susah...dila sendiri tak nafikan hal tu..but kali ni dila ajar korang yang simple punyer..kira macam asas laa jugak..Okey! jom ikuti kelas hari ni :)

First sekali korang bukak software Adobe Photoshop...

Click FILE > OPEN > Pilih picture yang korang nak editkan...

Korang dikehendaki "Black & White" dulu picture tu..
Click IMAGE > ADJUSTMENTS > BLACK & WHITE


then akan keluar box seperti ini,korang tekan OK

After that Click LAYER > NEW FILL LAYER > GRADIENT


Akan keluar satu box,then korang tekan aje OK...pastu one more box akan keluar...
then korang setting box tu menjadi macam ni...


Actually korang boley jew ubah "Gradient" dan "Style" tu ikut selera korang...pastu tekan OK!

Click LAYER > LAYER STYLE > BLENDING OPTIONS


Sekali lagi akan keluar box yang lain..korang usha-usha box tu biar jadi macam ni


  • Blend Mode tukar kepada OVERLAY
  • Opacity korang ejas ikut selera korang sendiri..
  • OK!
SAVE!









Tengs For Read