Kisah Dila Sempena Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk kesemua blogger-blogger yang mengenali dila...
Dan pastinya hari ini kita memperbanyakkan amalan selawat kepada nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...insyallah...



Bercerita pasal Maulidur Rasul ni terus dila teringat akan Sambutan Maulud di sekolah pada setiap tahun...but this year "2014" dila tak lagi merasai suasana Sambutan Maulud kat sekolah...Ya Allah betapa rindunya suasana tersebut..tiap-tiap tahun dila takkan pernah miss untuk sertai perarakan area luar sekolah sambil berselawat...bukan itu sahaja dila juga tak pernah miss untuk menghadirkan diri ke dewan untuk dengan para penceramah menceritakan kisah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SWT.

Dila ingat lagi...ada satu tahun tu penceramah menceritakan saat kematian Nabi Muhammad...Ya Allah..korang tau saat tu dila and kawan dila menintis air mata,menangis tanpa menghiraukan orang lain..betapa sayunya dan sedihnya saat kematian Nabi Muhammad...sebelum ni dila pernah baca jugak satu buku ni yang memang hanya menceritakan kisah Nabi Muhammad dari saat kelahiran,waktu kecil,perjuangannya sehinggalah saat hembusan nafas terakhir Rasulullah...bukan main menangis teresak-esak lagi dila baca saat kematian Rasulullah..

Selalunya penghujung majlis Maulud kat sekolah pasti akan dijamukan makan-makan..sekolah dila memang tak sah kalau tak tumbangkan seekor lembu..konfom nak dibuat gulai daging...dan tahun lepas merupakan kali terakhir dila menyambut Maulud kat sekolah..really miss that moments :')

Celoteh dila seterusnya ialah dila nak share dengan korang tentang seorang anak murid dila ni..dari first dila kerja hari tu lagi *1/1/2014 dila perasan tentang satu sikap kanak-kanak ni..dia kanak-kanak lelaki yang berumur 3 tahun..nama dia Afnan.dia budak manja sikit,dia akan menangis kalau ada orang *kecuali mak dia pegang or dukung dia.but it's ok,biasalah budak kan..tapi dia ada satu keistimewaan yang dila tak pernah jumpa kat mana-mana budak lagi.Yang istimewanya mulut dia tak pernah lekang berselawat kepada Nabi Muhammad...betul korang..time dia senyap dan takde orang ganggu dia kan..pastu tetiba mesti dila akan dengar satu suara berselawat and bila dila pergi check,rupa-rupanya suara Afnan...Ya allah beruntungnya ibu dia dapat anak secerdik itu...bukan sahaja selawat yang dila pernah dengar,berzikir ada,nasyid ada..ada sekali tu dila dengar dia nyanyi Ya Hanana..

Dila pernah terbaca satu ayat ni :

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku,"


Tengs For Read