Cara Nak Gabungkan Picture Menjadi Menarik

Hey Peeps!
Oke cara edit picture yang dila nak ajar ni memang simple jew...tapi mungkin napak creative....cara mengedit pun senang jew...hanya menggunakan Photoscape jew...
contoh gambar yang dila nak ajar ialah :


so dila nak ajar korang camne nak gabungkan picture jadi camni...
Ikuti lah Tutorial nak jadikan picture camni :

1. Bukak Photoscape then pilih picture yang korang telah transparentkan untuk diputarkan....next tekan kat mana saya bulatkan tu...
*tekan gambar untuk perbesaran


2. Hasil nya akan jadi camni bile korang SAVE
*napakkan kedudukan nya berbeza

3. Then bukak balik Photoscape..Tekan




* Tekan bulatan merah dulu baru tekan bulatan kuning

* Hasil setelah dimasukkan gambar

4. Then pandai-pandailah korang edit picture korang mengikut kreativiti korang yew...
dan hasil dila edit.....ini dia....


So sekarang dah pandai edit gambarkan..ha..apa kata korang cuba nasib kat CONTEST NI
apa-apa pun...Selamat Mencuba Tau...











Tengs For Read

Contest I Love My Parents By Iza

Click Banner Untuk Join

Question :
1. Kenapa korang sayang ayah dan ibu korang ?
2. Rasa-rasa, apa hadiah yang paling berharga untuk parents korang ?

Answer :
1. Oke readers...kenapa dila sayang sangat-sangat kat ayah dan ibu dila....sebab dila dapat merasai kasih sayang yang sangat kuat dari parents dila...macam mana dila boleh rasa kasih sayang tu...oke macam ni ceritanya..masa dila darjah satu selalunya bas dari pusat penjagaan *pengasuh akan datang amek dila kat sekolah dan akan hantar kat pengasuh..dan pada ketika itu dila sekolah kat betul-betul tengah bandar Kota Bharu...then dipendekkan cerita..satu hari dila tertinggal bas sebab cikgu sekolah benarkan kuar kelas lewat pada hari tu....bile dah tertinggal bas tu..dila tak tau nak wat camne...public phone memang lah ada..but the problem is dila tak tau nombor telefon parents dila...fikiran dila buntu sesangat masa tu..dila amek keputusan untuk tunggu jew kat situ *bus stop...nasib baik lah masa tu ada gak beberapa ringgit duit dalam poket..ley lah sumbak sikit-sikit makanan dalam perut...then tetibe ada sorang Pak Cik Tua ajak dila naik kete dia...cepat-cepat dila tolak pelawaan dia dan dila masuk balik kawasan sekolah sebab takut...yew lah tengah-tengah bandar camntu macam-macam ley berlaku....setelah selama 5 jam dila tunggu kat situ..akhirnya ayah dila sendiri datang jemput dila dan bawak dila kat pengasuh..kat situ ada mama dila yang tengah menangis seperti orang mati anak dah...turun jew dari kereta..ayah dila terus pi sound kat pengasuh tu...ayah dila sound lebih kurang camni lah "apesal tak check dulu budak cukup ke tak...check lah dulu mana tau ada yang tertinggal..nasib baik anak saya ada lagi..kalau hilang camne..awak lah yang tanggungjawan"...tengok jew situation tu dila rasa nak nangis jew kuat-kuat..dila nak nangis bukan sebab sedih kena tunggu lama tapi dila sedih sebab terharu dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah..kat situ lah dila sedar yang parents dila memang betul2 sayang dila....walaupun masa tu dila still budak lagi tapi dila cukup terharu....
Lepas jew ayah sound tu..kami sume singgah dulu kedai makan sebelum balik umah..ayah tau-tau jew dila tengah lapar..kih3..bile sampai umah dila terus tido...masa tengah tido tu..telinga dila ni dapat tangkap suara mama dan ayah duk bercakap...ayah cakap lena betul dila tido..mama plak jawab...dia penat sangat tu..separuh hari duk tunggu kat sekolah tu....then dila dapat rasai kehangatan ciuman dari mama dengan ayah...lena betul dila tido malam tu.... (:

2. Hadiah yang paling berharga untuk parents dila ialah Dila nak menjadi seorang Doktor Pakar seperti yang diimpikan oleh ayah dan mama selama ni..sebelum ni ayah dan mama mengharapkan Kak Long dan Abg Ngah...tapi kerjaya yang diorang pilih tidak kearah itu..Kak Long amek kos Programming manakala Abg Ngah amek kos Pegawai Pembantu Makmal....sesungguhnya memang diri dila minat kearah Multimedia tetapi demi impian ayah dan mama..dila sanggup berusaha untuk menjadi seorang Doktor Pakar...dan sekarang dila berjaya mengatur langkah kearah menjadi seorang Doktor dengan kedudukan dila yang sekarang ni berada dalam kelas aliran sains....Insyallah satu hari nanti dila akan jadi Doktor seperti yang diimpikan oleh ayah dan mama

Dila dah jawab kesemua soalan seperti membuat esei..hehehe...sponsor pun telah diLike dan Follow....
Ini adalah senarai sponsor contest ni
Monsta Blogshop

For information :
Facebook : Diey La
Follow Blog By Name : Alis Adila/ Dieyla

Tagging : 

Dila and Parents



Tengs For Read