Resipi Simple : Ayam Masak Lemon

Tengah hari tadi dila masakkan untuk anak-anak murid dila "Ayam Masak Lemon"...
wah..diorang makan,tambah nasi berpinggang-pinggang sorang-sorang..yang penting sekali ayam mesti taruk banyak dalam pinggang sebab diorang cakap sodap ayam hari ni...HaHa...

Bersusah payah dila mencari bahan-bahan nya...and last-last sekali dila tak ikut satu cara sebab bahan tak da...iaitu tepung nak goreng ayam...so, dila buat ayam masak lemon dengan goreng ayam macam tu jew..

Bahan-Bahan :

  • Ayam (wajib)
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Sos Thai
  • Sunquick (kalau boleh perisa "Orange Squash")
Cara Memasak :

  1. Potong ayam kecil-kecil dan gaulkan bersama secubit garam (agak-agak jew)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan setelah minyak dah panas, masukkan ayam tersebut untuk digoreng setengah masak.Setelah siap, sejat ayam tersebut ke dalam bekas lain.
  3. Potong bawang besar dan lumatkan bawang putih (pakai lesung mudah)
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  5. Masukkan ayam yang telah disejat minyak tadi ke dalam kuali.
  6. Masak sehingga masak dan masukkan sos thai (korang agak-agak dengan kuantiti ayam yang korang masak,asalkan bersalut kat semua ayam)
  7. If korang nak ada kuah sikit,korang masukkan lah air setengah gelas dah cukup.
  8. Masukkan satu sudu besar Sunquick.
  9. Kacau ayam tersebut sehingga sebati dan..... SIAP!

Tips :

Korang jugak boleh masak ayam masak lemon dengan celupkan terlebih dahulu ayam dalam tepung dan goreng kemudian baru ikut step "3-9".
Nak kasi rasa ayam masak lemon meletop! lagi..korang boleh perahkan asam limau nipis/kasturi setelah hidangan siap dimasak...dan korang boleh parutkan buah mangga dan letakkan atas hidangan.
Tips yang last sekali..yang paling penting sekali..untuk bagi ayam masak lemon ni sodap! korang kenalah guna sos thai jenama ni...
Gambar Kiasan (Pak Cik Google)




Tengs For Read

0 00 ♥LOVE♥: