Result UPSR


Assalamualaikum....

waa hari ni merupakan hari keluarnya result UPSR bagi adik-adik darjah 6...
tahniah kat adik-adik semua atas usaha adik-adik... *clap

Yang tak berjaya collect banyak A tu jangan sedih-sedih oke....UPSR ni belum lagi penamat bagi adik-adik...it's just like training...tak semestinya tak dapat collect A dalam UPSR adik-adik tak pandai...uish itu salah tu...so jangan give up ok...
nanti banyak lagi exam-exam besar yang korang akan tempuhi....

Citer pasal UPSR ni teringat pulak dila masa kat sekolah rendah dulu...hari dimana result UPSR keluar...sebelum result keluar tu bukan main seram sejuk je badan ni..dengan perasaan yang tak tentu arah....tapi after dapat result tu..bukan main lagi dila buat wayang kat situ..menangis teresak-esak sebab tak dapat collect banyak A,hanya mampu collect 2A jew..kawan-kawan lain bukan main lagi naik pentas dengan parents...
Time nak bagitau kat mama tu..adui bukan mai berdebor lagi...abah pulak bila dapat tahu dila just dapat collect 2A je..bukan main merajuk lagi dengan anak perempuan dia ni..tak mau cakap pun..
memang lah sedih time tu..ye lah abah kecewa sebab anak yang dia harapkan ni dapat collect A banyak tu je...
dan sehari suntuk tu laa dila dengar je apa saja orang nak cakap pasal result UPSR dila yang teruk tu...but abang ngah saya..satu-satunya orang yang support saya...dia bagi kata-kata peransang..*dia UPSR staright A

Sejak daripada itu...bile dila dah naik form1 dila belajar sungguh-sungguh..nak buat abah bangga dengan dila...nak buat abah rasa yang anak dia ni boleh diharapkan...and alhamdulillah result SPM dila membanggakan...orang pertama yang dila cari lepas amek result adalah abah..abah bangga dengan dila...saat tu abah peluk dila..gosok-gosok bahu dila..Ya Allah...sebak rasa time tu sebab dila berjaya cover kesilapan dila time UPSR dulu...dan alhamdulillah sekarang dila dapat belajar kat UITM..orang pertama yang dila bagitahu berita gembira ni adalah abah...lepas je tahu dila dapat jadi Mahasiswi bukan main lagi abah..sentiasa tersenyum..senang hati...alhamdulillah...



So adik-adik yang tak dapat A sekalipun jangan pernah give up ok....ini bukan lagi penamat bagi korang..jauh lagi perjalanan korang..banyak benda lagi korang kena pelajari..tapi bile dah dapat result camni time UPSR takkan adik-adik nak ulangi lagi kesilapan tu? So belajar sungguh-sungguh dik...insyallah kejayaan pasti ditangan adik-adik... :)

Tengs For Read

Vlogger Shazreen Fazlynda


Assalamualaikum...hari ni dila nak bukak cerita pasal seorang vlogger yang makin hari makin dikenali oleh penduduk bumi di Malaysia...ceewaah..
Vlogger tersebut dikenali sebagai nama Shazreen Fazlynda.


orang nya comel,putih and gebu..perwatakan yang menarik,memang stylo giler and cool je..
vlog dia semuanya lucu-lucu dan ada pengajaran di akhir cerita...

Before this dila hanya layan vlog MatLutfi dan Samad Maccaboy
but now Shazreen Fazlynda juga menjadi salah seorang vlogger yang dila minat..

First video dari kak Shazreen yang dila tengok ialah "Ragam Muka Buku"...
lagi-lagi time tu memang facebook tengah hot and memang betul apa yang kak Shazreen cakap..dalam kita bersosial dalam facebook ni..macam-macam ragam yang kita jumpa..
semua yang kak Shazreen lakon kan hampir sama dengan apa yang dila lalui...

Sejak tengok video tu...dila mula geledah semua video kak Shazreen di channel youtube dia..siap subscribe lagi..hehe...and kesemua video dia dila tengop.. *ada setengah tu dila download sebab tak puas tengop..

Apa pun setiap kali kak Shazreen upload video baru pasti dila awal-awal lagi dah tengop...
and sekarang ni kak Shazreen femes dengan mengarahkan short film...
short film dia semuanya best-best and pengajaran yang diberi juga mantap..
Short film yang bertajuk Retaliation memang best... :)


https://www.youtube.com/watch?v=2tQPoNvw1qQ&list=TLFnKIyNFIrdQ
Ini Short Film terbaru dari Shazreen Fazlynda yang bertajuk "Garam"






Tengs For Read

Tutorial Edit Gambar Menggunakan Picarts

Assalamualaikum...

kali ni dila nak sambung tutorial daripada VSCOCAM ni...
dalam tutorial yang itu kita edit pakai VSCOCAM..so untuk kasi gambar tu gempak lagi..kita perlu menggunakan software PICARTS....

Software ini juga terdapat dalam android..so korang boleh install software ni kat Play Store ok...
Jom dila ajar biar gambar kasi gempak...

First korang bukak dulu software Picarts setelah siap install...
korang tekan kat "Effect" *kaler light blue
Then korang pilih lah gambar yang korang dah edit kat VSCOCAM tadi....
*gambar yang tak edit kat VSCOCAM pun boleh juga

Step 2 bile gambar dah terbuka..untuk kasi gambar tu sharpen and hidup korang tekan lah HDR1..HDR2 pun boleh..tapi dila lebih suka pakai HDR1..Then apply...
*HDR ini akan menampakkan gambar kita seolah-olah diambil dengan menggunakan kamera DSLR..lebih kurang la..

Step 3 korang pilih lah colour gradient...but jangan apply lagi...
Ok kitakan tak mahu lah full body kita tu dengan berwarna-warni camtukan...
So..step 4 ada jalan penyelesaiannya...

Step 4...sebelum apply..korang kena touch dulu kat full body korang..
contohnya touch lah kat bahagian yang dila bulatkan tu...
So...full body korang takkan lagi berwarna-warni hanya latar belakang sahaja...

Contohnya macam gambar kat atas ni...dila apply kan Stenciler yang menyebabkan ada batu-bata..
but kita tak mahu la satu badan kita ada batu bata kan..so jalan penyelesaiannya seperti step 4...touch satu badan korang..so satu badan korang akan jadi picture original yang hanya ada HDR1...and batu bata tu pulak sebagai backgroud...

da siap touch semua...korang dah boleh apply..
Step 5 adalah save!

korang try lah godek-godek dulu software ni...sebab picarts ni memang mudah sangat dan macam-macam benda kita boleh edit...so Selamat Mencuba :)






Tengs For Read

Tutorial edit gambar menggunakan VSCOCAM

Assalamualaikum...

malam ni dila rajin sikit..so ingat nak buat tutorial..
kebetulan pula sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanya pada dila macam mana nak edit gambar cantik-cantik and kreatif macam dila....okey rahsia dila mudah sahaja..dila menggunakan software VSCOCAM...

software ni awak-awak semua boleh dapatkan melalui android kat Play Store...sila install dulu ye anak-anak...
okey...bagi sesape yang tak pernah tgop lagi gambar yang dila edit..korang bley lah usha-usha kat sini "AlisAdila"

First, korang bukak dulu software VSCOCAM melalui android korang...then kat atas tu ada satu simbol "+"...click pada simbol tu and cari picture mana yang korang nak editkan.

Da siap pilih...korang click pulak pada simbol seperti yang dila bulatkan kat dalam gambar bawah ni....


Pastu akan keluar pulak senarai filter banyak-banyak macam kat gambar atas ni..dalam tutorial ni dila pilih filter "HB2"....memang kebanyakkan picture dila..dila menggunakan filter yang ni...
*masa first korang install tu mesti filter "HB2" ni takde..so korang kena download dulu kat "Store" dalam VSCOCAM ni...

Step 3 korang perlu click pada simbol spannar seperti rajah yang telah dila bulatkan.

Step 4 korang kena tentukan "brightness" gambar tu pulak...
so click pada simbol matahari tu...Selalunya dila menggunakan brightness antara 2-5 sahaja..
*bergantung pada gambar yang korang nak edit jugak..tengop laa yang mana paling menambat hati....

Step 5 is untuk kasi warna gambar tu hidup and terang...korang perlu menggunakan "saturation"...
Selalunya dila menggunakan saturation antara 2-4 sahaja..

Step 6 nak kasi gambar tu blur-blur sikit...gunakan lah "fade"
Dila menggunakan diantara 3-5 sahaja....

Last sekali nak suh ada border gelap kat sekeliling gambar...so click seperti dila bulatkan dalam rajah di atas...dila gunakannya diantara 5-11....

Kemudian save lah gambar yang korang editkan tu..
dan hasil yang dila dapat dari editan tadi ialah....

Sambung edit pakai Picarts pulak kalau nak bagi lagi gempak..
Tutorial kat sini



Tengs For Read

Hepy Birthday To Me

21 November 1996 dimana lahirnya seorang bayi yang dilahirkan oleh Norzihan...
bayi November ini diberi nama "Nur Alis Adila"
bayi November tersebut kini sedang sibuk menaip entry birthday nya sendiri..hehe :)

Alhamdulillah kerana allah telah mengizinkan mama untuk melahirkan dila..
Alhamdulillah kerana allah masih mengizinkan dila untuk bernafas sehingga ke hari ni....
Alhamdulillah kerana telah genap 18 tahun dila hidup di dunia yang penuh pancaroba ini...


Terima kasih dila ucapkan kepada semua yang telah mengucapkan dan mendoakan dila...Ameen...
Semoga allah turut memberkati korang jugak :)


 
Tengs buat adik Zatil sebab wish best luck buat akak...


Tengs buat Bella Qirana from Pr's Siblings...dia siap buat video
and nyanyikan lagu birthday buat dila...sweet sangat video..
sapai nangis dila.. :')


Ini pulak ucapan dari bestfriend dila from form 2 lagi...
tenkiu very much wahida :)

Hanya itu saja yang dila sempat screenshot...btw tengs untuk semua yang ucapkan... :)






Tak lupa juga tenkiu buat satu-satunya kakak saya... Kak Long yang sudi belanja makan hari ni..alhamdulillah GCB from Mc Donalds selamat mendarat dalam perut dila :)





Tengs For Read

Bertukar Wajah


Alhamdulillah akhirnya dila berjaya juga siapkan mengedit blog dila ni....
bagi blog dila ni pakai baju cantik-cantik...aksesori yang menarik..kasi menawan sikit...hehe...

setelah bersusah payah geledah blog sana-sini...bukak laman web itu ini...edit macam-macam benda..ada yang tak menjadi apa laa...haha.ye lah dah lama dila tak main coding-coding ni...itu yang banyak dah lupa..tapi akhirnya membuahkan hasil yang buat dila rasa puas hati...

okey,kalau dulu blog dila bertemakan Pink and Light Blue...semua yang singgah blog dila pasti akan komen yang blog ni simple but nice and tenang...mana tak tenangnya warna light blue..warna awam kan..hehe...but kali ni dila buat decision untuk bertemakan Pink Purple *pink tu penting
Kali ni dila still dengan concept simple..ye lah malas nak berserabut dengan banyak-banyak corak and banyak-banyak barang...nak memudahkan pengunjung jugak sebenarnya...tak yah nak tunggu loading lama-lama...

Semoga korang suka dengan blog dila yang tak seberapa ni :)

Header yang simple je..malas nak sarat-sarat.




Oh ye..korang dah dengar eh lagu baru kat blog dila..best tak?
sweet tak suara penyanyi dia? hehe...semoga terhibur :)

Tengs For Read

Blog Under Construction


nanti dah siap dila update yew...tunggu kemunculan update dari dila :)
Tengs For Read

Tutorial : Convert Music Video - MP3

Hai...hari ni entri dari dila, ialah dila nak share kepada pembaca-pembaca blog cara untuk convert atau tukarkan "Music Video" kepada "MP3"....
Haa..ye lah mungkin ada sesetengah orang tu suka download music video kat youtube tapi pada masa yang sama dia nak juga dengar lagu tu dalam bentuk MP3 untuk dimasukkan ke dalam handphone...

So, dila akan bantu korang dengar share ilmu menggunakan Format Factory.
Okey first sekali sila dapatkan software tersebut.


dah siap install? Okey jom dila ajarkan cara-caranya....

Sekarang korang bukak dulu Format Factory.


Click pada "Audio" box disebelah kiri korang.Then click "All to MP3"
Kemudian automatically akan keluar page lain kat screen korang.

Now, korang tekan "Add File".Then pilih lah music video yang korang nak convertkan.
Dah pilih? Sekarang tekan "Ok"




Korang tekan pada benda yag korang nak convert tu(biar keluar higlight biru).Then tekan "Play" kat atas tu.Tak faham? Tengok gambar kat atas okey.

Bile dah tekan play tu..tunggu benda biru dalam box tu cukup 100%...
then korang boley dapatkan barang yang korang convert kat "Output Folder"
Tak faham tengop gambar ye...

p/s : Dengan menggunakan Format Factory korang jugak boley convert macam seperti gambar,lagu,video,document dan sebagainya.Step nya adalah sama seperti di atas..So korang boley usha-usha sendiri dengan mengikut step-step di atas.Selamat Mencuba :)









Tengs For Read

Tutorial : Download Video Youtube Tanpa Downloader

Kali ni dila kembali menulis blog dengan memulakan tutorial untuk memudahkan korang download video di Youtube tanpa menggunakan apa-apa aje Downloader.
Caranya mudah sahaja..jom dila share caranya...

First korang bukak dulu Youtube, then search video apa yang korang nak download tu..


Dah bukak? Okey sekarang korang copy link (Ctrl+c) dekat tempat dila higlightkan biru seperti gambar di atas...

Now,korang dikehendaki untuk tekan "LINK"
Next step ?? Okey tengop gambar rajah kat bawah..
dila dah siap labelkan semua...


Lepas dah tekan start tu...dia akan keluar page lain and click Download.
Done!

Okey, jom layan movie :D
Tengs For Read

Penyakit Hati


Itu lah gambaran disaat dila menatap wajah si dia bersama perempuan lain dalam persalinan pengantin.Saat dila melihat dia memeluk perempuan yang kini sah menjadi isteri.Saat dila melihat dia tersenyum bangga kerana telah sah menjadi suami orang.Saat dia ucapkan bahawa dia tak sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami...Ya Allah..


Ye, dila macam gadis-gadis yang lain...mengimpikan untuk menjadi suri yang sah kepada kekasih hati.Dila hanya lah insan biasa...Insan yang lemah...Terlalu besar dila impikan ketika bersama di dia...dan kini dila jatuh tersungkur.. rebah menangis kerana impian dila untuk bersama dia berkecai bersama sekeping hati dila ini.

Ye dila akui bukan mudah untuk dila lupakan atau buang hati yang terluka ni..it's not easy..Kalau lah dila boley buat camtu je hati yang berkecai ni pasti saat ni dila tersenyum manis menikmati kehidupan seperti biasa...Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara kita...

How to fix my broken heart?
Guna kan plaster hand? tak sapai 10 saat hati ni berdarah semula...
Guna kan gam yang paling kuat? tak sapai satu jam hati ni dah kembali berkecai....
Hati yang terluka ni memerlukan jangka masa yang lama..ye..terlalu lama..
bukan mudah untuk hati ini pulih...

Ye, Allah sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada Allah...

Ye, family sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada famili....

Ye, PR's Siblings sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada PR's Siblings...

Ye..memang dila akui dila boley jadi kuat...tapi dila tak boley tipu diri dila sendiri...
kadang-kadang hati ini dipungguk rasa rindu..
kadang-kadang hati ini sebak mengenagkan segalanya...
kadang-kadang hati ini sunyi bile tiada lagi insan yang nak dengar celoteh dila 24 jam tanpa henti..
kadang-kadang hati ini teringat setiap kenangan manis bersama si dia...

adik bella pernah pesan kat dila...
Kadang-kadang tu, kita bukan merindui orang tu tapi kite hanya merindui kenangan manis kite
bersama orang tersayang.

dila sentiasa ingat kata-kata tu...actually dila tak pasti sebenarnya..sama ada dila merindui si dia or kenangan manis bersama si dia...

Note si dia :

Awak..satu je dila nak pesan...cukup lah bagi dila harapan..cukup lah..dila tak sanggup dah nak menaggung penyakit hati ni...biarkan dila dengan hidup dila..biarkan dila rawat sendiri hati ni dengan bantuan Allah dan orang di sekeliling dila...mungkin sekarang dila merana kerana penyakit hati ini tapi dila percaya satu hari nanti penyakit hati ini akan hilang walaupun awak takde disisi dila...kerana apa??? kerana saya masih ada Allah,famili saya dan PR's Siblings.


Tengs For Read

S.A.H.A.B.A.T

Hai semua.

Hari ni dila nak ceritakan pasal kehidupan dila di UITM Machang. okey memang dila pernah update sekali jew pasal life kat sana. tapi kali ni dila nak share kehidupan dila setelah berkenalan dengan S.A.H.A.B.A.T

Dari kiri Baby Dieyla , Kak Long Jijah, Mama Biy, Adik Bella, Ibu Dina
Kami berlima digelar sebagai PR's Siblings. Kami merupakan classmates. seriously sebelum ni kami hanya rapat biase je, sebagai classmates but after one by one ditinggalkan kekasih kami banyak meluangkan masa bersama. Kami kongsi cerita kami sama-sama. Kami ditinggalkan kekasih secara berjemaah. Kemana-mana saja kiteorag pergi mesti berlima. Kami pertahankan diantara satu sama lain. Kami menjadi pendengar setia diantara satu sama lain.And that's why la kami mula rapat dan hadir la PR's Siblings.


 Dear PR's Siblings ingat tak moments ni? korang tahu tak dila rindu sangat moments time ni. masa ni happy sangat. dila paling excited sekali kan nak amek gambar atas pelamin. ingat tak korang?masa ni kite pergi kenduri rumah family ibu dina lepas habis kelas... hehe.. paling best time dalam kereta tu. macam-macam ragam sapai dila tak ley tahan gelak.rasanya kalu dari luar napak kereta tu bergoncang sebab kite buas duk dlm tu...haha..ibu dina sapai penim kepala sebab gelak tak habis.mama biy selalu buat kami terhibur. :D

Ni moments kita kat Pantai Irama. sebelum Final Exam kononnya nak pergi release tension la..hehe tapi memang release tension.. ala lagipun bile dengan PR's Siblings semua tension terus hilang. sebab mereka penghibur hati dila :')



Ingat lagi tak time ni? time ibu dina menangis. pastu dila turut nangis sekali sebab dila memang tak ley tengop kawan dila nangis. hati turut sebak.dila sendiri pun pernah menangis depan diorang sebab seseorang tu. korang tengs sangat sebab sudi jadi pendengar setia kat dila.tenkiu sebab jadi teman yang setia ketika dila rebah menangis.dila tak pernah lagi menangis depan sesiapa.tapi bile dengan korang dila selesa untuk kongsi cerita dan tak malu menitiskan air mata.



korang selalu cakap "Dila wanita tertabah" tapi korang...dila still tabah sebab dila ada korang disisi dila.kekosongan yang ditinggalkan oleh si dia telah diisi dengan korang.korang membuatkan dila hepi, korang membuatkan dila boleh lupakan si dia.tengs sangat korang . :)

Korang ni adalah hari sebelum last day kite spent time bersama.Time ni dalam hati dila memang dah rasa rindukan korang.sebab keesokan kite dah nak balikkan.Korang ingat lagi tak moments malam terakhir kite tu? dengan penuh beraninya kita bermaun truth or dare. Malam tu dila dapat mengenali korang lebih dekat. Kenali famili korang.Kenali hati korang.Segala rahsia semua diceritakan.Malam tu tak tahu berapa kali dila menitiskan air mata.Sayu betul hati ni.Bertambah sebak lagi bile kite sama-sama bagi pandangan antara satu sama lain. dila still ingat setiap kata-kata korang dan pesanan kat dila.Semalaman kite tak tidurkan sebab duk main benda ni. dekat nak subuh bukak plak citer hindustan.haha..seronok sangat hari tu :)

Pagi tu plak, hati dila kembali sebak. Ye lah Sebulan lebih jugak kite cuti semester. haiyaaa....terbayang perasaan rindu kat korang yang menebalkan..bile dah balik tu, malam tu jugak dila dah rindukan korang. sabar lah wahai  hati :)

Dear PR's Siblings tengs sebab jadi kawan terbaik buat dila. sejak berkawan dengan korang macam-macam benda yang dila belajar pasal kehidupan membuatkan dila menjadi matang sedikit berbanding dulu.Sungguh korang lah kawan terbaik yang dila ada.Korang selalu disisi dila.Korang pendengar terbaik bagi dila.

Terima kasih ibu sebab bersabar melayan kerenah room mate mu ini sepanjang kite tinggal bersama.Ibu sentiasa bersabar dengan habit dila yang memang susah nak bangun pagi ni.Dila mintak maaf tahu sebab dila sentiasa marah ibu masa CSC128, dila tak sengaja..dila just nak buat yang terbaik sebab dila nak ajar Ibu..dila nak biar ibu faham..and ibu tengs sebab ajarkan dila ACC106 and MAT133..Ibu lah alien paling comel sekali kat muka bumi ni :)

Terima kasih mama sebab sentiasa buat dila happy, gelak gila-gila sapai penat nak gelak dah.Mama banyak bagi nasihat.mama banyak bagi petua.mama suka ngepek tapi dalam ngepek mama tu semua nya lucu-lucu..sungguh..mama lah badut kami , PR's Siblings.

Terima kasih buat adik bella qirana sebab always tunjuk ajar pasal fesyen.Sungguh dila banyak tahu pasal matching-matching kaler ni dari adik.Walaupun adik selalu kena buli dengan mama and kak lng tapi dia tetap cool.Adik stay cun oke? :*

Terima kasih buat kak long sebab dia selalu usik dila..hehe...memang kak long suka usik orang.walaupun kak long suka geletek dila tapi dila merindui kenangan tu.. sungguh dila rindu :')
Macam-macam cerita yang kak long kongsikan dari facebook. banyak pengetahuan yang dila dapat dari semua info tu..tenkiu kak long 

Macam yang dila pernah cakap. ye! memang dila kehilangan si dia tapi Allah gantikan kekosongan itu dengan korang,PR's Siblings. Allah gantikan sesuatu yang memang tak ternilai iaitu S.A.H.A.B.A.T. Terima kasih Allah sebab rapatkan ukhwah kami bersama.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya and korang lah hikmahnya.Korang tengs sebab sudi kawan dengan dila,sabar melayan perangai dila, sudi dengar kisah dila.Korang ingat tau, dila akan sentiasa berada disisi korang untuk lapkan air mata korang,untuk dengar luahan hati korang, untuk melayan kerenah korang tanpa pernah rasa jemu.












Tengs For Read

Tutorial : Tukar cursor di Lappy/PC

Assalamualaikum w.b.t

setelah sekian lama dila menyepikan diri sebab terlalu busy dengan study dila di UITM Machang. and alhamdulillah dila dapat habiskan sem 1 dila pada tahun ni. sekarang dila dalam semester break. so masa yang terlalu banyak terluang ni dila nak manfaatkan masa dila dengan update blog dila yang semakin kurang pengunjung sebab owner sendiri lama tak bukak. ini lah kesan nya.

sebab dila lebih banyak lagi melalut, kot-kot sapai ke Krabi , jom dila ajarkan cara nak tukar cursor di lappy/PC untuk pengguna windows 8.

First korang perlu lah cari dulu icon cursor yang korang nak gunakan.korang boley dapatkan cursor yang cute-cute atau animation di

http://www.cursors-4u.com

Setelah korang siap download cursor-cursor tersebut next step is right click kat dekstop dan click Personalize seperti dalam gambar ni


Then click change mouse pointers


Next step is choose normal select dulu then click browse
Then click apply dulu. okey sekarang dah boley click OK.



guys, itu korang baru tukar untuk Normal Select. untuk tukar pointers yang lain seperti Help Select,Busy,Link Select and others korang boleh tukarkannya mengikut step-step yang dila ajarkan tadi.

Tengs For Read

New Life At UITM Machang

erm..erm...1,2,3...test...test....

Assalamualaikum w.b.t
rasanya dah lama dila tak update blog dila kan...dan pastinya pembaca or pengunjung blog dila jugak makin berkurang sebabkan dila jarang update blog ni...macam bersepah pun adakan...maaf yew semua...

oke! untuk permulaan baru ni..dila ada something nak tunjukkan kat korang semua...hehe...nak tau apa?
oke! benda ni merupakan something yang dila memang syg gila-gila...and dila terlalu menghargai orang yang bagi benda ni kan dila...oke! dila buat korang tertunggu-tunggu eh?
let's me tell u the truth...

tarraaaaa....

how i am not supposed to like this...i'm really love it...after this benda ni laa yang akan membantu dila untuk terus berblogging..and pastinya lepas ni tanpa henti-henti dila akan update blog...HaHa...tengs abah..
sebab bagi kakak pilih sendiri laptop yang kakak suka...i'm use laptop brand Lenovo..it was touch screen and pastinya keypad masih boleh digunakan...

abah dila bagi laptop kat dila ni pun sebab dila dapat study kat UITM MACHANG,KELANTAN..
oke dekat jew dengan umah dila...hanya satu jam dari rumah dila...haha..tak kisah la dapat belajar kat mana sekalipun asalkan kita masih boley menimba ilmu..am i right?cakap pasal UITM ni...dila memang suka sangat belajar kat sini...pasal nyer semua facility ada kat sini...so kiranya mudah laa...oke dila dapat kos CS110 which is Dip Computer Science...ngeeeee...mmg best belajar but susah giler...memang strunggle habis-habisan untuk subjek CSC118 and CSC128 which is all about computer programming...
bukan tu jew..dila gak kena struggle untuk subjek ACC106 which is account..dila plak memang tak de lansung asas account..sungguh terkapai-kapai laa setiap kali subjek ACC106 berjalan...haha..
oke la tak mau dah nak citer panjang-panjang sangat..let's we see my picture at UITM bermula dari MDS
"Minggu Destinasi Siswa" :D

wearing officially tudung UITM... be "Siswi"

with Kak PM Biro Disiplin..yang paling garang sekali..
Kak Asmaa'

With Kak PM yang paling omey sekali..macam emma maembong..haha..
Kak Chacha

With Kak PM yang paling cantik sekali.. :)

My Room Mates for a week..seminggu lepas MDS
kiteorang terpaksa pindah n duduk dengan Room Mates baru..
#KakAmalin #Amalia :)

With my close friends "Miss Aliya Syahirah"

At Library #PTA "Pustaka Tengku Anis"

Mek Alia always with Mek Alis.. HaHa

At Miss Fasya Class #CSC118 xD

After done having quiz1
Miss Fasya Class...





Tengs For Read