Hari ni dila nak ceritakan pasal kehidupan dila di UITM Machang. okey memang dila pernah update sekali jew pasal life kat sana. tapi kali ni dila nak share kehidupan dila setelah berkenalan dengan S.A.H.A.B.A.T
Dari kiri Baby Dieyla , Kak Long Jijah, Mama Biy, Adik Bella, Ibu Dina |
Dear PR's Siblings ingat tak moments ni? korang tahu tak dila rindu sangat moments time ni. masa ni happy sangat. dila paling excited sekali kan nak amek gambar atas pelamin. ingat tak korang?masa ni kite pergi kenduri rumah family ibu dina lepas habis kelas... hehe.. paling best time dalam kereta tu. macam-macam ragam sapai dila tak ley tahan gelak.rasanya kalu dari luar napak kereta tu bergoncang sebab kite buas duk dlm tu...haha..ibu dina sapai penim kepala sebab gelak tak habis.mama biy selalu buat kami terhibur. :D
Ingat lagi tak time ni? time ibu dina menangis. pastu dila turut nangis sekali sebab dila memang tak ley tengop kawan dila nangis. hati turut sebak.dila sendiri pun pernah menangis depan diorang sebab seseorang tu. korang tengs sangat sebab sudi jadi pendengar setia kat dila.tenkiu sebab jadi teman yang setia ketika dila rebah menangis.dila tak pernah lagi menangis depan sesiapa.tapi bile dengan korang dila selesa untuk kongsi cerita dan tak malu menitiskan air mata.
korang selalu cakap "Dila wanita tertabah" tapi korang...dila still tabah sebab dila ada korang disisi dila.kekosongan yang ditinggalkan oleh si dia telah diisi dengan korang.korang membuatkan dila hepi, korang membuatkan dila boleh lupakan si dia.tengs sangat korang . :)
Dear PR's Siblings tengs sebab jadi kawan terbaik buat dila. sejak berkawan dengan korang macam-macam benda yang dila belajar pasal kehidupan membuatkan dila menjadi matang sedikit berbanding dulu.Sungguh korang lah kawan terbaik yang dila ada.Korang selalu disisi dila.Korang pendengar terbaik bagi dila.
Terima kasih ibu sebab bersabar melayan kerenah room mate mu ini sepanjang kite tinggal bersama.Ibu sentiasa bersabar dengan habit dila yang memang susah nak bangun pagi ni.Dila mintak maaf tahu sebab dila sentiasa marah ibu masa CSC128, dila tak sengaja..dila just nak buat yang terbaik sebab dila nak ajar Ibu..dila nak biar ibu faham..and ibu tengs sebab ajarkan dila ACC106 and MAT133..Ibu lah alien paling comel sekali kat muka bumi ni :)
Terima kasih mama sebab sentiasa buat dila happy, gelak gila-gila sapai penat nak gelak dah.Mama banyak bagi nasihat.mama banyak bagi petua.mama suka ngepek tapi dalam ngepek mama tu semua nya lucu-lucu..sungguh..mama lah badut kami , PR's Siblings.
Terima kasih buat adik bella qirana sebab always tunjuk ajar pasal fesyen.Sungguh dila banyak tahu pasal matching-matching kaler ni dari adik.Walaupun adik selalu kena buli dengan mama and kak lng tapi dia tetap cool.Adik stay cun oke? :*
Terima kasih buat kak long sebab dia selalu usik dila..hehe...memang kak long suka usik orang.walaupun kak long suka geletek dila tapi dila merindui kenangan tu.. sungguh dila rindu :')
Macam-macam cerita yang kak long kongsikan dari facebook. banyak pengetahuan yang dila dapat dari semua info tu..tenkiu kak long
Macam yang dila pernah cakap. ye! memang dila kehilangan si dia tapi Allah gantikan kekosongan itu dengan korang,PR's Siblings. Allah gantikan sesuatu yang memang tak ternilai iaitu S.A.H.A.B.A.T. Terima kasih Allah sebab rapatkan ukhwah kami bersama.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya and korang lah hikmahnya.Korang tengs sebab sudi kawan dengan dila,sabar melayan perangai dila, sudi dengar kisah dila.Korang ingat tau, dila akan sentiasa berada disisi korang untuk lapkan air mata korang,untuk dengar luahan hati korang, untuk melayan kerenah korang tanpa pernah rasa jemu.
0 00 ♥LOVE♥:
Post a Comment