Penghujung 2013,Hai 2014

Assalamualaikum and hello...

tetiba jew malam ni dila ada feel nak update sempena dengan "New Year"....
esok bermula lah kehidupan baru dila iaitu bukan lagi sebagai seorang pelajar sekolah...
yew dila mengaku,dila sedih...dila rindukan segala-galanya...dila tak dapat nak lupakan segalanya...
banyak kenangan pahit dan manis dila sepanjang tahun ni...
dan alhamdulillah dila dapat hadapi segala-galanya walaupun pun pahit....

paling pahit sekali adalah dila terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dila,especially bestfriends dila sendiri "Ida"....



dila sayang dia sangat...korang tau...dila kenal dia waktu kami jadi classmates masa form 2 dulu,then sampailah tahun ni kami masih lagi bersama sebagai classmates and kawan baik...dulu dila seorang yang pemalas..segalanya nak suh orang lain tolong buatkan..homework selalu tak siap...result setiap kali exam memang teruk sangat sampai dila dapat rasakan cikgu tak suka dila...but Ida yang sedarkan dila...dila tau dia jadi murid kesayangan semua cikgu-cikgu sebab dia rajin and pandai...
Tapi Ida tak biarkan dila terkapai-kapai macam tu...setiap kata yang diucapkan oleh dia adalah semangat bagi dila untuk bangkit dari segalanya..Awal tahun 2013, dia dah sedarkan dila dari segala-galanya...dan ternyata dila "tak bodoh" macam yang dila selalu sangkakan...Setiap benda berkaitan study,pasti dila nak lakukan yang terbaik,kalau boleh nak tandingi Ida..Kalau boleh dila nak tarik balik perhatian cikgu kat dila...dan Alhamdulillah dila berjaya mengubah keadaan itu...Tenkiu kawan sebab, awak dah buat saya sedar dari terus hanyut..

Dila juga rindukan geng-geng dila...walaupun kitaorang baru kenal rapat tahun lepas*2012 but dila sayangkan diorang semua..diorang selalu bantu dila...diorang selalu disisi dila saat suka dan duka...mungkin kadang-kadang kami bergaduh sebab salah faham tapi itu hanyalah sementara..kami tak boleh dipisahkan..kemana jew pergi kitaorang selalu bersama....


Korang tau tak..kalau sekolah, satu kelas gelarkan kami "Geng Study"...tahun ni memang kitaorang memang kuat bertungkus lumus study sampaikan dapat gelaran tu..HaHa...tapi walaupun gitu.. kitaorang bukan "nerd"...gelak kuat sepanjang masa juga...main-main juga...banyak sangat kenangan dengan diorang semua..last kitaorang jupe pada 6/11/2013....*jamuan kelas
tu pun sebab masing-masing busy sapai tak sempat nak jupe.. :'(






Pada tarikh tu lah kali terkahir dila dengar suara mereka,gelak tawa mereka...lepas pada tu dila takde lagi tempat nak "mengedik",ketawa,kongsi cerita dan menangis..diorang adalah kawan yang memang dila takkan lupakan sampai bila-bila..betul lah ape yang abang dan akak dila cakap..kenangan waktu sekolah adalah kenangan paling best and berharga...tak dapat lagi kita nak rasai lepas ni...miss you kawan :')

Bila cakap pasal 2013,terus dila teringat seseorang yang pernah bertakhta di hati dila dari dila Form 3 lagi..."Shahrul Hafiz"....itulah insan yang pernah membahagiakan dila..yang pernah berada di hati dila..yang pernah mendengar segala keluhan dila..yang pernah melayan segala kerenah dila...yang pernah buat dila menangis...yang banyak kali melukai hati dila...setelah hampir 3 Tahun kami bersama,akhirnya hubungan kami terputus...Yew, dila mengaku...sampai sekarang dila masih teringatkan dia..masih rindukan dia..masih sayangkan dila...dia orang yang lama bertakhta dalam hati dila..tapi mungkin itu bukan jodoh untuk dila..dan Alhamdulillah,walaupun kami dah takde hubungan dila tak pernah menangis atau meraung hanya kerana itu...mungkin kadang-kadang pilu dan sedih itu ada juga hadir...but I'm still fine...

Dila harap pembukaan 2014 ni,dila nak mulakan segala-galanya yang baru...apa saja yang dah berlaku sepanjang 2013 ada kenangan dan pengajaran buat dila...yang pasti hati dila tak rasa nak bukak kat sape-sape...dila just jalani hidup dila macam dulu..sebelum dila kenal dengan dia...
Akhir kata dari dila..."Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua Blogger-Blogger" :)




Tengs For Read

Tuto : Letak Rama-Rama Terbang Di Header

Assalamualaikum and hello semua.....

Kelmarin ada sorang akak request tuto dengan dila kat fb...dia tanya macam mana nak buat rama-rama berterbangan kat header...just like my header...


So, today dila nak share tutorials ini....

  1. Layout > Add A Gadget > HTML/Java Script
  2. Copy code bawah ni dan pastekan 
<div style="position: absolute; top: 50px; left: 400px;"><img border="0" src="http://dl6.glitter-graphics.net/pub/683/683156k6a7w9s3pn.gif" width="50"/></div>
 Done!

Edit Time :

Pink - Ketinggian rama-rama (makin rendah nombor,makin tinggi rama-rama)
Biru - Left/Right
Green - Kedudukan rama-rama (makin rendah nombor,rama-rama makin kekiri/kekanan)
Merah - URL rama-rama (kalau nak lain sikit,korang boley gunakan picture gif yang lain)

Tangkap rama-rama sini :

Blue 
http://dl8.glitter-graphics.net/pub/683/683158xrji3b6lpi.gif

Green
http://dl9.glitter-graphics.net/pub/683/683159rzzxdxhqsx.gif
Yellow
http://dl2.glitter-graphics.net/pub/683/683162ioxu4lzjfk.gif
Orange
http://dl10.glitter-graphics.net/pub/683/683160hsjdvlm9pc.gif
 White
http://dl4.glitter-graphics.net/pub/371/371104i9u4viatgj.gif
Red
http://dl.glitter-graphics.net/pub/683/683161uzgzs19say.gif
Blue and White
http://dl7.glitter-graphics.net/pub/683/683157lywta4h14o.gif














Tengs For Read

Pelajaran Sekolah Rendah Hampir Sama Sekolah Menengah

Hei korang....
kali ni dila share mengenai pelajaran di sekolah rendah..

tahun depan adik dila dah darjah empat and kelmarin dia dah pi amek buku teks kat sekolah dia...
today, dila plak jadi mangsa kena balut semua buku teks dia..first, dila memang pelik tentang kuantiti buku teks dia...nampak macam banyak ajew..
dila dulu masa darjah 4 takde lah banyak macam tu...

mula-mula dila balut dulu dalam 3 biji macam tu..tapi  bila dah penat..nak try lah kira..berapa lagi yang tinggal..dila ingat kan buku dia tu adalah lebih kurang dalam 12 atau 13 biji..
but bila kira-kira,rupenyer ada 17 biji..alamak ai! banyak nyer buku budak sekolah rendah,mengalahkan budak sekolah menengah jew...korang tau tak...sekarang macam-macam subjek akan dipelajari oleh budak sekolah rendah...antaranya ialah :

Seni Visual pun ada buku...

Masa dila dulu just belajar muzik macam tu jew tapi 
sekarang dah lain..dah ada buku teks..lebih seronok...

Seingat dila dulu,zaman dila ada Kemahiran Hidup..
tapi sekarang takde,dah gantikan dengan Reka Bentuk Dan
Teknologi..tapi rasanya lebih kurang jew..

Yang ni memang dila tak terkejut la..sebab teacher ict dila ada
bagitau hari tu sebelum exam,
"cikgu ict sekolah menengah kena ajar cikgu ict sekolah rendah
sebab tahun depan ict wajib diajar kepada semua pelajar"

Yang ni paling dila terkejut sekali..wah..untung budak sekarang..
kecik-kecik lagi dah belajar sejarah... :)

Ni buku cerita dalam BI kalau sekolah menengah novel lah...

Yang ni koleksi Poems...macam literature lah kan..

Yang ni paling dila tertarik..buku dia menarik...
kalau bukak buku ni macam komik jew rasa...
bagus tau citer dia..best..interesting..

Korang ingat tak lagi dengan subjuk "Kajian Tempatan" *KT...
untuk pengetahuan korang, mybe subjek tu dah takde kot sekarang sebab adik dila tak dapat pun buku teks KT, it's mean subjek tu takde kot...
dila rasa perubahan ni bagus lah..sebab kecik-kecik lagi dah didedahkan,so nanti masuk secondary school ni takde lah kelam kabut kan..macam dila dulu..selalu jew blur kalau belajar literature...HaHa...

nota kaki : teringat kembali zaman-zaman sekolah rendah dulu..happening jew selalu..tak pernah pikirkan masalah...tau nak main ajew..HaHa..



Tengs For Read

Restaurant Kapal

Kali ni dila nak share mengenai "Restaurant Kapal" yang terletak kat Kota Bharu Kelantan...
Restaurant ni terletak berhampiran "Tesco" dan terletak di atas "Sungai Kelantan"....
Nama restaurant ni ialah "Captain T Restaurant"....and ia merupakan salah satu restaurant yang memang eksklusif sangat-sangat...memang cantik sangat restaurant ni..

And dila sendiri pernah menjejakkan kaki
kat restaurant ni bersama "bestfriends" dila waktu kitaorang ada "bengkel SPM" area situ...
korang tak caye?! meh dila tunjukkan bukti!

Ni lah Captain T Restaurant

Antara menu nya

With my bestfriends :)

Depan restaurant

Dreaming~~ mana tau one day,bley date sini :)

Tangga ke restaurant

See~~

Tapi sayang seribu kali sayang~~
dila tak berpeluang nak rasa hidangan kat sini sebab bila buka jew buku menu...
Allah! mahal ya amat..tak mampu bagi dila sebagai seorang pelajar biasa untuk makan kat
tempat mewah macam ni..just imagine! tea saja harga dah lebih pada seringgit...memang dila
tak mampu..mybe one day kot..takut ada orang sudi nak treat dila kat restaurant ni..
pasti akan diterima rezeki itu....

Bagi sape-sape yang datang berkunjung ke Kelantan..don't forget to visit Captain T Restaurant...
and jangan lupa juga..."poket mesti tebal,oke!"...
or kalau korang tak mampu,just amek jew lah picture depan restaurant ni sebagai kenangan korang...


Tengs For Read

Cikgu Tadika Di Usia Muda

Kali ni dila nak sharing pasal "happy news" dekat korang semua...and dila sangat-sangat lah teruja dan happy dengan khabar ni... :)
Okey! dila mulakan dulu dengan pendahuluan dila...



Akak dila adalah merupakan seorang guru tadika...dia mula kerja tahun lepas...but this year,
lepas jew dila habis SPM, guru besar tadika "tawarkan pekerjaan" untuk dila... Yuhuuuu!
dapat jadi cikgu di usia muda *17 Tahun :p

HaHa...tapi korang jangan salah sangka dulu..actually guru besar tu tawarkan dila kerja sebagai
"pembantu guru tadika" ...
Lepas jew dapat tahu berita ni dari akak, dila terus tanya mama and abah....amazing!
mama dan abah benarkan...lebih menggalakan adalah..HeHe...first, dila ingatkan abah dan mama
tak bagi dila nak kerja sebab dia nak dila amek lesen kereta and motor dulu..but bila dah ada orang
tawarkan rezeki...sure lah yang ni yang diterima...

So,dila planned nak kerja selama 3 bulan jew..mula "1.1.2014".....and alhamdulillah guru besar
setuju dengan planned dila..jadi lepas jew keluar result dila akan amek kelas memandu...
It's mean dila dapat kumpul duit and buat lesen sepanjang dila cuti ni.... :)
sangat menggembirakan...tapi yang annoying nya.. satu famili panggil dila "cikgu dila"...
padahal dila jadi pembantu cikgu jew...HaHa...

P/S : 19/12 ni result PMR akan keluar kan..so,dila amek kesempatan ini untuk ucapkan
"Good Luck" untuk adik-adik and jangan gubra yew dik...insyallah you will get a best result..
you had do well,dik...so ape-ape pun result jangan give up...PMR bukan penamat lagi... :)

Tengs For Read

Tutorial : Transparent Gambar (Simple Ways)

Assalamualaikum w.b.t..

First dila nak you tengok kat atas...
oh, I meant my header! okey, nampak kan..
cuba korang tengop picture dila..transparent kan?

okey! kali ni nak ajar readers terutama sekali blogger baru mengenai cara nak transparent kan gambar..
so bila korang dah pandai transparent kan gambar..lepas ni you all boleh buat header sendiri tanpa perlu mengeluarkan duit semata-mata untuk tempah header...you can made it by yourself mengikut kreativiti diri-sendiri..ooohhh! yeah! let's learn about it... :)

Bahan yang diperlukan ialah :

  • Picture yang nak dieditkan
  • Software GIMP 2 (or any versions pun insyallah boleh)
First sekali korang bukak GIMP 2..
then Click FILE > OPEN > Pilih picture yang korang nak edit > OPEN

Bila dah terbuka picture tu, Click LAYER > TRANSPARENCY > ADD ALPHA CHANNEL
'

Then korang pergi dekat "tool bar", korang pilih "Fuzzy Select Tool"

Click kan atas gambar pada bahagian yang korang nak transparentkan.. macam ni..

Pergi ke TOOLS > PAINT TOOLS > ERASER (Shift and E)


Korang dah boley padam tempat korang selection tadi dengan menggunakan "Fuzzy Select Tools"

then korang just ulang langkah (tulisan merah) pada tempat lain yang korang nak transparentkan..
padam sampai bersih :)
daa siap...korang boleh SAVE!

Cara nak SAVE! :

FILE > EXPORT
pastu akan keluar satu "box" macam ni...


Tekan pada simbol "+" yang terletak kat "Select File Type (By Extension)"

Akan keluar satu list yang panjang macam ni...


Korang search "PNG" , select dan "Export"

Last sekali akan keluar satu lagi "box" macam ni...


Korang setting macam box yang dila tunjukkan ni...
Click Export, DONE!












Tengs For Read

Tutorial : Nak Buat Gambar Menjadi Colourful

Hey semua!

rasanya dila dah lama tak update mengenai "tutorial" kan...kali ni dila bukan nak ajar mengenai blog tetapi cara nak edit "Gambar Menjadi Colourful" :)
Example :



Bahan-bahan nya adalah :

  • Adobe Photoshop (tak kira CS berapa pun)
  • Picture yang korang nak editkan
Oppps! korang jangan pergi..baca tutorial ni sampai habis...dila faham kebanyakkan orang fikir "Adobe Photoshop" ni memang susah...dila sendiri tak nafikan hal tu..but kali ni dila ajar korang yang simple punyer..kira macam asas laa jugak..Okey! jom ikuti kelas hari ni :)

First sekali korang bukak software Adobe Photoshop...

Click FILE > OPEN > Pilih picture yang korang nak editkan...

Korang dikehendaki "Black & White" dulu picture tu..
Click IMAGE > ADJUSTMENTS > BLACK & WHITE


then akan keluar box seperti ini,korang tekan OK

After that Click LAYER > NEW FILL LAYER > GRADIENT


Akan keluar satu box,then korang tekan aje OK...pastu one more box akan keluar...
then korang setting box tu menjadi macam ni...


Actually korang boley jew ubah "Gradient" dan "Style" tu ikut selera korang...pastu tekan OK!

Click LAYER > LAYER STYLE > BLENDING OPTIONS


Sekali lagi akan keluar box yang lain..korang usha-usha box tu biar jadi macam ni


  • Blend Mode tukar kepada OVERLAY
  • Opacity korang ejas ikut selera korang sendiri..
  • OK!
SAVE!









Tengs For Read

Aktiviti Selepas SPM

Assalamualaikum w.b.t...

Okey! hari ni dila nak kongsi tentang aktiviti dila selepas jew tamat SPM...
and segala-galanya adalah aktiviti yang amat-amat membosankan.. -_-


Sebelum ni dila mengaku dila memang tak sabar-sabar nak habiskan SPM....
but honestly dila cakap...lepas SPM jew...
arrrr! rasa sangat-sangat membosankan..."sekolah lagi best"

Sepanjang cuti ni kerja dila hanya menghadap "laptop"
as my "abah" say "bukak pejabat" HaHa...*truly abah is so funny!
dila akan open office dari pukul 12pm - 5am....seriously, masa tido dila tunggang-langgang..
dah macam burung hantu....
dila main lappy pun bukan buat apa... just main "sosial site","watching Running Man","Main Game","listen music"...tu la..tiap-tiap hari benda yang sama jew buat...sampai kan dah rasa "muak"

In the morning plak, memang lah wake up early in the morning "6am"...untuk solat subuh..
but after that terus buat "lompat jauh" ke atas katil...continue kerja "buat tahi mata"
bangun plak pukul 11am...haaa masa tu bukan main kelam kabut lagi dila nak "kemas rumahlah" , "nak jemur kain lah.." , "masak lagi lah.."....*mana tak kelam kabutnya,takut abah balik umah tengop umah tunggang-langgang... :)

Lagi-lagi sekarang adik dila baru lepas bersunat...so dengan tidak rasminya abah lantik dila sebagai
"private nurse" kepada adik bongsu dila tu... huh!
penat tau jaga orang bersunat..makan nak kena berhidang!...tapi tu bukan masalah bagi dila...
yang menjadi problem nya..budak bersunat ni "makan banyak"...
Dah lunch but two hours later, confirm mintak nasi plak..! adui....

So, abah dah decided untuk hantar dila ke "kelas memandu"...yuhuuu!
memang ini yang dila tunggu-tunggukan keluar dari mulut abah... finally...
mybe bulan January kot dila mula amek lesen memandu...
abah nak dila buat lesen motor and kereta sekaligus... OMG!
I'm really excited to make it...
Honestly la dila cakap...dila memang "bodoh" dalam memandu or menunggang -_-
kawan-kawan dila yang lain,walaupun diorang tak pandai drive but at least diorang tahu tunggang motorsikal kapcai...dila?? memang tak laa.. bawak motor skuter boley la... HaHa...

but hari tu abah ada cakap kat dila, kalau tak ready lagi nak amek lesen...
"you, have others choice... it up to you"
fulaaamakkk! abah bagi choice plak...
"sama ada nak belajar drive,menjahit or memasak....so, what do you want?"
Menjahit??? alahai ni kelemahan dila....memang dulu dila amek ERT masa form 1 untill form2
but semua kerja kursus mama yang tolong jahitkan..dila just bagi kain,benang and gunting kat mama...
Memasak?? memang ada juga keinginan nak belajar memasak...but I really want to have my own license...
itu yang dila impikan selepas tamat SPM...
so, kalau korang diberi pilihan camni...what will you choose?
sumpah! dila memang dalam dilema sekarang... :*


Tengs For Read

Penamat SPM :)

Assalamualaikum w.b.t.

Okey! para sekalian pembaca blog dila... *walaupun tak ramai
dila harap adalah yang sudi nak baca entri dari dila setelah sekian lama Blog Budax Dieyla
menyepikan diri disebabkan oleh kekangan masa untuk menempuhi SPM!!

Sekarang SPM pun dah tamatkan...tapi dila nak juga coret kan kisah-kisah sebelum perang SPM ditamatkan...and pelbagai aktiviti kami telah lakukan (satu kelas)....

ni sewaktu kelas "Biology" *killer subject
keesokan harinya adalah "Paper Biology" *almost kill me!

Paper Biology dah tamat.... then keesokannya para pelajar kelas
sains diwajibkan hantar teks book!
we meet our Chemistry's Teacher :)

Sewaktu di Kem ICT kat MGU Firdaus Hotel...
sepanjang kem ni...ramai yang jelous tentang pelajar-pelajar
SMK KOTA sebab kiteorang satu kelas adalah
pelajar yang "hyperactive" untuk answer all questions...
Sekolah kiteorang jew yang banyak bawa balik hadiah and
dapat menaikkan nama sekolah...
*Our ICT's teacher proud us!

Makan maggi di Kem ICT.... :)
*really miss this moments

Jamuan ICT,before the "Last Paper" *ICT! :

Ate cake and Edlee Fried Chicken jew~

with our ICT's Teacher =)

ICT's Candidate 

The day of The "Last Paper" :

Yeah! we freedom...
no more school uniform,no more teks book,no more homework,no more
wake up early in the morning,no more teachers,no more tuition! :)

We just like a "big family"

5 Adil 3's Student

Yuhuuu!

Our Style... Yeah!

FREEDOM!!!

Before back home~

okey! now, kami semua sudah bebas dari dijajah oleh SPM....ah! tak ley nak cakap perasaan waktu ketika itu....rasa puas!

btw, kami semua sedih sebab kiteorang akan terpisah...segala kenangan yang telah dilalui oleh pelajar-pelajar ADIL 3 takkan dapat kami lupakan....kami selalu sepakat dalam membuat apa sahaja perancangan...just imagine tahun ni sahaja dah berapa orang cikgu yang kami buat kejutan sempena hari jadi...memang dila tak pernah lupakan setiap kenangan bersama classmates dila yang memang sporting giler-giler...and satu kelas memang giler bergambar...sporting bile depan kamera dan tak pernah rasa malu dengan orang lain...kami dalam dunia kami sendiri...dunia ADIL 3..dan pastinya kebanyakkan kelas-kelas lain jelous dengan kelas kiteorang yang selalu buat benda giler-giler....

Guys, I will miss you all....korang adalah benda yang teristimewa yang pernah terjadi dalam hidup dila...
dan sekarang dila sedih sebab kite semua terpaksa berpisah demi mengejar cita-cita masing-masing...
dila doakan kejayaan korang semua...kenangan ADIL 3 selalu dihati dila buat selama-lamanya.

















Tengs For Read