Penyakit Hati


Itu lah gambaran disaat dila menatap wajah si dia bersama perempuan lain dalam persalinan pengantin.Saat dila melihat dia memeluk perempuan yang kini sah menjadi isteri.Saat dila melihat dia tersenyum bangga kerana telah sah menjadi suami orang.Saat dia ucapkan bahawa dia tak sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami...Ya Allah..


Ye, dila macam gadis-gadis yang lain...mengimpikan untuk menjadi suri yang sah kepada kekasih hati.Dila hanya lah insan biasa...Insan yang lemah...Terlalu besar dila impikan ketika bersama di dia...dan kini dila jatuh tersungkur.. rebah menangis kerana impian dila untuk bersama dia berkecai bersama sekeping hati dila ini.

Ye dila akui bukan mudah untuk dila lupakan atau buang hati yang terluka ni..it's not easy..Kalau lah dila boley buat camtu je hati yang berkecai ni pasti saat ni dila tersenyum manis menikmati kehidupan seperti biasa...Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara kita...

How to fix my broken heart?
Guna kan plaster hand? tak sapai 10 saat hati ni berdarah semula...
Guna kan gam yang paling kuat? tak sapai satu jam hati ni dah kembali berkecai....
Hati yang terluka ni memerlukan jangka masa yang lama..ye..terlalu lama..
bukan mudah untuk hati ini pulih...

Ye, Allah sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada Allah...

Ye, family sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada famili....

Ye, PR's Siblings sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada PR's Siblings...

Ye..memang dila akui dila boley jadi kuat...tapi dila tak boley tipu diri dila sendiri...
kadang-kadang hati ini dipungguk rasa rindu..
kadang-kadang hati ini sebak mengenagkan segalanya...
kadang-kadang hati ini sunyi bile tiada lagi insan yang nak dengar celoteh dila 24 jam tanpa henti..
kadang-kadang hati ini teringat setiap kenangan manis bersama si dia...

adik bella pernah pesan kat dila...
Kadang-kadang tu, kita bukan merindui orang tu tapi kite hanya merindui kenangan manis kite
bersama orang tersayang.

dila sentiasa ingat kata-kata tu...actually dila tak pasti sebenarnya..sama ada dila merindui si dia or kenangan manis bersama si dia...

Note si dia :

Awak..satu je dila nak pesan...cukup lah bagi dila harapan..cukup lah..dila tak sanggup dah nak menaggung penyakit hati ni...biarkan dila dengan hidup dila..biarkan dila rawat sendiri hati ni dengan bantuan Allah dan orang di sekeliling dila...mungkin sekarang dila merana kerana penyakit hati ini tapi dila percaya satu hari nanti penyakit hati ini akan hilang walaupun awak takde disisi dila...kerana apa??? kerana saya masih ada Allah,famili saya dan PR's Siblings.


Tengs For Read

S.A.H.A.B.A.T

Hai semua.

Hari ni dila nak ceritakan pasal kehidupan dila di UITM Machang. okey memang dila pernah update sekali jew pasal life kat sana. tapi kali ni dila nak share kehidupan dila setelah berkenalan dengan S.A.H.A.B.A.T

Dari kiri Baby Dieyla , Kak Long Jijah, Mama Biy, Adik Bella, Ibu Dina
Kami berlima digelar sebagai PR's Siblings. Kami merupakan classmates. seriously sebelum ni kami hanya rapat biase je, sebagai classmates but after one by one ditinggalkan kekasih kami banyak meluangkan masa bersama. Kami kongsi cerita kami sama-sama. Kami ditinggalkan kekasih secara berjemaah. Kemana-mana saja kiteorag pergi mesti berlima. Kami pertahankan diantara satu sama lain. Kami menjadi pendengar setia diantara satu sama lain.And that's why la kami mula rapat dan hadir la PR's Siblings.


 Dear PR's Siblings ingat tak moments ni? korang tahu tak dila rindu sangat moments time ni. masa ni happy sangat. dila paling excited sekali kan nak amek gambar atas pelamin. ingat tak korang?masa ni kite pergi kenduri rumah family ibu dina lepas habis kelas... hehe.. paling best time dalam kereta tu. macam-macam ragam sapai dila tak ley tahan gelak.rasanya kalu dari luar napak kereta tu bergoncang sebab kite buas duk dlm tu...haha..ibu dina sapai penim kepala sebab gelak tak habis.mama biy selalu buat kami terhibur. :D

Ni moments kita kat Pantai Irama. sebelum Final Exam kononnya nak pergi release tension la..hehe tapi memang release tension.. ala lagipun bile dengan PR's Siblings semua tension terus hilang. sebab mereka penghibur hati dila :')



Ingat lagi tak time ni? time ibu dina menangis. pastu dila turut nangis sekali sebab dila memang tak ley tengop kawan dila nangis. hati turut sebak.dila sendiri pun pernah menangis depan diorang sebab seseorang tu. korang tengs sangat sebab sudi jadi pendengar setia kat dila.tenkiu sebab jadi teman yang setia ketika dila rebah menangis.dila tak pernah lagi menangis depan sesiapa.tapi bile dengan korang dila selesa untuk kongsi cerita dan tak malu menitiskan air mata.



korang selalu cakap "Dila wanita tertabah" tapi korang...dila still tabah sebab dila ada korang disisi dila.kekosongan yang ditinggalkan oleh si dia telah diisi dengan korang.korang membuatkan dila hepi, korang membuatkan dila boleh lupakan si dia.tengs sangat korang . :)

Korang ni adalah hari sebelum last day kite spent time bersama.Time ni dalam hati dila memang dah rasa rindukan korang.sebab keesokan kite dah nak balikkan.Korang ingat lagi tak moments malam terakhir kite tu? dengan penuh beraninya kita bermaun truth or dare. Malam tu dila dapat mengenali korang lebih dekat. Kenali famili korang.Kenali hati korang.Segala rahsia semua diceritakan.Malam tu tak tahu berapa kali dila menitiskan air mata.Sayu betul hati ni.Bertambah sebak lagi bile kite sama-sama bagi pandangan antara satu sama lain. dila still ingat setiap kata-kata korang dan pesanan kat dila.Semalaman kite tak tidurkan sebab duk main benda ni. dekat nak subuh bukak plak citer hindustan.haha..seronok sangat hari tu :)

Pagi tu plak, hati dila kembali sebak. Ye lah Sebulan lebih jugak kite cuti semester. haiyaaa....terbayang perasaan rindu kat korang yang menebalkan..bile dah balik tu, malam tu jugak dila dah rindukan korang. sabar lah wahai  hati :)

Dear PR's Siblings tengs sebab jadi kawan terbaik buat dila. sejak berkawan dengan korang macam-macam benda yang dila belajar pasal kehidupan membuatkan dila menjadi matang sedikit berbanding dulu.Sungguh korang lah kawan terbaik yang dila ada.Korang selalu disisi dila.Korang pendengar terbaik bagi dila.

Terima kasih ibu sebab bersabar melayan kerenah room mate mu ini sepanjang kite tinggal bersama.Ibu sentiasa bersabar dengan habit dila yang memang susah nak bangun pagi ni.Dila mintak maaf tahu sebab dila sentiasa marah ibu masa CSC128, dila tak sengaja..dila just nak buat yang terbaik sebab dila nak ajar Ibu..dila nak biar ibu faham..and ibu tengs sebab ajarkan dila ACC106 and MAT133..Ibu lah alien paling comel sekali kat muka bumi ni :)

Terima kasih mama sebab sentiasa buat dila happy, gelak gila-gila sapai penat nak gelak dah.Mama banyak bagi nasihat.mama banyak bagi petua.mama suka ngepek tapi dalam ngepek mama tu semua nya lucu-lucu..sungguh..mama lah badut kami , PR's Siblings.

Terima kasih buat adik bella qirana sebab always tunjuk ajar pasal fesyen.Sungguh dila banyak tahu pasal matching-matching kaler ni dari adik.Walaupun adik selalu kena buli dengan mama and kak lng tapi dia tetap cool.Adik stay cun oke? :*

Terima kasih buat kak long sebab dia selalu usik dila..hehe...memang kak long suka usik orang.walaupun kak long suka geletek dila tapi dila merindui kenangan tu.. sungguh dila rindu :')
Macam-macam cerita yang kak long kongsikan dari facebook. banyak pengetahuan yang dila dapat dari semua info tu..tenkiu kak long 

Macam yang dila pernah cakap. ye! memang dila kehilangan si dia tapi Allah gantikan kekosongan itu dengan korang,PR's Siblings. Allah gantikan sesuatu yang memang tak ternilai iaitu S.A.H.A.B.A.T. Terima kasih Allah sebab rapatkan ukhwah kami bersama.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya and korang lah hikmahnya.Korang tengs sebab sudi kawan dengan dila,sabar melayan perangai dila, sudi dengar kisah dila.Korang ingat tau, dila akan sentiasa berada disisi korang untuk lapkan air mata korang,untuk dengar luahan hati korang, untuk melayan kerenah korang tanpa pernah rasa jemu.












Tengs For Read

Tutorial : Tukar cursor di Lappy/PC

Assalamualaikum w.b.t

setelah sekian lama dila menyepikan diri sebab terlalu busy dengan study dila di UITM Machang. and alhamdulillah dila dapat habiskan sem 1 dila pada tahun ni. sekarang dila dalam semester break. so masa yang terlalu banyak terluang ni dila nak manfaatkan masa dila dengan update blog dila yang semakin kurang pengunjung sebab owner sendiri lama tak bukak. ini lah kesan nya.

sebab dila lebih banyak lagi melalut, kot-kot sapai ke Krabi , jom dila ajarkan cara nak tukar cursor di lappy/PC untuk pengguna windows 8.

First korang perlu lah cari dulu icon cursor yang korang nak gunakan.korang boley dapatkan cursor yang cute-cute atau animation di

http://www.cursors-4u.com

Setelah korang siap download cursor-cursor tersebut next step is right click kat dekstop dan click Personalize seperti dalam gambar ni


Then click change mouse pointers


Next step is choose normal select dulu then click browse
Then click apply dulu. okey sekarang dah boley click OK.



guys, itu korang baru tukar untuk Normal Select. untuk tukar pointers yang lain seperti Help Select,Busy,Link Select and others korang boleh tukarkannya mengikut step-step yang dila ajarkan tadi.

Tengs For Read