Cara Mencari Barang Yang Hilang..

Assalamualaikum and hello semua...

tadi dila adalah blogwalking area blog-blog..dan dila ada terbaca satu kisah benar "Barang Yang Hilang Dapat Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin"

So,itu mungkin salah satu iktiar kita untuk mendapatkan balik barangan yang hilang...
aim dila pada hari ni adalah actually untuk share satu kisah benar yang terjadi pada cikgu math dila sendiri*dia ceritakan pada anak-anak muridnya...

Kisahnya bermula ketika cikgu math dila tu bangun pagi-pagi lagi and ready untuk ke pasar bersama adik iparnya...So,waktu di pasar...cikgu terlalu asyik membeli segala barangan keperluan sampaikan tak perasan bahawa dompetnya hilang..ghaib...
cikgu perasaan tentang kehilangan dompet dia waktu dia nak membuat pembayaran kepada tauke ikan...
jadi bila dah dapat tahu bahawa dompetnya hilang,memang cikgu kalut sangat time tu..otak ni memang tak boley nak pikir elok-elok daa..
diorang dua beranak cuba lah cari dompet tu area-area pasar,kot-kot tercicir ke but tetap tak jumpa..dan pastinya ada seseorang yang telah mengambilnya...

Pada malamnya cikgu memang tak lena tido...dan dia pun cuba mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid" sepanjang malam tu seperti yang pernah diamalkan oleh ibu cikgu...mulut cikgu tanpa henti mengalunkan zikir tersebut dengan niat di dalam hati agar dompetnya kembali kepadanya...

Pada keesokkan harinya,cikgu mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali..dan apabila cikgu menjawab panggilan tersebut..seorang lelaki yang menjawab dan berkata "Kak,tolong cepat mari ambil dompet akak ni dengan saya...sepanjang malam saya rasa panas apabila dompet ni bersama saya..tolonglah akak mari ambil...kita jumpa kat pasar"
Waktu tu cikgu tak habis-habis mengucapkan kata syukurnya...hampir mahu menangis cikgu....
dengan ditemani oleh suaminya,cikgu segera ke pasar untuk dapatkan kembali dompetnya..alhamdulillah
lelaki terbabit memang betul pulangkan balik dompet tersebut...pada mulanya, suami cikgu nak bawa lelaki tersebut ke balai polis tetapi cikgu berkeras tak mau...cikgu bagi lelaki tersebut RM50 dan berpesan pada lelaki tu jangan pandai-pandai lagi nak mencuri sebab "Allah itu Maha Berkuasa,Allah Lihat Setiap Tingkah Laku Kita Samada Yang Baik Mahupun Yang Buruk"

Sekarang cikgu turunkan ilmunya itu kepada anak muridnya..dan dila bertuah sebab dapat mengetahui ilmu ini dari cikgu dan dila mahu kongsikan dengan semua orang...yang pasti "Allah Akan Membantu Orang Yang Betul-Betul Mempercayai Kekuasaan Allah" dan insyallah setiap barang yang hilang akan dijumpai dengan mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid atau Surah Yassin"
Tengs For Read

2 00 ♥LOVE♥:

Kiera Rashid said...

Wah , cerita yang menarik . .informasi yang berguna . Kiera baru tahu semua ini . Terima kasih sayang share kan perkara ini . InshaALLAH :)

Dieyla Dila said...

@cik kieratenkiu...dila dapat tahu tahun lepas lagi tp lupa nak update sebab last year busy dgn exam..alhamdulillah tahun ni dpt share ilmu ini :)