Tutorial : Cara Nak Cut Lagu Menggunakan Mp3 Direct Cut



Hey Semua...

sihat?! okey kali ni dila nak bagi satu tutorial yang berguna kat korang..
and tak semua orang pandai menggunakan software ini...
kali ni cikgu nak ajar murid-murid semua "Cara Nak Cut Lagu Menggunakan Mp3 Direct Cut"
software ini berguna untuk kita cut lagu untuk dijadikan "caller ringtone handphone" kita...
So,amecam? mau belajar tak? yuk..yuk.. :)

Download software dulu,"Download Sini"

Open the software Mp3 Direct Cut

Tekan "File",then tekan "Open",tengop rajah sebagai panduan



Kemudian akan keluar satu windows,korang dikehendaki cari lagu yang korang nak cut..then tekan "Open"

    Tekan button "Play" dulu..



    Bila dah sapai part lagu yang korang nak start cut,so tekan "Set Begin",kemudian akan keluar lah satu garis yang berwarna light blue,itu mendakan permulaan lagu dicut,tengop rajah untuk lebih faham..




    Okey,bila dah sapai tempat yang korang nak tamatkan cut,so tekan "Set End",dan seterusnya akan keluar lagu kotak light blue...itu merupakan tanda lagu dicut..



   Berikutnya,korang boleh lah save dengan menekan "File" dan pilih "Save Selection"



   Akhir sekali,lagu yang telah siap dicut and save,boleh lah korang bluetooth ke handphone korang and digunakan sebagai caller ringtone yang baru =)

okey sekarang korang dah pandai menggunakannya?! so amecam menjadi ke idak?
kalau ada apa-apa masalah..korang boleh tanya di kotak comment yew...
and one more thing..kalau nak amek tutorial letak dalam blog korang,sila lah inform kepada saya terlebih dahulu and credit to me,oke?!
O!!!yeah! setakat ini sahaja..
Wassalam :)


Nota Kaki :

Kalau nak undo,tekan edit then tekan "Undo Selection"
Kalau nak remove,tekan edit then tekan "Remove Selection"





Tengs For Read

Alhamdulillah

Hey Semua...
entri kali ni tajuk.."Alhamdulillah"

This year nak pakai tudung simple-simple jew
sebab selalu rushing sekarang ni =)


kali ni dila nak kongsi tentang perasaan dila ni yang rasa bersyukur sangat-sangat kerana sehingga ke hari ni, "Azam Baru 2013" telah berjaya dilaksanakan..sudah hampir "sebulan" dila laksanakan..wah..rasa bangga terhadap diri sendiri...sebab sebelum ni,belum pernah lagi azam baru dila "bertahan dengan lama dan jayanya"..selalunya paling lama bertahan adalah "Seminggu"...HaHa...lumrah hidup manusia dah kan..kalau nak lakukan kebaikkan tu konfom jadi sebentar jew kan....

tapi korang anggapan tu "Salah"!! sebenarnya ia bergantung kepada diri kita sendiri..kalau kite lakukan sesuatu kebaikkan tu dengan perasaan senang hati,relaks,tenang,cool and ikhlas...insyallah...azam tu pasti akan dapat dilaksanakan..tapi kena lah usaha lebih sikit..push diri kita sendiri ni..barulah berjaya..
dila pun takde lah kesemua azam baru telah "tertunai" tapi adalah diantaranya sudah tertunai..terutama sekali dila dapat tunaikan azam baru untuk solat diawal waktu..alhamdulillah setakat ni masih boleh diamalkan..kadang-kadang jew adalah terlewat sikit sebab dila duk kat sekolah kan..sekolah plak tamat pukul 2.30 petang...

Amalan dila untuk sentiasa baca yassin selepas maghrib pun telah dilaksanakan...walaupun dila ni peminat setia drama "Setia Hujung Nyawa" kat tv3 tapi sila sanggup tinggalkan citer tu,then pi amek air semayang,solat maghrib dan baca yassin...lepas jew baca yassin,konfom mulut dila ni tak henti-henti bertanya drama tu...HaHa...tetap tak ley tinggal jugak drama tu..parah..parah..sape ada novel drama tu?!
kasi pinjam eh?!! :)

Setia Hujung Nyawa to My Adik ^^


Dila juga dah menjadi rajin sekarang ni...kerja sekolah konfom siap sentiasa..kalau dulu,dila lah yang kalut pagi-pagi pinjam buku kawan nak "Copy Paste" but now I have change..kawan-kawan dila plak yang sibuk cari dila sebab nak "Copy Paste" jawapan..HaHa...

mybe ada segelintir orang akan ketawa dan sinis kalau baca azam baru yang macam ni..tapi korang niat orang kita tak ley nak nilai..mybe orang yang ada azam baru tu mereka betul-betul nak berubah..berubah kearah yang lebih baik...mungkin ada juga orang fikir..boleh ke dia ni buat semua tu..okey! mungkin tak semua yang dia dapat lakukan..tapi sekurang-kurangnya orang yang ada azam baru ni,mereka ada matlamat dan visi mereka sendiri..dengan kata lain orang yang berazam ni adalah orang bermatlamat,berpandangan jauh dan mereka mempunyai impian mereka sendiri...so tak payah lah kita sinis dengan azam baru orang lain..kita lihat diri kita sendiri..adakah kita betul-betul berjaya dalam dunia dan akhirat?!

Bye-bye =p


Tengs For Read

Azam Baru :)

Hey Semua!

#new!


Tengop tajuk sekali lagi...
yew...ini betul-betul...bukan main-main tau...
dila memang ada "Azam Baru"...and alhamdulillah setakat ni..dila masih lagi follow setia azam baru dila ni..dan insyallah dila akan cuba untuk selama-lamanya follow azam baru dila ni..

#now I'am oneseven years old =)


For you all information,azam baru dila ialah :


  1. Dila nak laksanakan solat di awal waktu..kalau boleh masuk jew azan terus nak solat..and alhamdulillah..sekarang dila dapat follow azam ni...
  2. Dila nak baca surah yassin selepas waktu maghrib setiap hari...okey yang ni susah sikit nak follow sebab banyak sangat halangan..but dila akan cuba sedaya upaya...
  3. Dila nak study mengikut jadual yang telah dila tetapkan..dan sekarang memang dila mengikutinya..
  4. Dila nak sentiasa siap kan homework yang telah diamanahkan oleh cikgu pada setiap hari..kalau dulu dila selalu tangguhkan homework..but sekarang tak... :)
  5. Dila nak dapat kan 8'A dalam SPM,walaupun dila amek 10 subjek tapi target dila hanya 8 subjek jew A sebab dila low addmath and biologi..dan dila target kedua-dua subjek ni B
  6. Dila akan cuba kawal diri dila daripada leka bermain facebook,twitter and blog..but sekarang ada improvement...sebab dila jarang-jarang online.
I L.O.V.E to try something new :)

Okey itu lah azam baru dila bagi tahun 2013..insyallah dila akan sedaya upaya menunaikannya..:)
and one more thing korang...habis jew SPM ni..perkara pertama yang dila nak lakukan adalah amek lesen motor and kereta sekaligus..itupun kalau nama dila tak tercalon dalam senarai Pelatih PLKN..tapi dengar-dengar citer tahun dila ni bermula lah peraturan bahawa semua pelajar lepasan SPM wajib pergi PLKN....Oh My God! =="

Love,Live,Laugh

and abah dila dah janji,kalau dila dapat 7'A keatas....abah akan belikan dila blackberry pilihan dila..wah..muka excited giler ni..HaHa..biarlah waktu tu dila dah ketinggalan zaman sebab baru jew nak guna BB but takpe..sebab BB yang dila akan perolehi tak sama dengan BB orang lain..sebab itu adalah BB atas usaha kejayaan kita sendiri..tidak kah itu sangat berharga?? =D

Tengs For Read