Reunion

Hey Semua!
Entri malam ni about "Reunion"....walaupun dapat bertemu mata sebentar sahaja tetapi sudah
cukup memuaskan hati *actually still tak puas*......betapa rindunya dila pada zaman sekolah rendah
dulu...huwaaaa...akhirnya dapat jupe dengan diorang....

tapi ramai yang datang ke reunion tadi...sumpah! memang tak puas...
ex-classmates dila hanya 2 orang jew yang datang, tu pun BFF dila....
classmates yang lain??! hurm! diorang still lagi holiday kat KL..separuh daripada mereka holiday
kat KL..apalah yang ada kat KL tu sapaikan semua pi berkumpul kat sana...
diorang pi main kat Icity kot..."main ais"
nasib baik lah reunion kali ni bergabung dengan kelas no2 "6 Orkid"....
*dila kelas pertama "6 Kenanga"*
so takde lah rasa membosankan reunion kali ni...but mengejutkan ada...
mana taknya ex 6 Orkid kebanyakkannya muka dah berubah terus...
yang "rendah" dah jadi makin "tinggi", yang "tinggi" plak dah menjadi-jadi plak "tinggi"
Ya allah! sumpah memang lain terus..

Reunion ni dirancang oleh budak 6 Orkid,name "Husna"...dia yang susah payah contact dila untuk buat reunion sekali dengan ex-classmates dila...
sesapai jew dila kat KB Mall tadi,dila pi cari Ikin dulu "ex-classmates dila" aka "BFF" dila di kedai
Popular..then lepas tu Husna call dila,mintak suh tunggu kat Popular...Okey! so,dila and ikin pun tunggu lah Husna sambil-sambil tu tunggu Anis *ex-classmates and BFF dila*
kiteorang tunggu lebih kurang 15-20 minit macam tu lah...then dila ternampak lah sorang gadis ni..pakai baju kebaya kuning dengan tudung kaler oren...first dila tengop tu dila memang mata dila tertarik nak tengop gilrs tu.."lawa!". Opps! sebelum korang fikir yang dila ni "lesbian",baik korang buang jauh-jauh dugaan korang tu sebelum dila pi tampar korang...dengar dulu citer ni sapai habis then baru ley korang duga..
after that,Anis pun sapai lah...kiteorang terus naik eskalator terus ke tingkat atas..Okey! dah jupe budak-budak laki kelas 6 Orkid..banyak perubahan pada diri mereka...then,tiba-tiba henfon dila berbunyi memainkan lagu "Call Me Mybe by Carly Rae Jepsen".Dila jawab panggilan tu..okey! Husna yang kol..dia cakap dia duk depan Populat store,sedangkan kami duk tunggu dia kat atas plak..lepas dah habis gelak dalam henfon..dia naik...tup-tup yang tegur kiteorang gadis yang pakai kebaya kuning and tudung oren..OMG! itu lah Husna rupanya...lain giler...sumpah beb! dia lain daripada yang lain..perubahan pada dirinya sangat-sangat ketara...

For your information,Husna ni dulu dikenali sebagai budak yang paling rendah kat sekolah...ketinggian dulu hampir sama dengan ketinggian adik dila yang berumur 8 tahun sekarang ni..malah Husna lebih rendah lagi..muka Husna dulu jugak ala-ala "Cute" but now she looked so matured..amazing kan?! malahan kiteorang dulu yang lebih tinggi pada dia but now dia yang lebih tinggi daripada kiteorang..memalukan betul...
okey! now jom cuci mata tengop picture kiteorang yang sempat dila snap..


Ikin and Anis..at Food Court..kiteorang otw nak menjamu selera
"Mee Kung Fu"

Blurrp! kenyang dah yew,Datin
*gelaran bagi Ikin masa kat sekolah rendah dulu-dulu*
sebab ikin ni suka pakai lawa-lawa

Tetap ayu Anis ni waktu minum air..
control yew..hehehe..

curi gambar Husna..waktu dia bercakap..

Tengop jew kew Ikin,Tak mau beli?!

Gambar terakhir yang sempat diambil,sebelum dila balik tadi..
see! Husna lebih tinggi daripada yang lain :)

Dila hope sangat lain kali dapat lagi jupe diorang sume ni...betapa rindunya dila waktu sekolah rendah 
dulu..macam-macam ragam kiteorang tau..sekarang sume dah berubah..yew lah kiteorang dah nak masuk Form 5..konfom lah nak jadi matured-matured sumenya..mana ada dah perangai "Kanak-kanak ribena"
okey! setakat ini sahaja entri kali ni :)








Tengs For Read

Entri Holiday~Suasana Kampung Dila

Hey Semua!
Sihat?! amacam dengan korang punyer holiday...
hurm! dila ada jugak baca beberapa entri mengenai "holiday" dalam blog para blogger...
hahaha..memang ohsem,best and gempak semuannya..ada yang dapat pergi melancong
ke luar negara,ada yang pergi Gambang Waterpark,ada yang pergi bercuti kat KL lah,Melaka lah,
Langkawai lah and macam-macam tempat lagi yang best kat Malaysia ni...

Ada jugak diantara para blogger ni yang terpaksa duduk terperap kat rumah jew disebabkan SPM..
hahaha...dila pun macam abg-abg dan akak-akak SPM jugak..tak dapat pergi melancong sebab SPM..tadi yang membezakan kita adalah dila SPM tahun depan...hahaha..

Okey! disebabkan oleh famili dila tak dapat pi mana-mana...so today,we spent our time at village...
Abah,mama,dila,kak long,adik and our cousin bersusah payah merentas hutan bagi mencapai misi kiteorang...ha! nak tau apa misi kiteorang?!
"Misi" kiteorang ialah untuk mengambil buah dukun daripada pokok..nenek dila plak pi tanam pokok dukun tu jauh dari rumah..masuk hutan terus...terpaksa lah kiteorang semua jungle trekking tadi...

Peserta-peserta "Jungle Trekking" berkumpul terlebih dahulu

Amboi kak long dila ni..masuk hutan pun feminin gak..
skirt jugak yang dipakai.. -_-

Amacam beb! mencabar tak perjalanan?!

Okey! sesapai jew destinasi yang kami tuju...terus mama dila memulakan tugasnya sebagai pemanjat pokok dukun...for your information,mama dila ni memang jaguh bab-bab panjat pokok...itu pasal lah tugas ni serahkan kat mama dila...walau pun dah berumur,mama dila tetap "umph!" panjat pokok..
tapi nak boleh naik ke atas dahan pokok tu memang "lama giler"...banyak kali jugak mama dila cuba panjat...hahaha
Ini dia...percubaan pertama untuk memanjat pokok..
tak sapai 60saat jatuh balik ke lantai bumi..
mama,mama -_-

Cousin dila dah dapat naik atas pokok dukun...mama dila hanya mampu
memberi arahan selepas beberapa kali percubaan panjat pokok..
tapi tetap gagal..

disebabkan oleh cousin dila "hampeh" bab-bab petik buah dukun...terpaksa lah jugak mama dila usaha
berganda-ganda untuk panjat..at last,mama dila berjaya..okey,sorak! hooorrreeeeyyy!

mentang-mentang dah dapat naik atas pokok..
mama dila ciap berdiri lagi...

Abah dila bertugas sebagai "Tukang Makan"
"bijak betul abah aku ni"

Abah dila jugak bertugas sebagai "Pegawai Berjaga-Jaga"
kot-kot ada buah yang luruh,boleh dia kutip then makan terus..haha

Photographer pun nak masuk gambar jugak..
thanks to my adik "zaim" for snap this picture :)

Abah dila mai makan tepi ni pulak...
macam-macam lah abah aku ni.. :)

Kak Long termenung kat sapew hah?!

Favorite this picture :)

Yang ni pun ohsem kan..takkan sangka dila
teror bab snap picture..hahaha :)

Cousin dila yang perempuan juga cuba panjat pokok duku..hahaha..beberapa kali percubaan tetap gagal..and finally she give up..tapi lawak betul tengop dia cuba panjat..hehehe
Percubaan untuk memanjat

Hahaha,,yang ni paling lawak...dia tergelincir jatuh..sebab
tu dia give up dah nak panjat..

Setelah penuh berbakul-bakul dengan buah dukun..so kiteorang bertolak balik semula...

Penat giler dow...yang paling best sekali ialah disaat kiteorang terjerit-jerit saat pacat mula menjalar dan bertenggek di kaki kiteorang...dila pun turut menjadi mangsa pacat..celaka punya pacat! -_-
btw,guys semua ni adalah ohsem...memang best-best giler...
untuk pengetahuan korang..semua gambar ni dila snap secara candid..ohsem kan?!

























Tengs For Read