Entri Holiday~Suasana Kampung Dila

Hey Semua!
Sihat?! amacam dengan korang punyer holiday...
hurm! dila ada jugak baca beberapa entri mengenai "holiday" dalam blog para blogger...
hahaha..memang ohsem,best and gempak semuannya..ada yang dapat pergi melancong
ke luar negara,ada yang pergi Gambang Waterpark,ada yang pergi bercuti kat KL lah,Melaka lah,
Langkawai lah and macam-macam tempat lagi yang best kat Malaysia ni...

Ada jugak diantara para blogger ni yang terpaksa duduk terperap kat rumah jew disebabkan SPM..
hahaha...dila pun macam abg-abg dan akak-akak SPM jugak..tak dapat pergi melancong sebab SPM..tadi yang membezakan kita adalah dila SPM tahun depan...hahaha..

Okey! disebabkan oleh famili dila tak dapat pi mana-mana...so today,we spent our time at village...
Abah,mama,dila,kak long,adik and our cousin bersusah payah merentas hutan bagi mencapai misi kiteorang...ha! nak tau apa misi kiteorang?!
"Misi" kiteorang ialah untuk mengambil buah dukun daripada pokok..nenek dila plak pi tanam pokok dukun tu jauh dari rumah..masuk hutan terus...terpaksa lah kiteorang semua jungle trekking tadi...

Peserta-peserta "Jungle Trekking" berkumpul terlebih dahulu

Amboi kak long dila ni..masuk hutan pun feminin gak..
skirt jugak yang dipakai.. -_-

Amacam beb! mencabar tak perjalanan?!

Okey! sesapai jew destinasi yang kami tuju...terus mama dila memulakan tugasnya sebagai pemanjat pokok dukun...for your information,mama dila ni memang jaguh bab-bab panjat pokok...itu pasal lah tugas ni serahkan kat mama dila...walau pun dah berumur,mama dila tetap "umph!" panjat pokok..
tapi nak boleh naik ke atas dahan pokok tu memang "lama giler"...banyak kali jugak mama dila cuba panjat...hahaha
Ini dia...percubaan pertama untuk memanjat pokok..
tak sapai 60saat jatuh balik ke lantai bumi..
mama,mama -_-

Cousin dila dah dapat naik atas pokok dukun...mama dila hanya mampu
memberi arahan selepas beberapa kali percubaan panjat pokok..
tapi tetap gagal..

disebabkan oleh cousin dila "hampeh" bab-bab petik buah dukun...terpaksa lah jugak mama dila usaha
berganda-ganda untuk panjat..at last,mama dila berjaya..okey,sorak! hooorrreeeeyyy!

mentang-mentang dah dapat naik atas pokok..
mama dila ciap berdiri lagi...

Abah dila bertugas sebagai "Tukang Makan"
"bijak betul abah aku ni"

Abah dila jugak bertugas sebagai "Pegawai Berjaga-Jaga"
kot-kot ada buah yang luruh,boleh dia kutip then makan terus..haha

Photographer pun nak masuk gambar jugak..
thanks to my adik "zaim" for snap this picture :)

Abah dila mai makan tepi ni pulak...
macam-macam lah abah aku ni.. :)

Kak Long termenung kat sapew hah?!

Favorite this picture :)

Yang ni pun ohsem kan..takkan sangka dila
teror bab snap picture..hahaha :)

Cousin dila yang perempuan juga cuba panjat pokok duku..hahaha..beberapa kali percubaan tetap gagal..and finally she give up..tapi lawak betul tengop dia cuba panjat..hehehe
Percubaan untuk memanjat

Hahaha,,yang ni paling lawak...dia tergelincir jatuh..sebab
tu dia give up dah nak panjat..

Setelah penuh berbakul-bakul dengan buah dukun..so kiteorang bertolak balik semula...

Penat giler dow...yang paling best sekali ialah disaat kiteorang terjerit-jerit saat pacat mula menjalar dan bertenggek di kaki kiteorang...dila pun turut menjadi mangsa pacat..celaka punya pacat! -_-
btw,guys semua ni adalah ohsem...memang best-best giler...
untuk pengetahuan korang..semua gambar ni dila snap secara candid..ohsem kan?!

























Tengs For Read

0 00 ♥LOVE♥: