First Day Keje :D

Assalamualaikum and helloo....

Hari ni 1/1/2014 kan...tarikh bermulanya "First Day Dila Keje"....alhamdulillah dila dapat bekerja dengan elok jew kat tadika tadi..seronok juga kalau kita layan bebudak ni *budak yang tak nangis lah...

Tapi tadi kebanyakkan budak menangis sebab nak balik la...nak ikut parents diorang balik la....
yew, itu adalah perkara biasa kan bagi budak yang first day datang sekolah...dila rasa, masa dila budak dulu-dulu pun sama jugak...meraung tak ingat dunia *pastinya..HeHe..

First time bercontact lens, "cikgu comey" itu apa yang dikatakan
sendiri oleh anak murid dila

Gambar kat atas tu adalah,muka lepas teacher dila(gelaran yang diberikan oleh GB) lepas penat berkejar-kejaran dan memujuk budak-budak nangis..waduuuhh!! ada budak yang manja, and ada juga budak buas,selalu ajew nak main *kurus boley teacher dila...HaHa...

But honestly lah dila cakap..dila ni memang tak suka budak...dila tak suka suasana bising *dengar budak menjerit or menangis...dila memang tak pandai nak layan budak sebab dila rasa orang yang layan budak-budak cakap memang tak logik langsung...and dila setiap kali dengar seseorang cakap dengan budak pasal benda yang tak logik,memang dila akan batai gelak lah *ketawa yang dikawal...
akak dila tak macam dila..dia suka layan budak-budak...dia pandai layan budak-budak..memang adalah sifat keibuan dalam diri dia..that's way lah dia jadi cikgu tadika yang berdaftar *dila part time jew,sementara tunggu result....So, dila cuba involve kan diri dalam bidang ni walaupun part time jew supaya dila baiki kelemahan diri dila ni..dila nak ubah persepsi dila terhadap budak-budak..dila nak cuba belajar melayan budak-budak...cuba nak dekati mereka..cuba nak fahami diri mereka..

And today, I'm really proud sebab dila berjaya sikit-sikit untuk dekat kan diri dengan budak..sebelum ni memang susah untuk budak-budak dekati atau rapat dengan dila..but today dila dah buktikan..dila juga mampu dekati budak-budak..mampu melayan kerenah mereka....dila dah pandai pujuk budak menangis sebab nak ikut daddy dia balik sama...dila berjaya tawan hati budak supaya bermain dengan dila sama,ketawa dengan dila sama..wuhuuuu! perasaannya memang tak boleh nak digambarkan...sangat-sangat seronok tau..lagi-lagi tengop budak-budak..sumpah! muka cute-cute semuanya...  :)

Ini tangga nak ke kelas... kosong lah sebab kebanyakkan budak-
budak dah balik sebab dah petang time ni..

Time ni adalah muka penat lepas pujuk anak murid teacher..
nama dia "Azzam"....kuat menangis ni...

Ni plak muka penat lepas melayan kerenah "si kembar"
buas betul diorang..selalu jew nak main ;)

Okey itu sajalah entri dila pada hari ni..harap korang doakan agar dila dapat mempelajari sesuatu yang baru dari tadika ini :)

nota : nanti dila akan update padal anak murid dila ea..dila akan upload picture diorang..cute-cute semuanya... :)











Tengs For Read

2 00 ♥LOVE♥:

Nour Adieb said...

smart lah gambar area tangga tu :)

Dieyla said...

@Nour Adieb hehe..tenkiu :)