Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tutorial : Convert Music Video - MP3

Hai...hari ni entri dari dila, ialah dila nak share kepada pembaca-pembaca blog cara untuk convert atau tukarkan "Music Video" kepada "MP3"....
Haa..ye lah mungkin ada sesetengah orang tu suka download music video kat youtube tapi pada masa yang sama dia nak juga dengar lagu tu dalam bentuk MP3 untuk dimasukkan ke dalam handphone...

So, dila akan bantu korang dengar share ilmu menggunakan Format Factory.
Okey first sekali sila dapatkan software tersebut.


dah siap install? Okey jom dila ajarkan cara-caranya....

Sekarang korang bukak dulu Format Factory.


Click pada "Audio" box disebelah kiri korang.Then click "All to MP3"
Kemudian automatically akan keluar page lain kat screen korang.

Now, korang tekan "Add File".Then pilih lah music video yang korang nak convertkan.
Dah pilih? Sekarang tekan "Ok"




Korang tekan pada benda yag korang nak convert tu(biar keluar higlight biru).Then tekan "Play" kat atas tu.Tak faham? Tengok gambar kat atas okey.

Bile dah tekan play tu..tunggu benda biru dalam box tu cukup 100%...
then korang boley dapatkan barang yang korang convert kat "Output Folder"
Tak faham tengop gambar ye...

p/s : Dengan menggunakan Format Factory korang jugak boley convert macam seperti gambar,lagu,video,document dan sebagainya.Step nya adalah sama seperti di atas..So korang boley usha-usha sendiri dengan mengikut step-step di atas.Selamat Mencuba :)









Tengs For Read

Tutorial : Download Video Youtube Tanpa Downloader

Kali ni dila kembali menulis blog dengan memulakan tutorial untuk memudahkan korang download video di Youtube tanpa menggunakan apa-apa aje Downloader.
Caranya mudah sahaja..jom dila share caranya...

First korang bukak dulu Youtube, then search video apa yang korang nak download tu..


Dah bukak? Okey sekarang korang copy link (Ctrl+c) dekat tempat dila higlightkan biru seperti gambar di atas...

Now,korang dikehendaki untuk tekan "LINK"
Next step ?? Okey tengop gambar rajah kat bawah..
dila dah siap labelkan semua...


Lepas dah tekan start tu...dia akan keluar page lain and click Download.
Done!

Okey, jom layan movie :D
Tengs For Read

Resipi Simple : Ayam Masak Lemon

Tengah hari tadi dila masakkan untuk anak-anak murid dila "Ayam Masak Lemon"...
wah..diorang makan,tambah nasi berpinggang-pinggang sorang-sorang..yang penting sekali ayam mesti taruk banyak dalam pinggang sebab diorang cakap sodap ayam hari ni...HaHa...

Bersusah payah dila mencari bahan-bahan nya...and last-last sekali dila tak ikut satu cara sebab bahan tak da...iaitu tepung nak goreng ayam...so, dila buat ayam masak lemon dengan goreng ayam macam tu jew..

Bahan-Bahan :

  • Ayam (wajib)
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Sos Thai
  • Sunquick (kalau boleh perisa "Orange Squash")
Cara Memasak :

  1. Potong ayam kecil-kecil dan gaulkan bersama secubit garam (agak-agak jew)
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan setelah minyak dah panas, masukkan ayam tersebut untuk digoreng setengah masak.Setelah siap, sejat ayam tersebut ke dalam bekas lain.
  3. Potong bawang besar dan lumatkan bawang putih (pakai lesung mudah)
  4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  5. Masukkan ayam yang telah disejat minyak tadi ke dalam kuali.
  6. Masak sehingga masak dan masukkan sos thai (korang agak-agak dengan kuantiti ayam yang korang masak,asalkan bersalut kat semua ayam)
  7. If korang nak ada kuah sikit,korang masukkan lah air setengah gelas dah cukup.
  8. Masukkan satu sudu besar Sunquick.
  9. Kacau ayam tersebut sehingga sebati dan..... SIAP!

Tips :

Korang jugak boleh masak ayam masak lemon dengan celupkan terlebih dahulu ayam dalam tepung dan goreng kemudian baru ikut step "3-9".
Nak kasi rasa ayam masak lemon meletop! lagi..korang boleh perahkan asam limau nipis/kasturi setelah hidangan siap dimasak...dan korang boleh parutkan buah mangga dan letakkan atas hidangan.
Tips yang last sekali..yang paling penting sekali..untuk bagi ayam masak lemon ni sodap! korang kenalah guna sos thai jenama ni...
Gambar Kiasan (Pak Cik Google)




Tengs For Read

Cara Mencari Barang Yang Hilang..

Assalamualaikum and hello semua...

tadi dila adalah blogwalking area blog-blog..dan dila ada terbaca satu kisah benar "Barang Yang Hilang Dapat Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin"

So,itu mungkin salah satu iktiar kita untuk mendapatkan balik barangan yang hilang...
aim dila pada hari ni adalah actually untuk share satu kisah benar yang terjadi pada cikgu math dila sendiri*dia ceritakan pada anak-anak muridnya...

Kisahnya bermula ketika cikgu math dila tu bangun pagi-pagi lagi and ready untuk ke pasar bersama adik iparnya...So,waktu di pasar...cikgu terlalu asyik membeli segala barangan keperluan sampaikan tak perasan bahawa dompetnya hilang..ghaib...
cikgu perasaan tentang kehilangan dompet dia waktu dia nak membuat pembayaran kepada tauke ikan...
jadi bila dah dapat tahu bahawa dompetnya hilang,memang cikgu kalut sangat time tu..otak ni memang tak boley nak pikir elok-elok daa..
diorang dua beranak cuba lah cari dompet tu area-area pasar,kot-kot tercicir ke but tetap tak jumpa..dan pastinya ada seseorang yang telah mengambilnya...

Pada malamnya cikgu memang tak lena tido...dan dia pun cuba mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid" sepanjang malam tu seperti yang pernah diamalkan oleh ibu cikgu...mulut cikgu tanpa henti mengalunkan zikir tersebut dengan niat di dalam hati agar dompetnya kembali kepadanya...

Pada keesokkan harinya,cikgu mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali..dan apabila cikgu menjawab panggilan tersebut..seorang lelaki yang menjawab dan berkata "Kak,tolong cepat mari ambil dompet akak ni dengan saya...sepanjang malam saya rasa panas apabila dompet ni bersama saya..tolonglah akak mari ambil...kita jumpa kat pasar"
Waktu tu cikgu tak habis-habis mengucapkan kata syukurnya...hampir mahu menangis cikgu....
dengan ditemani oleh suaminya,cikgu segera ke pasar untuk dapatkan kembali dompetnya..alhamdulillah
lelaki terbabit memang betul pulangkan balik dompet tersebut...pada mulanya, suami cikgu nak bawa lelaki tersebut ke balai polis tetapi cikgu berkeras tak mau...cikgu bagi lelaki tersebut RM50 dan berpesan pada lelaki tu jangan pandai-pandai lagi nak mencuri sebab "Allah itu Maha Berkuasa,Allah Lihat Setiap Tingkah Laku Kita Samada Yang Baik Mahupun Yang Buruk"

Sekarang cikgu turunkan ilmunya itu kepada anak muridnya..dan dila bertuah sebab dapat mengetahui ilmu ini dari cikgu dan dila mahu kongsikan dengan semua orang...yang pasti "Allah Akan Membantu Orang Yang Betul-Betul Mempercayai Kekuasaan Allah" dan insyallah setiap barang yang hilang akan dijumpai dengan mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid atau Surah Yassin"
Tengs For Read