Showing posts with label Si Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Si Celoteh. Show all posts

Hepy Birthday To Me

21 November 1996 dimana lahirnya seorang bayi yang dilahirkan oleh Norzihan...
bayi November ini diberi nama "Nur Alis Adila"
bayi November tersebut kini sedang sibuk menaip entry birthday nya sendiri..hehe :)

Alhamdulillah kerana allah telah mengizinkan mama untuk melahirkan dila..
Alhamdulillah kerana allah masih mengizinkan dila untuk bernafas sehingga ke hari ni....
Alhamdulillah kerana telah genap 18 tahun dila hidup di dunia yang penuh pancaroba ini...


Terima kasih dila ucapkan kepada semua yang telah mengucapkan dan mendoakan dila...Ameen...
Semoga allah turut memberkati korang jugak :)


 
Tengs buat adik Zatil sebab wish best luck buat akak...


Tengs buat Bella Qirana from Pr's Siblings...dia siap buat video
and nyanyikan lagu birthday buat dila...sweet sangat video..
sapai nangis dila.. :')


Ini pulak ucapan dari bestfriend dila from form 2 lagi...
tenkiu very much wahida :)

Hanya itu saja yang dila sempat screenshot...btw tengs untuk semua yang ucapkan... :)






Tak lupa juga tenkiu buat satu-satunya kakak saya... Kak Long yang sudi belanja makan hari ni..alhamdulillah GCB from Mc Donalds selamat mendarat dalam perut dila :)





Tengs For Read

Penyakit Hati


Itu lah gambaran disaat dila menatap wajah si dia bersama perempuan lain dalam persalinan pengantin.Saat dila melihat dia memeluk perempuan yang kini sah menjadi isteri.Saat dila melihat dia tersenyum bangga kerana telah sah menjadi suami orang.Saat dia ucapkan bahawa dia tak sabar untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami...Ya Allah..


Ye, dila macam gadis-gadis yang lain...mengimpikan untuk menjadi suri yang sah kepada kekasih hati.Dila hanya lah insan biasa...Insan yang lemah...Terlalu besar dila impikan ketika bersama di dia...dan kini dila jatuh tersungkur.. rebah menangis kerana impian dila untuk bersama dia berkecai bersama sekeping hati dila ini.

Ye dila akui bukan mudah untuk dila lupakan atau buang hati yang terluka ni..it's not easy..Kalau lah dila boley buat camtu je hati yang berkecai ni pasti saat ni dila tersenyum manis menikmati kehidupan seperti biasa...Seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara kita...

How to fix my broken heart?
Guna kan plaster hand? tak sapai 10 saat hati ni berdarah semula...
Guna kan gam yang paling kuat? tak sapai satu jam hati ni dah kembali berkecai....
Hati yang terluka ni memerlukan jangka masa yang lama..ye..terlalu lama..
bukan mudah untuk hati ini pulih...

Ye, Allah sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada Allah...

Ye, family sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada famili....

Ye, PR's Siblings sentiasa ada bersama dila...
dila kuat sebab dila tahu dila masih ada PR's Siblings...

Ye..memang dila akui dila boley jadi kuat...tapi dila tak boley tipu diri dila sendiri...
kadang-kadang hati ini dipungguk rasa rindu..
kadang-kadang hati ini sebak mengenagkan segalanya...
kadang-kadang hati ini sunyi bile tiada lagi insan yang nak dengar celoteh dila 24 jam tanpa henti..
kadang-kadang hati ini teringat setiap kenangan manis bersama si dia...

adik bella pernah pesan kat dila...
Kadang-kadang tu, kita bukan merindui orang tu tapi kite hanya merindui kenangan manis kite
bersama orang tersayang.

dila sentiasa ingat kata-kata tu...actually dila tak pasti sebenarnya..sama ada dila merindui si dia or kenangan manis bersama si dia...

Note si dia :

Awak..satu je dila nak pesan...cukup lah bagi dila harapan..cukup lah..dila tak sanggup dah nak menaggung penyakit hati ni...biarkan dila dengan hidup dila..biarkan dila rawat sendiri hati ni dengan bantuan Allah dan orang di sekeliling dila...mungkin sekarang dila merana kerana penyakit hati ini tapi dila percaya satu hari nanti penyakit hati ini akan hilang walaupun awak takde disisi dila...kerana apa??? kerana saya masih ada Allah,famili saya dan PR's Siblings.


Tengs For Read

S.A.H.A.B.A.T

Hai semua.

Hari ni dila nak ceritakan pasal kehidupan dila di UITM Machang. okey memang dila pernah update sekali jew pasal life kat sana. tapi kali ni dila nak share kehidupan dila setelah berkenalan dengan S.A.H.A.B.A.T

Dari kiri Baby Dieyla , Kak Long Jijah, Mama Biy, Adik Bella, Ibu Dina
Kami berlima digelar sebagai PR's Siblings. Kami merupakan classmates. seriously sebelum ni kami hanya rapat biase je, sebagai classmates but after one by one ditinggalkan kekasih kami banyak meluangkan masa bersama. Kami kongsi cerita kami sama-sama. Kami ditinggalkan kekasih secara berjemaah. Kemana-mana saja kiteorag pergi mesti berlima. Kami pertahankan diantara satu sama lain. Kami menjadi pendengar setia diantara satu sama lain.And that's why la kami mula rapat dan hadir la PR's Siblings.


 Dear PR's Siblings ingat tak moments ni? korang tahu tak dila rindu sangat moments time ni. masa ni happy sangat. dila paling excited sekali kan nak amek gambar atas pelamin. ingat tak korang?masa ni kite pergi kenduri rumah family ibu dina lepas habis kelas... hehe.. paling best time dalam kereta tu. macam-macam ragam sapai dila tak ley tahan gelak.rasanya kalu dari luar napak kereta tu bergoncang sebab kite buas duk dlm tu...haha..ibu dina sapai penim kepala sebab gelak tak habis.mama biy selalu buat kami terhibur. :D

Ni moments kita kat Pantai Irama. sebelum Final Exam kononnya nak pergi release tension la..hehe tapi memang release tension.. ala lagipun bile dengan PR's Siblings semua tension terus hilang. sebab mereka penghibur hati dila :')



Ingat lagi tak time ni? time ibu dina menangis. pastu dila turut nangis sekali sebab dila memang tak ley tengop kawan dila nangis. hati turut sebak.dila sendiri pun pernah menangis depan diorang sebab seseorang tu. korang tengs sangat sebab sudi jadi pendengar setia kat dila.tenkiu sebab jadi teman yang setia ketika dila rebah menangis.dila tak pernah lagi menangis depan sesiapa.tapi bile dengan korang dila selesa untuk kongsi cerita dan tak malu menitiskan air mata.



korang selalu cakap "Dila wanita tertabah" tapi korang...dila still tabah sebab dila ada korang disisi dila.kekosongan yang ditinggalkan oleh si dia telah diisi dengan korang.korang membuatkan dila hepi, korang membuatkan dila boleh lupakan si dia.tengs sangat korang . :)

Korang ni adalah hari sebelum last day kite spent time bersama.Time ni dalam hati dila memang dah rasa rindukan korang.sebab keesokan kite dah nak balikkan.Korang ingat lagi tak moments malam terakhir kite tu? dengan penuh beraninya kita bermaun truth or dare. Malam tu dila dapat mengenali korang lebih dekat. Kenali famili korang.Kenali hati korang.Segala rahsia semua diceritakan.Malam tu tak tahu berapa kali dila menitiskan air mata.Sayu betul hati ni.Bertambah sebak lagi bile kite sama-sama bagi pandangan antara satu sama lain. dila still ingat setiap kata-kata korang dan pesanan kat dila.Semalaman kite tak tidurkan sebab duk main benda ni. dekat nak subuh bukak plak citer hindustan.haha..seronok sangat hari tu :)

Pagi tu plak, hati dila kembali sebak. Ye lah Sebulan lebih jugak kite cuti semester. haiyaaa....terbayang perasaan rindu kat korang yang menebalkan..bile dah balik tu, malam tu jugak dila dah rindukan korang. sabar lah wahai  hati :)

Dear PR's Siblings tengs sebab jadi kawan terbaik buat dila. sejak berkawan dengan korang macam-macam benda yang dila belajar pasal kehidupan membuatkan dila menjadi matang sedikit berbanding dulu.Sungguh korang lah kawan terbaik yang dila ada.Korang selalu disisi dila.Korang pendengar terbaik bagi dila.

Terima kasih ibu sebab bersabar melayan kerenah room mate mu ini sepanjang kite tinggal bersama.Ibu sentiasa bersabar dengan habit dila yang memang susah nak bangun pagi ni.Dila mintak maaf tahu sebab dila sentiasa marah ibu masa CSC128, dila tak sengaja..dila just nak buat yang terbaik sebab dila nak ajar Ibu..dila nak biar ibu faham..and ibu tengs sebab ajarkan dila ACC106 and MAT133..Ibu lah alien paling comel sekali kat muka bumi ni :)

Terima kasih mama sebab sentiasa buat dila happy, gelak gila-gila sapai penat nak gelak dah.Mama banyak bagi nasihat.mama banyak bagi petua.mama suka ngepek tapi dalam ngepek mama tu semua nya lucu-lucu..sungguh..mama lah badut kami , PR's Siblings.

Terima kasih buat adik bella qirana sebab always tunjuk ajar pasal fesyen.Sungguh dila banyak tahu pasal matching-matching kaler ni dari adik.Walaupun adik selalu kena buli dengan mama and kak lng tapi dia tetap cool.Adik stay cun oke? :*

Terima kasih buat kak long sebab dia selalu usik dila..hehe...memang kak long suka usik orang.walaupun kak long suka geletek dila tapi dila merindui kenangan tu.. sungguh dila rindu :')
Macam-macam cerita yang kak long kongsikan dari facebook. banyak pengetahuan yang dila dapat dari semua info tu..tenkiu kak long 

Macam yang dila pernah cakap. ye! memang dila kehilangan si dia tapi Allah gantikan kekosongan itu dengan korang,PR's Siblings. Allah gantikan sesuatu yang memang tak ternilai iaitu S.A.H.A.B.A.T. Terima kasih Allah sebab rapatkan ukhwah kami bersama.Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya and korang lah hikmahnya.Korang tengs sebab sudi kawan dengan dila,sabar melayan perangai dila, sudi dengar kisah dila.Korang ingat tau, dila akan sentiasa berada disisi korang untuk lapkan air mata korang,untuk dengar luahan hati korang, untuk melayan kerenah korang tanpa pernah rasa jemu.












Tengs For Read

New Life At UITM Machang

erm..erm...1,2,3...test...test....

Assalamualaikum w.b.t
rasanya dah lama dila tak update blog dila kan...dan pastinya pembaca or pengunjung blog dila jugak makin berkurang sebabkan dila jarang update blog ni...macam bersepah pun adakan...maaf yew semua...

oke! untuk permulaan baru ni..dila ada something nak tunjukkan kat korang semua...hehe...nak tau apa?
oke! benda ni merupakan something yang dila memang syg gila-gila...and dila terlalu menghargai orang yang bagi benda ni kan dila...oke! dila buat korang tertunggu-tunggu eh?
let's me tell u the truth...

tarraaaaa....

how i am not supposed to like this...i'm really love it...after this benda ni laa yang akan membantu dila untuk terus berblogging..and pastinya lepas ni tanpa henti-henti dila akan update blog...HaHa...tengs abah..
sebab bagi kakak pilih sendiri laptop yang kakak suka...i'm use laptop brand Lenovo..it was touch screen and pastinya keypad masih boleh digunakan...

abah dila bagi laptop kat dila ni pun sebab dila dapat study kat UITM MACHANG,KELANTAN..
oke dekat jew dengan umah dila...hanya satu jam dari rumah dila...haha..tak kisah la dapat belajar kat mana sekalipun asalkan kita masih boley menimba ilmu..am i right?cakap pasal UITM ni...dila memang suka sangat belajar kat sini...pasal nyer semua facility ada kat sini...so kiranya mudah laa...oke dila dapat kos CS110 which is Dip Computer Science...ngeeeee...mmg best belajar but susah giler...memang strunggle habis-habisan untuk subjek CSC118 and CSC128 which is all about computer programming...
bukan tu jew..dila gak kena struggle untuk subjek ACC106 which is account..dila plak memang tak de lansung asas account..sungguh terkapai-kapai laa setiap kali subjek ACC106 berjalan...haha..
oke la tak mau dah nak citer panjang-panjang sangat..let's we see my picture at UITM bermula dari MDS
"Minggu Destinasi Siswa" :D

wearing officially tudung UITM... be "Siswi"

with Kak PM Biro Disiplin..yang paling garang sekali..
Kak Asmaa'

With Kak PM yang paling omey sekali..macam emma maembong..haha..
Kak Chacha

With Kak PM yang paling cantik sekali.. :)

My Room Mates for a week..seminggu lepas MDS
kiteorang terpaksa pindah n duduk dengan Room Mates baru..
#KakAmalin #Amalia :)

With my close friends "Miss Aliya Syahirah"

At Library #PTA "Pustaka Tengku Anis"

Mek Alia always with Mek Alis.. HaHa

At Miss Fasya Class #CSC118 xD

After done having quiz1
Miss Fasya Class...





Tengs For Read

Ayam Masak Sweet Sour Simple


Amacam? mengancam tak selera?
Okey! kisahnya bermula pagi tadi dila memang betul-betul mati akal nak masak...
so setelah check segala bahan masakan yang ada kat dapur..tup-tup
tekak ni rasa nak makan ayam sweet sour plak da...

So, apelagi...program memasak pun berlansung..haha..yum..yumm..
okey antara bahan yang perlu korang prepared adalah :

  • Ayam (tak kisah lah potong kecil or besar and kuantiti tu ikut kehendak korang)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Bawang putih
  • Bawang Besar/Holland (dihiris nipis)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Lada benggala (dipotong dadu)
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
cara untuk memasak adalah :

  1. Ayam diperap bersama serbuk kunyit dan garam selama 5-10 minit dan digoreng separuh masak.
  2. Dengan menggunakan kuali yang lain, korang tumiskan bawang putih beserta dengan bawang besar.
  3. Setelah hampir garing,masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram.Tambahkan sedikit air mengikut citarasa korang sendiri.
  4. Kemudian masukkan tomato beserta dengan lada benggala.
  5. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak.Tunggu sehingga ayam masak.
  6. Last sekali... apa lagi pergi lah hidangkan ayam sweet sour and dimakan dengan nasi yang masih panas lagi...fuhhh!



Tengs For Read

Dear...

Dear blog...

I just wanna to pour all of my words which is in my mind...Yes! I'm really sad... I mean "tertekan"..
ye terlalu banyak ujian sepanjang tahun 2014 ni...

Firstly, around March my mum n bro was excident by motor....then, my granny baru jew passed away this week...pastu disambung plak dengan news bahawa kaki mama terpaksa di operate untuk dimasukkan skru bawah lutut mama...tak sudah lagi ujian yang tu..disambung plak dengan ujian telefon dila "Samsung Galaxy Core" yang hanya baru dipakai seminggu sahaja had stolen by penyagak...
I mean pencuri... T_T

Today, dila almost jew nak excident masa kat mall tadi..entah lah mata driver tu letak kat mana..tak nampak orang duk walk area situ...hish tak faham dila..
tapi ada satu benda yang dila faham..setiap ujian ni pasti ada hikmahnya kan...
Insyallah.... xD

Dear my Samsung....

I'm really miss u... I'm really miss how i treat you... I'm really miss how i touched you...and the important is you always accompanied me...yeah! you always with me....
argh! dila bagaikan orang gila sebab dah hilangkan fon tu..
mana tak gilanya itu duit abah tau...
abah yang belikan untuk dila sempena result SPM hari tu... how can it lost just like that!
you are so careless dila...huh!


it's was my last activity before you left me,my Samsung...
yeah! i update my instagram...sekarang daa tak ley nak update this site....hanya tengop ajew la...


Tengs For Read

My SmartPhone Dicuri Orang!

Dear blog....

Pasrah itu Berserah....
Berserah itu Menyerah...
Menyerah itu Kalah...!
I don't know apa kaitan nya this quote dengan kejadian hari ni...
Ye! sangat pantas segala-galanya berlaku...
hanya sekelip mata..my phone hilang... My Samsung Galaxy Core yang baru sempat dila gunakan selama seminggu...

Fon tu hadiah dari abah dila sempena result SPM dila...and seminggu yang lepas abah bawak dila pergi mall n buy that smartphone..but today...sekali lagi dila diuji...handphone dila hilang sewaktu dila tidur...

OK! kisahnya bermula macam ni...pagi tadi lebih kurang pukul 7 pg cam tu..abah dila kejutkan semua ahli keluarga untuk solat subuh..ye..mmg dila bangun...dila siap sempat lagi tengop clock dalam Galaxy Core dila...then dila sempat lah jugak usha-usha twitter and instgram, then check message n whatssap sebab last night dila sempat lah berwhatssap dengan bestie dila and dila sempat bergayut kejap malam tadi..
Nak dijadikan cerita lepas check segala bagai..dila pun nak amek lah wuduk..so dila lempar macam tu jew phone dila atas katil n ianya mendarat hampir dengan jendela bilik dila...*katil bilik dila ni sebelah dengan jendela...lepas solat subuh dila terus buat kuak lentang atas katil dila...and... 1,2,3,4,5 minutes ago..dila terlena...hayut dibuai mimpi...tido mati terus...and time tu lah pencuri buat operasi dia seluk phone dila melalui jendela...dia siap amek kerusi rotan yang terletak kat balkoni rumah dila untuk naik...so dengan itu lebih mudah untuk dia amek phone dila atas katil..plus bedroom dila ni rendah sikit...so naik atas kerusi rendah macam tu pun, pencuri boleh lagi amek phone atas katil dila..
Family member yang lain plak semua terlena lepas solat subuh..kitaorang penat sebab semalam arrived kat rumah pun lewat dah..semalam ada tahlil untuk arwah nenek dila yang baru meninggal isnin minggu ni..sebabkan semua penat so memang lena habis la tido..sapaikan pencuri bukak jendela pun tak sedar...pintu bedroom dila memang lah terbuka and mama dila memang ada kat luar,just baring-baring...

Mama cakap memang la dia macam napak bayang-bayang orang kat luar jendela bedroom dila..tapi mati-matian dia ingatkan tu abah dila...sedangkan abah dila tido dalam master bedroom dengan adik dila...
ye..memang dila terkilan sangat rasa..kalau lah dila tak letak phone tu kat situ..sure sekarang still ada dengan dila..tapi mungkin itu bukan rezeki buat dila kan..

hummmm..but dila tak putus asa untuk cuba trace phone tu...cousin dila ada cakap smartphone ni kita boley trace...lagi-lagi pengguna Samsung..mudah lah..just perlu cari no siri IMEI...no ni sure ada kat kotak phone or kad warranty...kat situlah dila jumpa..but dila tak try trace lagi sebab internet slow...insyallah dila akan cuba buat dengan cousin dila..mungkin adalah sikit harapan untuk dila dapatkan kembali phone dila tu...AMIN....
Tengs For Read

My Result SPM!

Assalamualaikum and hello semua...
rasanya sudah sekian lama dila menyepikan diri tanpa blog ni berupdate...

dila sekarang busy dengan macam-macam kerja, lagi-lagi mama n abang dila baru jew terlibat dalam satu kemalangan..and now mama dila still tak boley berjalan lagi,masih dalam rawatan lagi..insyallah suatu hari nanti mama pasti akansembuh dan berjalan seperti dulu... AMIN....

okey! hari ni dila nak kongsikan dengan pembaca blogger semua mengenai result SPM dila yang dila terima kelmarin... Ya Allah tak dapat dila nak gambarkan perasaan sepanjang dila menunggu result..
pagi kelmarin,awal-awal lagi dila dah bangun..tp satu makanan pun dila tak ley nak telan..satu benda pun dila tak ley nak buat...nak bercakap?? lagi lah malas...
dalam fikiran dila hanya satu aja..apalah result yang bakal aku terima..apalah reaksi diri sendiri n parents dila..
Ya Allah..macam-macam dalam fikiran dila...

Dila n abah pergi sekolah jam 11.30 pg..sapai saja kat dewan sekolah..cikgu dah umumkan pelajar yang mendapat 10A dan 8A...after segala annoucement,nama dila mmg takde..so dila pun check dekat guru kelas dila..saat dila memegang result dila..Ya Allah hati ni makin kuat bergetar...makin kuat berdebar..dengan dimulai bismillah..dila perlahan-lahan bukak mata dila and Ya Allah..Alhamdulillah..Aku Bersyukur Ya Allah..aku memperolehi 5A...hampir 2,3 kali dila bilang A dalam slip tu..kot-kot tersalah tengop..tapi iye..itulah keputusan dila..itulah ganjaran dila selama 2 tahun dila berusaha...mungkin result tersebut bagi orang lain ia takde lah membanggakan sangat tapi bagi dila itu sudah cukup membuat dila tersenyum puas..puas dengan usaha dila sendiri..tanpa berlenggah walau sesaat dila terus cari abah dila..yew orang pertama yang dila bagi tau...Alhamdulillah abah turut berpuas hati dengan result dila..malah dia gembira sangat sebab dia tak pernah sangka dila boleh dapat result yang baik..sebelum ni,setiap kali exam besar macam UPSR dan PMR...result dila lah yang terteruk sekali tapi kali ni dila mampu..
mampu untuk membuktikan dila juga boleh buat yang terbaik..

Kemudian abah terus kol mama yang terlantar kat rumah..mama juga turut hepi dengan result dila..malah terlalu bangga dengan dila...

Ya Allah..terima kasih Ya Allah..kerana engkau telah memberikan mama satu kegembiraan ketika dia terlantar sakit sekarang...Aku bersyukur Ya Allah..kerana mama sekarang mampu tersenyum melihat kejayaan anak perempuan dia...

Kawan-kawan baik dila semua nya dapat result hampir sama dengan dila iaitu 5A...alhamdulillah mungkin itu berkat usaha kami berlima dalam mengulangkaji pelajaran..kita orang selalu buat discussion sama-sama..dan akhirnya..sama-sama berjaya...

Tamat sudah masalah debaran result..sekarang ni masalah lain plak yang timbul..apa lagi kalau bukan sebab penim nak pilih n amek kos apa...itu lah yang dila duk pikir hari-hari sekarang...dila adalah juga terfikir nak amek Fisioterapi,Mikrobiologi,Sains Komputer dan Teknologi Makanan...dan abang dila pun sokong dila amek kos tersebut...tapi dila still lagi duk survive setiap kos yang layak dila pohon...insyallah dila akan buat abah n mama bangga sekali lagi... :') 
Tengs For Read

Gaji Pertamaku!

Okey! I got my first salary on 28 January 2014...last month...
dan dila pilih topik ini untuk kongsi bersama sebab dila perasan bahawa duit gaji dila memang banyak melayang bulan ni..ah! boros betul lah kan dila ni...

Dah nama pun perempuan,bila jew kaki seorang perempuan ni jejak kan kaki dia kat Mall,memang tak sah lah kalu duit dia tak habis banyak...and kebanyakkan duit yang dilabur pula untuk beli barang yang tak berfaedah kan? benda yang memang dah berlambak ada kat rumah but tetap beli jugak... Am I right?

Dan dila akui bulan ni,dila menjadi seorang perempuan yang macam tu lah perangainya...BOROS!
huh! and dah hujung-hujung bulan ni rasa menyesal lah plak...
gaji yang diberikan kat dila adalah RM350 but now dalam poket dila ada RM45 SAHAJA!
ah! gaji plisss masuk cepat-cepat.. :)

korang nak tau tak barang apa yang dila beli...
okey meh sini rapat-rapat dengan dila

Dila beli cardigan labuh

Dila beli dress

Dila beli jeans,walaupun dah berlambak dalam 
almari tetap jugak dibeli

Tudung 2 pasang and inner neck

Cute Brooch

Beg Make Up and segala Make Up dalam tu

Cleanser Clean & Clear (baru try ni,napak menjadi)

Novel and frame gambar

Couple bear sempena birthday kak long,satu untuk dila dan 
satu lagi untuk kak long :)

tapi korang jangan cepat cop dila sebagai budak tak pandai simpan duit..
actually awal-awal boleh gaji lagi dila dah simpan kan duit sebanyak RM100..
dila serahkan tanggungjawab untuk simpan duit tu kat mama dila...
so ada lagi lah duit yang masih selamat kan...hehehe :)

tapi akak dila adalah juga cakap, 
"ala,lumrah ar tu kalu first salary duit habis banyak..yew lah first time pegang duit banyak kan...tapi bila dah masuk second salary,pandai-pandai lah control nafsu membeli-belah tu.."
So,dila akan cuba untuk uruskan duit untuk gaji kedua ni...insyallah :)

P/S : anyone who has some tips untuk uruskan duit or kawal boros ni..pliss share-share lah sikit...dila memang sakit sekarang ni...HeHe peace yow!


Tengs For Read

Kenangan Lama

Assalamualaikum semua..rasanya dah lama dila menyepikan diri kan...sekarang dila sibuk dengan kerja kat tadika tu...tiap-tiap hari memang memenatkan tapi seronok...dan tak lama lagi dila akan meninggalkan tadika tersebut selepas result SPM di umumkan..lepas ni dila akan teruskan program dila untuk mengambil lesen motor dan kereta...memang sedih nak tinggalkan tadika tu..sebab dila dah anggap budak-budak kat sana macam adik-adik dila sendiri..dila terlalu sayangkan mereka..dila suka melayan kerenah dan ragam mereka semua....

Dila update blog hari ni,bukan semata-mata nak update pasal kerja tetapi dila nak luahkan segala perasaan dila pada hari ni...dari pagi tadi lagi..tetiba dila teringat akan seseorang...
seseorang yang pernah membahagiakan dila,seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan dila,seseorang yang pernah melukakan hati dila dan seseorang yang pernah meninggalkan dila...
dia...Zal Hazmi...orang yang paling dila sayang walaupun dia hanya ex dila...
ternyata dila terlalu sayangkan dila lebih dari ex dila yang lain..
walaupun dia lah yang paling banyak melukakan hati dila dan cara dia meninggalkan dila adalah dengan cara paling kejam...tapi separuh jiwa dila masih lagi kat dia...

Hampir 2 tahun lebih,dia meninggalkan dila...dan sepanjang 2 tahun itu dila dah cuba untuk lupakan dila..
mungkin ada kalanya dila tak ingat kat dia..tapi ada kalanya dila rasa rindu kat dia..rindu dengan suara dia..rindu dengan joke yang dia buat...rindu dengan sikapnya yang caring...memang sepanjang kami couple dia tak pernah sekalipun buat hal...tapi di penghujung hubungan kami,rupa-rupanya selama kitaorang couple dia dah terlebih dahulu couple dengan orang lain..dan dia tinggalkan dila macam tu saja...hampir putus asa dila waktu tu..tapi dila bukan perempuan lemah..dila bangkit dari segala-galanya...just you all imagine,kami couple 1 tahun lebih tapi di tipu hidup-hidup oleh dia..dah la dia budak baik-baik..budak nerd plak tu...Ya Allah..memang dila tak ley nak cakap perasaan dila time tu...

And bila dila tanye kenapa dia buat dila macam tu..alasannya adalah sebab dia nak balas dendam kat dila..sebab sebelum kitaorang couple dia tunggu dila..tapi dila bagi answer kat dia lambat..so korang rasa alasan dia tu boleh pakai kew? memang tak kan..sebab dila tak buat hati dia terluka so kenapa macam tu sekali dia nak lukakan hati dila..dan luka yang dia tinggalkan tu masih lagi berbekas sehingga ke hari ni...kadang-kadang dila terseksa dengan perasaan ni...mungkin dila dah ikhlas maafkan dia..sebab tu perasaan marah dah tak timbul..hanya rindu jew yang mendalam kat dia...dila harap sangat dia akan berbahagia dengan pilihan dia tu..dila doakan yang terbaik buat dia..dila nak dia bahagia..mungkin dila tak ley bagi dia kebahagiaan sebagai mana perempuan tu beri..



Zal Hazmi..dila mintak maaf..dila nak Zal tahu..dila terima Zal bukan sebab Zal anak Dato or anak orang kaya..tapi dila terima Zal dulu sebab dila memang sayang kat Zal..dan sehingga ke hari perasaan sayang tu sukar dihakis...If one day, Zal betul-betul nikah dengan dia..izinkan dila untuk terus menyayangi Zal..sekurang-kurangnya sebagai seorang kawan baik Zal...dan Zal jaga lah dia dan perasaan dia baik-baik..jangan buat dia terluka macam Zal pernah buatkan dila.. :')

Tengs For Read

Kisah Dila Sempena Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk kesemua blogger-blogger yang mengenali dila...
Dan pastinya hari ini kita memperbanyakkan amalan selawat kepada nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...insyallah...



Bercerita pasal Maulidur Rasul ni terus dila teringat akan Sambutan Maulud di sekolah pada setiap tahun...but this year "2014" dila tak lagi merasai suasana Sambutan Maulud kat sekolah...Ya Allah betapa rindunya suasana tersebut..tiap-tiap tahun dila takkan pernah miss untuk sertai perarakan area luar sekolah sambil berselawat...bukan itu sahaja dila juga tak pernah miss untuk menghadirkan diri ke dewan untuk dengan para penceramah menceritakan kisah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SWT.

Dila ingat lagi...ada satu tahun tu penceramah menceritakan saat kematian Nabi Muhammad...Ya Allah..korang tau saat tu dila and kawan dila menintis air mata,menangis tanpa menghiraukan orang lain..betapa sayunya dan sedihnya saat kematian Nabi Muhammad...sebelum ni dila pernah baca jugak satu buku ni yang memang hanya menceritakan kisah Nabi Muhammad dari saat kelahiran,waktu kecil,perjuangannya sehinggalah saat hembusan nafas terakhir Rasulullah...bukan main menangis teresak-esak lagi dila baca saat kematian Rasulullah..

Selalunya penghujung majlis Maulud kat sekolah pasti akan dijamukan makan-makan..sekolah dila memang tak sah kalau tak tumbangkan seekor lembu..konfom nak dibuat gulai daging...dan tahun lepas merupakan kali terakhir dila menyambut Maulud kat sekolah..really miss that moments :')

Celoteh dila seterusnya ialah dila nak share dengan korang tentang seorang anak murid dila ni..dari first dila kerja hari tu lagi *1/1/2014 dila perasan tentang satu sikap kanak-kanak ni..dia kanak-kanak lelaki yang berumur 3 tahun..nama dia Afnan.dia budak manja sikit,dia akan menangis kalau ada orang *kecuali mak dia pegang or dukung dia.but it's ok,biasalah budak kan..tapi dia ada satu keistimewaan yang dila tak pernah jumpa kat mana-mana budak lagi.Yang istimewanya mulut dia tak pernah lekang berselawat kepada Nabi Muhammad...betul korang..time dia senyap dan takde orang ganggu dia kan..pastu tetiba mesti dila akan dengar satu suara berselawat and bila dila pergi check,rupa-rupanya suara Afnan...Ya allah beruntungnya ibu dia dapat anak secerdik itu...bukan sahaja selawat yang dila pernah dengar,berzikir ada,nasyid ada..ada sekali tu dila dengar dia nyanyi Ya Hanana..

Dila pernah terbaca satu ayat ni :

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku,"


Tengs For Read

Cara Mencari Barang Yang Hilang..

Assalamualaikum and hello semua...

tadi dila adalah blogwalking area blog-blog..dan dila ada terbaca satu kisah benar "Barang Yang Hilang Dapat Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin"

So,itu mungkin salah satu iktiar kita untuk mendapatkan balik barangan yang hilang...
aim dila pada hari ni adalah actually untuk share satu kisah benar yang terjadi pada cikgu math dila sendiri*dia ceritakan pada anak-anak muridnya...

Kisahnya bermula ketika cikgu math dila tu bangun pagi-pagi lagi and ready untuk ke pasar bersama adik iparnya...So,waktu di pasar...cikgu terlalu asyik membeli segala barangan keperluan sampaikan tak perasan bahawa dompetnya hilang..ghaib...
cikgu perasaan tentang kehilangan dompet dia waktu dia nak membuat pembayaran kepada tauke ikan...
jadi bila dah dapat tahu bahawa dompetnya hilang,memang cikgu kalut sangat time tu..otak ni memang tak boley nak pikir elok-elok daa..
diorang dua beranak cuba lah cari dompet tu area-area pasar,kot-kot tercicir ke but tetap tak jumpa..dan pastinya ada seseorang yang telah mengambilnya...

Pada malamnya cikgu memang tak lena tido...dan dia pun cuba mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid" sepanjang malam tu seperti yang pernah diamalkan oleh ibu cikgu...mulut cikgu tanpa henti mengalunkan zikir tersebut dengan niat di dalam hati agar dompetnya kembali kepadanya...

Pada keesokkan harinya,cikgu mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali..dan apabila cikgu menjawab panggilan tersebut..seorang lelaki yang menjawab dan berkata "Kak,tolong cepat mari ambil dompet akak ni dengan saya...sepanjang malam saya rasa panas apabila dompet ni bersama saya..tolonglah akak mari ambil...kita jumpa kat pasar"
Waktu tu cikgu tak habis-habis mengucapkan kata syukurnya...hampir mahu menangis cikgu....
dengan ditemani oleh suaminya,cikgu segera ke pasar untuk dapatkan kembali dompetnya..alhamdulillah
lelaki terbabit memang betul pulangkan balik dompet tersebut...pada mulanya, suami cikgu nak bawa lelaki tersebut ke balai polis tetapi cikgu berkeras tak mau...cikgu bagi lelaki tersebut RM50 dan berpesan pada lelaki tu jangan pandai-pandai lagi nak mencuri sebab "Allah itu Maha Berkuasa,Allah Lihat Setiap Tingkah Laku Kita Samada Yang Baik Mahupun Yang Buruk"

Sekarang cikgu turunkan ilmunya itu kepada anak muridnya..dan dila bertuah sebab dapat mengetahui ilmu ini dari cikgu dan dila mahu kongsikan dengan semua orang...yang pasti "Allah Akan Membantu Orang Yang Betul-Betul Mempercayai Kekuasaan Allah" dan insyallah setiap barang yang hilang akan dijumpai dengan mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid atau Surah Yassin"
Tengs For Read

First Day Keje :D

Assalamualaikum and helloo....

Hari ni 1/1/2014 kan...tarikh bermulanya "First Day Dila Keje"....alhamdulillah dila dapat bekerja dengan elok jew kat tadika tadi..seronok juga kalau kita layan bebudak ni *budak yang tak nangis lah...

Tapi tadi kebanyakkan budak menangis sebab nak balik la...nak ikut parents diorang balik la....
yew, itu adalah perkara biasa kan bagi budak yang first day datang sekolah...dila rasa, masa dila budak dulu-dulu pun sama jugak...meraung tak ingat dunia *pastinya..HeHe..

First time bercontact lens, "cikgu comey" itu apa yang dikatakan
sendiri oleh anak murid dila

Gambar kat atas tu adalah,muka lepas teacher dila(gelaran yang diberikan oleh GB) lepas penat berkejar-kejaran dan memujuk budak-budak nangis..waduuuhh!! ada budak yang manja, and ada juga budak buas,selalu ajew nak main *kurus boley teacher dila...HaHa...

But honestly lah dila cakap..dila ni memang tak suka budak...dila tak suka suasana bising *dengar budak menjerit or menangis...dila memang tak pandai nak layan budak sebab dila rasa orang yang layan budak-budak cakap memang tak logik langsung...and dila setiap kali dengar seseorang cakap dengan budak pasal benda yang tak logik,memang dila akan batai gelak lah *ketawa yang dikawal...
akak dila tak macam dila..dia suka layan budak-budak...dia pandai layan budak-budak..memang adalah sifat keibuan dalam diri dia..that's way lah dia jadi cikgu tadika yang berdaftar *dila part time jew,sementara tunggu result....So, dila cuba involve kan diri dalam bidang ni walaupun part time jew supaya dila baiki kelemahan diri dila ni..dila nak ubah persepsi dila terhadap budak-budak..dila nak cuba belajar melayan budak-budak...cuba nak dekati mereka..cuba nak fahami diri mereka..

And today, I'm really proud sebab dila berjaya sikit-sikit untuk dekat kan diri dengan budak..sebelum ni memang susah untuk budak-budak dekati atau rapat dengan dila..but today dila dah buktikan..dila juga mampu dekati budak-budak..mampu melayan kerenah mereka....dila dah pandai pujuk budak menangis sebab nak ikut daddy dia balik sama...dila berjaya tawan hati budak supaya bermain dengan dila sama,ketawa dengan dila sama..wuhuuuu! perasaannya memang tak boleh nak digambarkan...sangat-sangat seronok tau..lagi-lagi tengop budak-budak..sumpah! muka cute-cute semuanya...  :)

Ini tangga nak ke kelas... kosong lah sebab kebanyakkan budak-
budak dah balik sebab dah petang time ni..

Time ni adalah muka penat lepas pujuk anak murid teacher..
nama dia "Azzam"....kuat menangis ni...

Ni plak muka penat lepas melayan kerenah "si kembar"
buas betul diorang..selalu jew nak main ;)

Okey itu sajalah entri dila pada hari ni..harap korang doakan agar dila dapat mempelajari sesuatu yang baru dari tadika ini :)

nota : nanti dila akan update padal anak murid dila ea..dila akan upload picture diorang..cute-cute semuanya... :)











Tengs For Read

Pelajaran Sekolah Rendah Hampir Sama Sekolah Menengah

Hei korang....
kali ni dila share mengenai pelajaran di sekolah rendah..

tahun depan adik dila dah darjah empat and kelmarin dia dah pi amek buku teks kat sekolah dia...
today, dila plak jadi mangsa kena balut semua buku teks dia..first, dila memang pelik tentang kuantiti buku teks dia...nampak macam banyak ajew..
dila dulu masa darjah 4 takde lah banyak macam tu...

mula-mula dila balut dulu dalam 3 biji macam tu..tapi  bila dah penat..nak try lah kira..berapa lagi yang tinggal..dila ingat kan buku dia tu adalah lebih kurang dalam 12 atau 13 biji..
but bila kira-kira,rupenyer ada 17 biji..alamak ai! banyak nyer buku budak sekolah rendah,mengalahkan budak sekolah menengah jew...korang tau tak...sekarang macam-macam subjek akan dipelajari oleh budak sekolah rendah...antaranya ialah :

Seni Visual pun ada buku...

Masa dila dulu just belajar muzik macam tu jew tapi 
sekarang dah lain..dah ada buku teks..lebih seronok...

Seingat dila dulu,zaman dila ada Kemahiran Hidup..
tapi sekarang takde,dah gantikan dengan Reka Bentuk Dan
Teknologi..tapi rasanya lebih kurang jew..

Yang ni memang dila tak terkejut la..sebab teacher ict dila ada
bagitau hari tu sebelum exam,
"cikgu ict sekolah menengah kena ajar cikgu ict sekolah rendah
sebab tahun depan ict wajib diajar kepada semua pelajar"

Yang ni paling dila terkejut sekali..wah..untung budak sekarang..
kecik-kecik lagi dah belajar sejarah... :)

Ni buku cerita dalam BI kalau sekolah menengah novel lah...

Yang ni koleksi Poems...macam literature lah kan..

Yang ni paling dila tertarik..buku dia menarik...
kalau bukak buku ni macam komik jew rasa...
bagus tau citer dia..best..interesting..

Korang ingat tak lagi dengan subjuk "Kajian Tempatan" *KT...
untuk pengetahuan korang, mybe subjek tu dah takde kot sekarang sebab adik dila tak dapat pun buku teks KT, it's mean subjek tu takde kot...
dila rasa perubahan ni bagus lah..sebab kecik-kecik lagi dah didedahkan,so nanti masuk secondary school ni takde lah kelam kabut kan..macam dila dulu..selalu jew blur kalau belajar literature...HaHa...

nota kaki : teringat kembali zaman-zaman sekolah rendah dulu..happening jew selalu..tak pernah pikirkan masalah...tau nak main ajew..HaHa..



Tengs For Read