Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Vlogger Shazreen Fazlynda


Assalamualaikum...hari ni dila nak bukak cerita pasal seorang vlogger yang makin hari makin dikenali oleh penduduk bumi di Malaysia...ceewaah..
Vlogger tersebut dikenali sebagai nama Shazreen Fazlynda.


orang nya comel,putih and gebu..perwatakan yang menarik,memang stylo giler and cool je..
vlog dia semuanya lucu-lucu dan ada pengajaran di akhir cerita...

Before this dila hanya layan vlog MatLutfi dan Samad Maccaboy
but now Shazreen Fazlynda juga menjadi salah seorang vlogger yang dila minat..

First video dari kak Shazreen yang dila tengok ialah "Ragam Muka Buku"...
lagi-lagi time tu memang facebook tengah hot and memang betul apa yang kak Shazreen cakap..dalam kita bersosial dalam facebook ni..macam-macam ragam yang kita jumpa..
semua yang kak Shazreen lakon kan hampir sama dengan apa yang dila lalui...

Sejak tengok video tu...dila mula geledah semua video kak Shazreen di channel youtube dia..siap subscribe lagi..hehe...and kesemua video dia dila tengop.. *ada setengah tu dila download sebab tak puas tengop..

Apa pun setiap kali kak Shazreen upload video baru pasti dila awal-awal lagi dah tengop...
and sekarang ni kak Shazreen femes dengan mengarahkan short film...
short film dia semuanya best-best and pengajaran yang diberi juga mantap..
Short film yang bertajuk Retaliation memang best... :)


https://www.youtube.com/watch?v=2tQPoNvw1qQ&list=TLFnKIyNFIrdQ
Ini Short Film terbaru dari Shazreen Fazlynda yang bertajuk "Garam"






Tengs For Read

Kenapa Perempuan Suka Warna Pink



Pernah tak terlintas di fikiran "kenapa kebanyakkan perempuan sukakan warna pink?"
okey! macam dila...dila mengaku memang dila juga tergolong dalam kumpulan wanita ini...
tapi tak lah terlalu obses sangat dengan pink....



tapi dila memang pernah nampak or jumpa perempuan yang terlalu addict dekat kaler pink...
bayangkan lah... seluruh badan dia dah kaler pink,then handphone dia and kereta sekali warna pink...
huh! itu dah tergolong dalam golongan annoying kot...napak gedik sangat plak...

Dila ada alasan kenapa kebanyakkan perempuan tergila-gilakan kaler pink...


  • I think korang sendiri tahu kan warna pink ni adalah warna lembut...and sejak azali lagi kita tahu bahawa perempuan ni berjiwa lembut..so that's why la warna lembut ni tertarik pada pandangan mata mereka..
  • Sebab dalam jiwa mereka, diorang rasa bahawa pink merupakan warna feminin...mybe sejak kecil lagi kot perempuan dah mindset bahawa pink untuk perempuan and pink adalah feminin...
  • Mybe sebab kaler pink menampakkan sweet and manja-manja gitu...memang lah kalau kita tengop secara rawak,kebanyakkan perempuan yang minat pink ni mesti berjiwa sweet-sweet and manja-manja walaupun sedikit...
  • If korang ni rajin berblogwalking mesti korang perasan kan kebanyakkan blogger perempuan memilih pink sebagai warna tema blog diorang...katanya baru napak cute gitu..hehe
  • Sebagai umat islam kita sendiri sedia maklum bahawa Rasulullah juga sukakan warna pink...jadi tak salah lah kan kita suka warna yang sama dengan Rasulullah..lagipun pink tu kan cantik..warna ketenangan gitu...
Alasan terakhir sekali ialah...



Tengs For Read

Kisah Dila Sempena Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul untuk kesemua blogger-blogger yang mengenali dila...
Dan pastinya hari ini kita memperbanyakkan amalan selawat kepada nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...insyallah...



Bercerita pasal Maulidur Rasul ni terus dila teringat akan Sambutan Maulud di sekolah pada setiap tahun...but this year "2014" dila tak lagi merasai suasana Sambutan Maulud kat sekolah...Ya Allah betapa rindunya suasana tersebut..tiap-tiap tahun dila takkan pernah miss untuk sertai perarakan area luar sekolah sambil berselawat...bukan itu sahaja dila juga tak pernah miss untuk menghadirkan diri ke dewan untuk dengan para penceramah menceritakan kisah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SWT.

Dila ingat lagi...ada satu tahun tu penceramah menceritakan saat kematian Nabi Muhammad...Ya Allah..korang tau saat tu dila and kawan dila menintis air mata,menangis tanpa menghiraukan orang lain..betapa sayunya dan sedihnya saat kematian Nabi Muhammad...sebelum ni dila pernah baca jugak satu buku ni yang memang hanya menceritakan kisah Nabi Muhammad dari saat kelahiran,waktu kecil,perjuangannya sehinggalah saat hembusan nafas terakhir Rasulullah...bukan main menangis teresak-esak lagi dila baca saat kematian Rasulullah..

Selalunya penghujung majlis Maulud kat sekolah pasti akan dijamukan makan-makan..sekolah dila memang tak sah kalau tak tumbangkan seekor lembu..konfom nak dibuat gulai daging...dan tahun lepas merupakan kali terakhir dila menyambut Maulud kat sekolah..really miss that moments :')

Celoteh dila seterusnya ialah dila nak share dengan korang tentang seorang anak murid dila ni..dari first dila kerja hari tu lagi *1/1/2014 dila perasan tentang satu sikap kanak-kanak ni..dia kanak-kanak lelaki yang berumur 3 tahun..nama dia Afnan.dia budak manja sikit,dia akan menangis kalau ada orang *kecuali mak dia pegang or dukung dia.but it's ok,biasalah budak kan..tapi dia ada satu keistimewaan yang dila tak pernah jumpa kat mana-mana budak lagi.Yang istimewanya mulut dia tak pernah lekang berselawat kepada Nabi Muhammad...betul korang..time dia senyap dan takde orang ganggu dia kan..pastu tetiba mesti dila akan dengar satu suara berselawat and bila dila pergi check,rupa-rupanya suara Afnan...Ya allah beruntungnya ibu dia dapat anak secerdik itu...bukan sahaja selawat yang dila pernah dengar,berzikir ada,nasyid ada..ada sekali tu dila dengar dia nyanyi Ya Hanana..

Dila pernah terbaca satu ayat ni :

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku,"


Tengs For Read

Cara Mencari Barang Yang Hilang..

Assalamualaikum and hello semua...

tadi dila adalah blogwalking area blog-blog..dan dila ada terbaca satu kisah benar "Barang Yang Hilang Dapat Dijumpai Dengan Membaca Surah Yassin"

So,itu mungkin salah satu iktiar kita untuk mendapatkan balik barangan yang hilang...
aim dila pada hari ni adalah actually untuk share satu kisah benar yang terjadi pada cikgu math dila sendiri*dia ceritakan pada anak-anak muridnya...

Kisahnya bermula ketika cikgu math dila tu bangun pagi-pagi lagi and ready untuk ke pasar bersama adik iparnya...So,waktu di pasar...cikgu terlalu asyik membeli segala barangan keperluan sampaikan tak perasan bahawa dompetnya hilang..ghaib...
cikgu perasaan tentang kehilangan dompet dia waktu dia nak membuat pembayaran kepada tauke ikan...
jadi bila dah dapat tahu bahawa dompetnya hilang,memang cikgu kalut sangat time tu..otak ni memang tak boley nak pikir elok-elok daa..
diorang dua beranak cuba lah cari dompet tu area-area pasar,kot-kot tercicir ke but tetap tak jumpa..dan pastinya ada seseorang yang telah mengambilnya...

Pada malamnya cikgu memang tak lena tido...dan dia pun cuba mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid" sepanjang malam tu seperti yang pernah diamalkan oleh ibu cikgu...mulut cikgu tanpa henti mengalunkan zikir tersebut dengan niat di dalam hati agar dompetnya kembali kepadanya...

Pada keesokkan harinya,cikgu mendapat satu panggilan dari nombor yang tak dikenali..dan apabila cikgu menjawab panggilan tersebut..seorang lelaki yang menjawab dan berkata "Kak,tolong cepat mari ambil dompet akak ni dengan saya...sepanjang malam saya rasa panas apabila dompet ni bersama saya..tolonglah akak mari ambil...kita jumpa kat pasar"
Waktu tu cikgu tak habis-habis mengucapkan kata syukurnya...hampir mahu menangis cikgu....
dengan ditemani oleh suaminya,cikgu segera ke pasar untuk dapatkan kembali dompetnya..alhamdulillah
lelaki terbabit memang betul pulangkan balik dompet tersebut...pada mulanya, suami cikgu nak bawa lelaki tersebut ke balai polis tetapi cikgu berkeras tak mau...cikgu bagi lelaki tersebut RM50 dan berpesan pada lelaki tu jangan pandai-pandai lagi nak mencuri sebab "Allah itu Maha Berkuasa,Allah Lihat Setiap Tingkah Laku Kita Samada Yang Baik Mahupun Yang Buruk"

Sekarang cikgu turunkan ilmunya itu kepada anak muridnya..dan dila bertuah sebab dapat mengetahui ilmu ini dari cikgu dan dila mahu kongsikan dengan semua orang...yang pasti "Allah Akan Membantu Orang Yang Betul-Betul Mempercayai Kekuasaan Allah" dan insyallah setiap barang yang hilang akan dijumpai dengan mengamalkan "Zikir Ya Mu'iid atau Surah Yassin"
Tengs For Read

Pelajaran Sekolah Rendah Hampir Sama Sekolah Menengah

Hei korang....
kali ni dila share mengenai pelajaran di sekolah rendah..

tahun depan adik dila dah darjah empat and kelmarin dia dah pi amek buku teks kat sekolah dia...
today, dila plak jadi mangsa kena balut semua buku teks dia..first, dila memang pelik tentang kuantiti buku teks dia...nampak macam banyak ajew..
dila dulu masa darjah 4 takde lah banyak macam tu...

mula-mula dila balut dulu dalam 3 biji macam tu..tapi  bila dah penat..nak try lah kira..berapa lagi yang tinggal..dila ingat kan buku dia tu adalah lebih kurang dalam 12 atau 13 biji..
but bila kira-kira,rupenyer ada 17 biji..alamak ai! banyak nyer buku budak sekolah rendah,mengalahkan budak sekolah menengah jew...korang tau tak...sekarang macam-macam subjek akan dipelajari oleh budak sekolah rendah...antaranya ialah :

Seni Visual pun ada buku...

Masa dila dulu just belajar muzik macam tu jew tapi 
sekarang dah lain..dah ada buku teks..lebih seronok...

Seingat dila dulu,zaman dila ada Kemahiran Hidup..
tapi sekarang takde,dah gantikan dengan Reka Bentuk Dan
Teknologi..tapi rasanya lebih kurang jew..

Yang ni memang dila tak terkejut la..sebab teacher ict dila ada
bagitau hari tu sebelum exam,
"cikgu ict sekolah menengah kena ajar cikgu ict sekolah rendah
sebab tahun depan ict wajib diajar kepada semua pelajar"

Yang ni paling dila terkejut sekali..wah..untung budak sekarang..
kecik-kecik lagi dah belajar sejarah... :)

Ni buku cerita dalam BI kalau sekolah menengah novel lah...

Yang ni koleksi Poems...macam literature lah kan..

Yang ni paling dila tertarik..buku dia menarik...
kalau bukak buku ni macam komik jew rasa...
bagus tau citer dia..best..interesting..

Korang ingat tak lagi dengan subjuk "Kajian Tempatan" *KT...
untuk pengetahuan korang, mybe subjek tu dah takde kot sekarang sebab adik dila tak dapat pun buku teks KT, it's mean subjek tu takde kot...
dila rasa perubahan ni bagus lah..sebab kecik-kecik lagi dah didedahkan,so nanti masuk secondary school ni takde lah kelam kabut kan..macam dila dulu..selalu jew blur kalau belajar literature...HaHa...

nota kaki : teringat kembali zaman-zaman sekolah rendah dulu..happening jew selalu..tak pernah pikirkan masalah...tau nak main ajew..HaHa..



Tengs For Read