Cerpen : Aku Suka Kaulah Part 2



 
Sangkanya panas hingga ke petang ,rupa-rupanya hujan di tengah hari.Buat pertama kali air mata si gadis yang bernama Delaila menitis kerana kekecewaan dengan Hafizi.Pada mulanya Delaila tidak syak apa-apa tentang perubahan sejak akhir-ahir ini.Hafizi tidak menghubunginya seperti selalu.Tiada lagi kata-kata manis darinya.Hafizi lebih banyak mendiamkan diri.

Saat mata Delaila menatap gambar perkhawinan Hafizi dan isterinya di facebook,bercucuran air matanya jatuh ke pipi mulusnya.Betapa hancurnya sekeping hati ini saat melihat tunangannya berpelukan dengan gadis lain dalam persalinan busana pengantin.Terimbau kembali segala janji-janji yang pernah diucapkan oleh Hafizi.Hafizi ingin menjadikan dia permaisuri di mahligai mereka.Tapi sekarang, bukan dia yang menjadi permaisuri Hafizi,bukan dia yang mendiami mahligai itu.
Berkali-kali Delaila cuba menghubungi Hafizi.Tapi semuanya tidak dijawab.Lagi berkecai hati ini.Bukan niat nya untuk menghancurkan rumah tangga tersebut.Tetapi dia sendiri ingin mengetahui nya dari mulut Hafizi sendiri.

Dua hari kemudian, Hafizi menghubungi dia.Ya Allah betapa rindunya hati ini setelah mendengar suara Hafizi.Ye,memang dia amat merindui jejaka ini.Jejaka yang bertakhta dalam hatinya walaupun dia tahu jejaka itu sudah dimiliki secara sah oleh orang lain.Hafizi menyatakan hasratnya untuk bertemu ku kerana ada hal yang ingin dia bincangkan.Aku hanya bertenang dan bersetuju.
Saat bertemu dengannya,hati Delaila semakin kencang berdegup.Ye lelaki ini lah yang dia sayangi.Hafizi memulakan bicaranya dengan memohon maaf dan mengaku bahawa dia sudah sah menjadi suami orang.Ya Allah, luluh hatinya saat mendengar pengakuan lelaki itu.Permintaan maafnya bagaikan merobek-robek hati Delaila.

“Kenapa abang tipu Laila?Kenapa abang tinggal Laila?Apa kurangnya Laila di mata abang?Laila ada buat salah dengan abang ke?”

“Laila..abang minta maaf.Apa yang terjadi ni bukan salah Laila.Sama sekali bukan salah Laila.Ini semua salah abang.Abang yang bodoh Laila.Abang bodoh sebab buat Laila merana macam ni.Abang minta maaf Laila.”

“Dah tu kenapa abang buat Laila macam ni? Cuba abang terus terang dengan Laila apa sebenarnya yang terjadi.Ceritakan kat Laila abang.Please,tell me the truth.”

“Abang…abang…” teragak-agak untuk Hafizi berterus terang.

“Sebenarnya abang kena tangkap basah dengan perempuan tu.”

“At there? I means tempat pengajian tu?”

“Ye Laila.Abang minta maaf.Waktu tu iman abang terlalu rapuh.Abang terdengar hasutan syaitan.Maafkan abang Laila.Abang sayang Laila sangat-sangat.”

“Masa abang dengan dia,abang fikir tak pasal Laila?Hadir tak perasaan sayang abang tu kat Laila.Abang..kenapa abang mudah sangat terjerat sedangkan Laila..Laila..” Delaila semakin sebak untuk berkata.Sukar untuk dia teruskan berkata-kata.

“Sedangkan Laila sentiasa fikirkan perasaan abang.Laila selau ingin menjaga perasaan abang.Menjaga cinta kita abang.Tapi abang tikam Laila dari belakang.Abang selingkuh dengan Laila.Saat abang lupakan Laila,saat abang tak lansung hubungi Laila.Laila risau sangat tentang keadaan abang.Tapi rupa-rupanya ini yang abang balas kat Laila.Ini yang abang hadiahkan sempena hari jadi Laila yang bakal tiba.”

“Laila abang minta maaf.Abang menyesal sangat-sangat Laila.Abang nak jadikan Laila permaisuri di mahligai kita.Abang sanggup tinggalkan dia demi Laila.Abang sanggup Laila.”

“Hafizi! Please, jangan buat kerja bodoh.Saya tak nak rosakkan mana-mana rumahtangga.Hati saya hancur biar saya yang uruskan.Awak tak payah nak ambil kisah.”

“Tapi Laila saya sayang awak.”

“Kalau awak sayang,perkara ni takkan terjadi Hafiz.Dah lah saya redha dengan jodoh kita ni.Saya dah malas nak ganggu hidup awak lagi and you too.Tak payah lah nak ganggu hidup saya.Tak payah nak cari saya lagi.Biarkan saya dengan hidup saya,and you with your own life.Tahniah Hafizi.”

Tanpa berlengah lagi Delaila terus melangkah tanpa berpaling kebelakang lagi.Ye. Hafizi bukan destinasi cintanya walaupun sudah 4 tahun mereka bersama.Pahit manis dikongsi bersama tapi jika Allah menyatakan itu bukan jodoh,maka ia tidak akan berlaku.

Bukan mudah buatku untuk melepaskan segala kenangan bersama Hafizi.Terlalu banyak kenangan manis bersamanya.Aku masih ingat lagi kenangan ketika Hafizi menyanyi untuknya yang bertajuk “Bintang Hatiku”.Itu merupakan lagu kenangan buatnya.

“Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati.Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku.” Masih terngiang-ngiang lagu bait-bait lirik yang diucapkan oleh Hafizi sewaktu ketika dahulu.Dulu ia merupakan lagu yang terletak di carta hatiku kini ia hanya menjadi kenangan pahit buatku.

Alhamdulillah kini Delaila yang dulunya seorang gadis yang pernah rebah menangis disebabkan oleh seorang lelaki telah berdiri tegak memegang kejayaan.Kini, Siti Delaila telah menjadi seorang peguam yang terkenal dengan hujah-hujah bernas.Bukan itu sahaja,suaminya juga tidak kurang hebatnya.Suaminya merupakan seorang engineer kapal terbang.Dia dikurniakan dua orang cahaya mata kembar yang comel.

Sehingga kini Delaila tidak tahu apa yang terjadi terhadap Hafizi dan isterinya.Mungkin telah dikurniakan cahaya mata yang lebih ramai lagi daripada Delaila.Delaila bersyukur pada Ilahi kerana dia mampu meneruskan kehidupannya walaupun dikecewakan sebegitu oleh Hafizi dan akhirnya terbukti dia dapat berjaya.Kini dia mengecapi bahagia bersama suami tercinta dan kembar yang comel.

Tidak semestinya orang yang bersama kita sekarang ini akan menjadi milik kita.Ada saja orang yang bercinta bertahun-tahun,bertunang malahan yang dua tiga hari sahaja sebelum hari pernikahan tidak dapat bersama dengan pilihan hatinya.Ini kerana dia bukan lah jodoh kita.Mungkin Allah telah merancangkan sesuatu yang lebih baik dan hebat untuk kita.Perancangan Allah selalunya terbaik.Kita sebagai hambanya hanya mampu berdoa supaya ditemukan jodoh yang baik-baik.

-TAMAT-


ianya merupakan coretan kisah benar dalam kehidupan dila tapi juga telah diubahsuai dan ditokok tambah.Maaf kalau tak menarik.Hanya sekadar perkongsian :)

Tengs For Read

0 00 ♥LOVE♥: