Cerpen : Aku Suka Kaulah Part 1



Tergesa-gesa Delaila membawa buku-buku yang diminta oleh Cikgu Iznie sebentar tadi.Dalam keadaan dia tergesa-gesa itu,tiba-tiba…

”Aduh! Hoi mata kau letak kat lutut ke?”sergah jejaka yang perasan dirinya tampan kepada Delaila.Dengan takut-takut Delaila meminta maaf, “maaf awak,kita terlanggar awak.Kita betul-betul minta maaf eh.”Tanpa sebarang suara lagi jejaka tersebut terus beredar dari situ.Mungkin dia menyampah dengan maaf Delaila,atau mungkin dia malas nak ambil kisah atau mungkin dia sombong.Entahlah malas Delaila nak fikirkan pasal jejaka yang perasan bagus tu,buat pening kepala dia je.Lagipun siapa yang tak kenal dengan Hafizi,jejaka yang perasan dirinya bagus,kacak,bergaya dan pandai.Tapi realitinya memang Delaila akui Hafizi seorang jejaka yang kacak,bergaya dan pandai.Mana mungkin dia pandang diri macam aku ni.Berkali-kali Delaila mengeluh dalam hatinya,kemudian dia bangun untuk hantarkan buku-buku tersebut.

Hafizi termenung seorang diri mengenang kembali kejadian tadi.Ye, memang dia akui bahawa dia sudah lama meminati gadis tersebut.Gadis lemah-lembut dan periang yang selalu menjadi pujaan hatinya.Tapi apabila berhadapan dengan Delaila, dia menjadi tidak tentu arah dan tiba-tiba perangai dinginnya yang hadir.Ah! berkali-kali hatinya menyumpah kepada dirinya sendiri.Kenapa aku berkasar dengan dia tadi.Sepatutnya aku buat-buat lah sakit depan dia,baru dia prihatin sikit kat aku.Kenapa perlu aku beredar macam tu saja waktu Delaila mohon maaf dari aku.Sepatutnya aku menerima maaf dan menghulurkan salam perkenalan kepada dia.Ruginya aku wahai hati.

Malam itu, selepas menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran, Delaila usha-usha akaun facebook nya.Dari sini lah Delaila dapat mengetahui macam-macam berita tentang sekolahnya malahan tentang dunia.Dalam asyik dia usha-usha tu,tiba-tiba satu mesej kat chat sampai.Tengok saja nama si penghantar tu,rasa nak pengsan terus je dia kat situ.Ye lah mana tak terkejut beruk,Si jejaka perasaan bagus tu yang tegur dia.

“Hai, awak Delaila kan?Kenal tak saya? Saya budak hensem yang awak langgar kat sekolah tadi.Disebabkan awak langgar saya tadi,saham saya dan menurun sikit tau.Tak reti-reti nak minta maaf ke?”dari ayat mamat perasan bagus ni pun membuatkan aku rasa nak muntah pelangi.Kerek gila kut ayat mamat ni.Bukan ke tadi aku dah minta maaf dengan dia.Alah nampak sangat tak ambil kisah apa benda yang orang cakap.

“Alah apa lah sangat saham kat muka awak tu.Lagipun bukan ke tadi kita dah minta maaf dengan awak.Awak tu je yang pekak badak.Dah lah pekak badak,sombong macam kera pulak tu.”
Amboi boleh tahan juga minah ni peril aku.Aish aku pun satu,kan tadi dia dah minta maaf dengan kau.Buat-buat lupa pulak dah,sekarang tanggung lah malu tu.

“Eh,ada ke tadi awak minta maaf? Laa saya tak perasan lah pulak.Takpelah saya terima kemaafan awak tu.Hensem kat muka saya ni bukan sebarang hensem tau.Kera plus badak hensem ni.”

“Haha, patut lah ramai gadis yang melting bila tengok awak.Kita je yang tak melting sebab kita dah lama perasan yang awak ni kera plus badak hensem.”

“See.. awak sendiri ngaku saya ni hensem.thank you awak..hehe..erk, awak…saya kalau boleh nak kenal dan kawan dengan awak boleh? Tak syok lah gaduh-gaduh satu sekolah ni.”

“Ehm, kalau itu yang tuan hamba hajatkan,boleh saja patik turutkan.Oklah awak kita dah mengantuk ni.Lain kali lah pulak kita borak-borak eh.”

“Terima kasih awak.Waa nampaknya ada peluang lagi saya nak usha-usha awak sebab awak cakap nak borak-borak lain kali pulak.hehe..assalamualaikum awak.”

“Waalaikumussalam”

Pagi itu, “Hai, manis.” Bukan main terkejut beruk lagi aku bila mamat ni beranikan diri tegur dan panggil aku manis.Dah kena deman H1N1 ke budak ni, tiba-tiba panggil aku manis-manis bagai.

“Erm hai awak jugak.Awak jangan lah panggil kita macam tu.Cuba awak pandang sekeliling dulu sebelum nak panggil kita manis.Malu kita tau” dengan nada perlahan aku balas panggilan hai dia.

“Ape pulak nak malunya.Pada pandangan saya awak memang manis tau.Awak bukan saja manis dimata saya tapi awak sentiasa manis di hati saya.”Ye,memang Delaila seorang gadis yang paling manis yang pernah dia ketemui.Delaila tidak seputih gadis lain.Warna kulitnya sawo matang sahaja.Tapi yang membuatkan Delaila manis apabila dia tersenyum sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.Senyumannya bagaikan senyuman maut.Boleh membuatkan getaran jiwa dihati setiap lelaki termasuk lah Hafizi.

“Tak payah lah awak nak bermanis-manis mulut kat sini.Awak nak apa ni tegur kita?”

“Amboi,sombong ye.Saja saya nak tahu reaksi awak macam mana kalau saya panggil awak manis.Lain kali saya nak try test awak dengan panggil awak sayang ke,darling ke,honey ke…hehe..”

“Eiii, tolonglah Hafizi.Gatal telinga ni tau dengar semua panggilan tu.Dah lah kalau tak ada apa-apa penting nak cakap dengan kita,kita nak pergi dulu.”

Bukan mudah untuk Hafizi mendekati Delaila.Delaila memang jual mahal dengan dia.Tetapi itu yang membuatkan Hafizi makin jatuh cinta pada Delaila.Bagi dia Delaila seorang gadis yang cukup sempurna buat dirinya.Setelah hampir dua bulan lebih Hafizi mengayat Delaila,akhirnya hubungan mereka semakin rapat dan kini Hafizi merupakan kekasih hati Delaila.Setiap hari, pasti Delaila ke sekolah dan pulang ke sekolah ditemani oleh kekasihnya.Pada malam hari sebelum tidur, Hafizi tidak ketinggalan untuk membuat panggilan kepada Delaila.Setiap malam Hafizi selalu menyatakan bahawa dia sayang akan Delaila,dia akan tunggu Delaila tamatkan pengajian dan menikahi nya.Hafizi jugak akan nyanyikan Delaila lagu-lagu yang romantis sebelum tidur.

Setelah Hafizi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, dia berjaya melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.Hanya Delaila sahaja yang masih bersekolah di tingkatan 4.

“Laila, kau tak risau ke biarkan Hafizi study jauh-jauh.Tak suruh ke dia study area-area sini je?”

“Kenapa perlu kita risau.Kita percaya kat dia.Kita percaya yang dia takkan tinggalkan kita.Kita percaya yang dia akan selalu disisi kita walaupun kita jauh dari pandangan mata dia.Dia dah janji dengan kita untuk tunggu kita sampai lah kita habiskan study kita ni.”

Akhirnya,Delaila berjaya menamatkan pengajiannya di tingkatan 5.Alhamdulillah keputusan SPM nya mampu membahagiakan kedua-dua orang tuanya dan  Hafizi.Tapi membuatkan hatinya pilu adalah dia tidak mendapat tempat pengajian bersama-sama kekasihnya hatinya.Delaila ditawarkan pengajian di UITM sebelah utara manakala Hafizi akan menamatkan pengajiannya di UITM sebelah selatan.Walaupun begitu,hubungan mereka masih seperti biasa.Masing-masing saling mencintai.Tahun ini mereka akan beraya bersama seperti tahun-tahun yang lalu,cuma yang kelainannya adalah tahun ini mereka merancang untuk memakai warna sedondon.Ala-ala pengantin baru.

“Cuba sayang cakap kat abang.Sayang nak warna apa sebenarnya raya tahun ni.Dari tadi lagi kita duk pusing satu mall ni.Satu barang pun belum beli lagi tau.Lenguh kaki abang ni.”Hafizi merengek-rengek sambal memucungkan mulutnya sedepa.
Ish, geram betul aku tengok muka si Hafizi ni.Kacak juga teman lelaki aku ni..hehe..gatai betul kau ni Delaila.

“Ala kejap lah abang.Laila belum jumpa lagi dengan warna yang sesuai dengan kita tahun ni.Lagipun bukan selalu kita dapat keluar jalan-jalan macam ni.Kalau abang sayang Laila baik abang ikut je Laila,ok?” 

Haih, jawapan sama yang tetap diberikan oleh Delaila.Dari tadi lagi sebenarnya dia merengek dan mengeluh tapi ayat yang sama keluar dari mulut comel Delaila tu.Nasib kau lah Fizi dapat tunang macam ni.Ikut aje lah lagipun dia dah ugut tu.

“Abang..abang..cepat..cepat..datang sini..”

“Eh, eh. Why sayang?Any problem?”

“Tak ada problem apa-apa.Sayang dah jumpa yang sesuai untuk kita beraya tahun ni”

“Sayang! Ish, buat abang terkejut beruk je tadi.Tak kesian ke kat abang lari marathon tadi sebab takut sayang ada apa-apa”

“Ala my Prince Beruk jangan lah marah.Sayang excited tadi.Sori abang.Ok,let’s us forget about it.Abang cantikkan baju ni.Warna dia pun menyerlah,mesti berseri-seri je kita hari raya nanti.”

“Sayang, are you out of mind? Takkan nak  suruh Prince Beruk ni pakai warna macam ni.Orange?”

“Ala please my Prince Beruk,kali ni je.Please demi sayang.Sayang tahu ini warna paling meriah untuk tahun ni.Kalau abang sayang Laila, abang kena ikut apa yang Laila nak,ok?”

Hafizi hanya mampu mengganguk.Apa lagi yang harus dia bilang bila madam Laila dah bagi keputusan muktamad.Dia terlalu sayang akan Laila walaupun Laila seorang yang terlalu mengada-ngada dan agak manja.Dia masih lagi saat dimana dia melepaskan air mata lelaki nya untuk gadis tersebut.Hanya Laila yang mampu membuat dia merendahkan egonya terlalu tinggi.Oleh sebab itu dia telah memilih Delaila sebagai tunangnya dan tidak lama lagi bakal dijadikan permaisuri di mahligai mereka.

bersambung...


Ini cerpen pertama dila tau.Macam kisah benar tapi dah tak berapa benar sebab dah ditokok tambah.Selamat Membaca..nnti dila update part 2 pulak. :)

PART 2

Tengs For Read

4 00 ♥LOVE♥:

Nadhira Afiqah said...

Wahh... Nice story. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Hehe :)

nur as said...

wahhh best best. dah ada smbungan nanty roger ehh..

Dieyla Dila said...

@Nadhira Afiqah hehe tenkiu. nanti sambungan part 2

Dieyla Dila said...

@nur as tengs. iye nanti roger2