segmen siapa paling jujur

Sapa Jujur Click Banner

Soalan Dari Segmen ni :
  1. apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang :
  2. pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar :
  3. pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan :
  4. bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa :
  5. mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you :
  6. berapa berat badan you sekarang :
  7. ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa :
  8. matapelajaran paling k.o masa sekolah :
  9. adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan :
  10. orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) :
  11. you pertama kali couple masa umur berapa :
  12. berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila :
  13. last you putus sebab apa :
  14. adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa :
  15. bila dok sorang sorang , ape mesti you buat :
  16. keputusan upsr you :
  17. you nak kawen masa umur berapa dan kenapa :
  18. you selalu berangan tentang ape :
  19. perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you :
  20. perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you :
  21. blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia :
  22. sesuatu yang you tak suka bila blogwalking :
  23. mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook :
  24. you selalu bangun tidur pukul berapa :
  25. kritikan terhadap blog saya :

Jawapan Daripada Dila :

  1. Konfom dila akan terjerit,terpekik-pekik sambil mata terbeliak keluar...dan pastinya tangan dila ni akan gatai-gatai pi tampar lengan budak tu...giler tak marah..baju yang dila sayang uh...tak kira dah budak tu adik dila ke tak adik dila kew..kalau dah marah memang marah..
  2. Kentut kuat depan orang?! erm...(angguk perlahan-lahan)...pernah sekali tu terkentut masa tengah santai-santai dengan famili members..bile dah kuar tu,dila terus buat-buat dek jew...then 60 saat kemudian,konfom salah seorang akan tanya "Sape kentut busuk ni?",dila tak ngaku tapi dila pi tuduh orang lain..adik dila selalunya yang jadi mangsa :)
  3. Dah banyak kali kantoi korek hidung depan adik..hahaha..apa lagi..adik dila pun perli lah "yerk! kakak korek hidung,tak mau dh duk tepi kakak" dah tu batai gelak adik dila -_-
  4. Kali terakhir yew..Chop! mau fikir kojap..ha..dah ingat balik...bulan 10 tahun ni..dila menangis saat dapat berita tentang kawan dila aka ex classmates dila dan juga selaku bf kawan baik dila excident...korang tau saat tu nyawa dia bagaikan telur di hujung tanduk and nyawa-nyawa ikan dah..dia koma selama 3 hari..yang menyebabkan dila menangis habis-habisan kerana dila tak dapat melawat dila..hari yang ketiga tu baru dila berpeluang untuk berjumpa dengan dia..subhanallah..teruk sangat keadaan dia..
  5. Dila ni chubby...so konfom lah orang ejek dila dengan panggilan debab..Oke fine..debab kan comel :)
  6. hahaha..actually malu nak bagi tau..tapi sebab owner paksa suh jujur,so dila jujur lah..50+14=??
  7. Dila akan pergi amek lappy,on kan lappy,masukkan pendrive,bukak folders games,bukak game fighting...and FIGHTS!!
  8. Addmath...selalu jew failed..kadang-kadang dapat 8, kadang-kadang dapat 12,kadang-kadang dapat 18...fed up betul..Addmath..kosong..kosong..
  9. pernah..last year punye kes...ada sorang budak ni dia tak puas hati betul dengan dila..dulu kiteorang pernah jadi classmates masa form 1..and masa form1 tu kiteorang kelas yang kelima..then masa form 1 tu dila belajar sungguh-sungguh supaya dapat naik kelas..dan alhamdulillah usaha dila membuahkan hasil..tapi budak ni plak tak puas hati...katanya sejak dila naik kelas,dila ni sombong and berlagak..Ama..Apa...bile masa pulak dila sombong..time dila senyum dia wat derk jew..panas betul..then one day tu masa kiteorang dah masuk form3..dia ada wat masalah dengan BFF dila..alahai..tup-tup nama dila juga dia seret sekali..bukan main lancang lagi mulut dia waktu tu mengutuk,mengata dan segala meng lah yang sewaktu dengannya..Ha! geng-geng dila apa lagi..kasi ajar sikit budak tu..perang mulut lah meletus..macam-macam jenis bom mulut ada..yang sana made in Japan,yang sana made in China,yang sana made in Korea...tup-tup cikgu disiplin yang datang..then sama-samalah bertapa dalam bilik disiplin semua sambil dengan cikgu disiplin berceramah..padan muka semua!
  10. Masa darjah 4...waktu tu dila baru jew bertukar masuk sekolah baru..tup-tup terjatuh hati pulak pada Mr. A..dila selalu stalker dia..dila stalker dia sapai lah dila form 1..
  11. Dila start couple masa form 1..masa tu dah akhir tahun dan waktu tu jugak dila berhenti stalker budak pertama yang dila jatuh hati (dalam soalan 10)....dila couple budak yang satu kelas dengan dila juga..cinta monyet jew..tak sapai 5 bulan dah putus..
  12. Sekarang lah yang paling lama sekali dila couple.. 1 Years 9 Month 5 days 4 hours (waktu dila menaip ni)
  13. Last putus...masa bulan Januari last years..sebab..dila tak pasti jugak..meh dila ceritakan..dila kenal ex dila ni masa dila berumur 14 tahun and masa tu dila couple dengan orang lain lagi...dia ni merupakan secret admire dila..dia dah pernah ajak dila couple tapi dila tolak sebab dila couple dengan orang lain...so we decide to just be a good friend..then 3 bulan lepas tu dila clash..so dia masuk jarum balik..first tu dila tak terima lagi..second pun tak terima lagi...tapi masuk third dila terima dia..kami couple hampir 1 years..tapi tak sapai jugak..hanya 8 bulan jew..dila dapat tahu yang dia ada GF lain..dan dia dah couple dengan perempuan tu sebelum dia couple dgn dila..so bila dila desak tanya dia kenapa dia buat dila macam ni..dia cakap dia nak balas dendam kat dila sebab pernah tolak dia dulu....so dila tak tau salah siapa kat sini..  
  14. Pernah...waktu dila tak dapat keputusan yang membanggakan masa PMR dulu..dan dila akan tebus semua tu nanti SPM..
  15. bile duk sorang-sorang dila suka cakap sorang-sorang..hahaha..actually dila berkhayal tapi ntah camne mulut ni automatik akan bercakap juga..so jadi lah cakap sorang-sorang...
  16. alahai nak tau jugak keputusan UPSR..macam nak isi borang kemasukkan sekolah berasrama penuh plak..dila tak pandai..cukup-cukup makan jew.. 2A 3B
  17. Nak kawen waktu umo 26 sebab BF dila cakap nak kawen dengan dila waktu dia umo 28 tahun...sekarang ni dia tengah usaha kumpul duit..and dila pula tengah usaha untuk belajar sungguh-sungguh..bantu dia kumpul duit kawen..hehehe...just perancangan tapi tuhan yang menentukan..
  18. dila selalu berangan yang dila ni merupakan seorang pereka fesyen busana muslimah yang tersohor..kadang-kadang tu berangan juga yang dila tauke kat restaurant-restaurant yang terkemuka :)
  19. Cuai...dila ni terlalu cuai..lepas tu konfom macam-macam yang pecah lah,patah lah,tumpah lah then kena marah dengan mama
  20. Jungle trekking dengan famili..selalunya orang lain jungle trekking dengan kekawan tapi dila dengan famili :)
  21. Dila blogger kan?! so dila suka diri dila sendiri..sebab dila bangga dengan diri dila yang berani dan semakin berkeyakinan sejak terjebak dalam dunia blogging ni...
  22. bile jew bw..tup-tup jupe blog yang ada lagu..konfom lappy aku ni keluarkan kotak IDM download...padahal dila tak mau pun download lagu dalam blog tu..menyusahkan -_-
  23. tahun 2009..masa tu dila form1..sebabnya dila jelous tengop sume kawan-kawan ada...then diorang selalu duk bahas topik tu..dila yang waktu tak tau apa-apa cari jalan..then akhirnya dila sendiri yang create account facebook dila :)
  24. Time sekolah kew? Time cuti sekolah?
  25. First time bukak,terpampan lah header "Baju Warna Coklat Blog" tapi yang dila hairannya apa kaitan baju warna coklat dengan blog ni..dila tengop takde pun yang warna coklat mahupun gambar atau doodle yang berbaju coklat...tu je lah yang dila nak kritik..yang lain dah Ok! :)
Tag : http://lurun-niaraf.blogspot.com

Tengs For Read

5 00 ♥LOVE♥:

vendettatraveller said...

terima kasih sbb sudi join :D

vendettatraveller said...

ada sponsor baru . follow and like page dia keyh :D

Dieyla said...

okey :)

jjikjjikl said...

nice entry :)
btw from the same segmen ~

http://jjikjjikl.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html

emma michiyo said...

dari CONTEST yang sama untuk upkan follower.. jom dtg rumah sy plak...:)
boleh shopping jugak sini
sy ske segmen jawab2 soalan macam ini anada bagaimana??
http://zonmanis.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html